Adakah Felix “PewDiePie” Kjellberg telah bersara daripada YouTube? Video terbaru menunjukkan bahawa dia bersara daripada platform, tetapi ini bukanlah 100% benar. Dalam video baru yang bertajuk “Do I regret YouTube?,” PewDiePie membuat segmen Q&A, dan sudah tentu banyak soalan tentang YouTube muncul. Menurut PewDiePie, dia tidak menyukai YouTube seperti dulu, dan di fikirannya, telah mengundurkan diri daripada platform pada beberapa bulan lalu. Ini tidak bermaksud dia akan berhenti memuat naik video, tetapi akan mengurangkan kuantitinya. Seperti yang diperhatikan, PewDiePie kini kurang mengeluarkan video baru, di mana proses kerjanya akan berterusan seperti ini
“Saya tidak perlu bekerja lagi. Saya tidak perlu berada di sini, anda faham? Saya sudah bersara. Saya memutuskan beberapa bulan yang lalu. Saya melakukan YouTube dengan kadar yang lebih rendah. Maaf. Ini bermakna saya tidak memuat naik sekerap dulu, tetapi seperti yang saya kata, saya sudah bersara.” -PewDiePie.
Selama bertahun-tahun, PewDiePie secara konsisten menghasilkan banyak kandungan, yang penting untuk statusnya sebagai Youtuber no.1 dunia. Baru-baru ini, dia semakin perlahan. Dalam erti kata lain, PewDiePie masih ada di YouTube, namun, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, dia lebih santai.
Walaupun PewDiePie tidak memuat naik video baru, dia lebih suka streaming sekarang. Pada bulan ini, dia telah bermain dengan beberapa streamer dan YouTuber terbesar, seperti Pokimane dan Mr Beast. Menurut PewDiePie, dia tidak menyesal membuat YouTube, tetapi perasaan cintanya tidak sama seperti dulu. Lama kelamaan, dia mungkin akan bersara daripada Youtube sepenuhnya, tetapi buat masa ini, dia masih terus mencipta content separa biasa.
@gamersantaimy
Discussion about this post