Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing: Assassin’s Creed Valhalla Collector’s Edition mengandungi banyak rahsia Eivor!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2020 - Updated on November 16, 2020
in Artikel, Berita, Review, Unboxing
0 0
0
Unboxing: Assassin’s Creed Valhalla Collector’s Edition mengandungi banyak rahsia Eivor!
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed Valhalla akhirnya keluar secara rasmi minggu ini, di mana pemain akan mengawal Eivor dan berlayar dari Norway ke England, demi bertahan hidup dan membuat petempatan sendiri di kepulauan Britain. Seperti yang dilakukan oleh francais Assassin’s Creed, Valhalla akan menarik sejumlah maklumat sejarah untuk pengalaman yang unik, imersif, dan menakjubkan. Ini jelas sekali daripada Collector’s Edition yang saya akan jelaskan sebentar lagi. Bagi sesiapa yang ingin membeli Assassin’s Creed Valhalla, tapi ingin sesuatu yang lebih, edisi inilah jawapannya! Mari kita mulakan unboxing!

Patung 30cm Eivor (versi wanita & lelaki)

 

1 of 3
- +

Fokus utama Collector’s Edition adalah patung Eivor berukuran 30cm yang menunjukkan protagonis wanita Valhalla. Sebagai sebahagian daripada patung cantik ini, peminat akan melihat kapal Viking yang dilayarinya. Drakkar (kapal Viking) adalah salah satu ciri terpenting kerana Eivor menggunakan kapal ini untuk belayar di laut, menjelajah, dan menyerang markas musuh.

 

1 of 3
- +

Walau bagaimanapun, seperti Assassin’s Creed Odyssey, pemain akan dapat memilih antara protagonis lelaki dan wanita untuk Valhalla. Ia tidak disediakan dalam bundle, tetapi anda boleh dapatkan patung Eivor versi lelaki secara berasingan. Untuk versi ini, Eivor kelihatan sedang berdiri segak sambil berdiri di atas peti harta karun dan memegang kapak.

Patung 5cm Eivor bersama si gagak, Synin

 

1 of 2
- +

Peneman burung setia, Synin, juga akan muncul di patung Eivor berukuran 5cm. Bersama ukiran “kayu” ini, patung mirip bentuk totem di mana Synin duduk di atas bahu Eivor yang memegang kapak.

Cakera permainan & kandungan dalam permainan

Pemain yang membeli Collector’s Edition akan mendapat akses ke misi eksklusif Way of the Berserker dan dilengkapi dengan The Berserker Ultimate Pack. Pek ini dilengkapi dengan Berserker Gear, yang mempunyai set Berserker untuk Eivor, kapak dan perisai baru, skin baru untuk Synin, dan Wolf Mount. Sebuah kapal Drakkar baru juga adalah sebahagian daripada isi kandungan, bersama dengan Berserker Settlement Pack dan Rune Set. Akhir sekali ialah Season Pass Valhalla, yang menurut Ubisoft, memperluaskan pengalaman permainan dengan lokasi baru untuk diterokai, kandungan baru, dan peralatan baru.

Steelbook, set Litograf, & Soundtrack

 

1 of 3
- +

Bersama edisi ini adalah barang fizikal tambahan untuk peminat siri. Permainan akan hadir dalam Steelbook yang direka dengan terperinci dan tiga litograf untuk mempamerkan lebih banyak karya seni. Soundtrack akan disertakan sekali, bagi peminat yang ingin menikmati keindahan muzik Valhalla. Semua ini dibungkus dalam “Premium Certificate of Authenticity” yang mempunyai nombor siri bagi edisi yang dibeli.

Hidden Blade

 

1 of 3
- +

Berkat kolaborasi Ubisoft dan PureArts, replika untuk senjata paling ikonik daripada francais, Hidden Blade, telah dihasilkan. Jadilah Eivor dengan memakai replika Hidden Blade yang saiz boleh diubah suai atau paparkan dalam koleksi peribadi. Harus diperhatikan bahawa anda hanya boleh dapatkan patung 30cm Eivor (versi lelaki) dan Hidden Blade di Valhalla Bundle.


Assassin’s Creed Valhalla Collector’s Edition mempunyai banyak kandungan hebat untuk kipas-susah-mati siri tetapi walaupun ia agak mahal, elemen eksklusif yang dibawanya membawa nilai yang tinggi. Adakah ini satu sebab yang bagus untuk membeli? Mungkin ya, mungkin tidak. Saya cuma boleh kata ia lebih murah daripada kita membeli satu-satu barang secara berasingan. Assassin’s Creed Valhalla kini boleh didapati untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X. Untuk segala panduan, ulasan dan berita tentang permainan, sila tekan di sini.

Muat turun di sini
Assassin’s Creed Valhalla
Publisher: Ubisoft
Developer: Ubisoft Montreal
Release Date: 2020-11-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Assassin’s Creed Valhalla akan melemparkan pemain ke abad ke-9 England, sebuah zaman di mana kerajaan Inggeris saling berperang sesama sendiri bersama Viking. Sebagai seorang askar Viking bernama Eivor, pimpin klan anda untuk membina petempatan baru di tengah-tengah kemaraan kuasa penjajah Inggeris.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's Creed ValhallaAssassin's Creed Valhalla Collector's EditionUnboxing
Previous Post

PewDiePie mengaku sudah bersara Youtube!

Next Post

Masih baru dalam dunia Manga/Anime? Kenali Genre yang tersedia untuk karya Jepun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Masih baru dalam dunia Manga/Anime? Kenali Genre yang tersedia untuk karya Jepun ini!

Masih baru dalam dunia Manga/Anime? Kenali Genre yang tersedia untuk karya Jepun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd