Selepas debut Ultraman Trigger: New Generation Tiga pada tahun lepas, Tsuburaya Productions akhirnya mengumumkan siri televisyen baru Ultraman Decker – yang akan mula disiarkan di Jepun mulai 9 Julai 2022!
Dicipta sempena ulang tahun ke-25 Ultraman Dyna, Decker mengambil banyak inspirasi serta motif dari Dyna termasuk reka bentuk asas dan latar belakang cerita. Banyak info telah tertular di internet tetapi akhirnya kita ada maklumat rasmi! Berikut adalah rumusan menurut Tsuburaya:
Sinopsis
Sekumpulan objek angkasa terapung misteri bernama “Sphere” mula menyerang Bumi lalu mengakibatkan kemusnahan meluas dan kemunculan raksasa gergasi. Dahulu aman, kehidupan manusia kini menjadi huru-hara termasuk wira kita, Kanata Asumi.
Selepas menemui “cahaya Decker” dalam dirinya, Kanata berjanji untuk melindungi kehidupan seharian manusia lalu menyertai pasukan GUTS-Select, yang baru dicipta untuk menangani ancaman Sphere.
Sebagai ahli terbaru, Kanata dan pasukannya perlu menentang musuh-musuh ini untuk melindungi keamanan bumi.
Bio ringkas Ultraman Decker
Bentuk asas Ultraman Decker dipanggil Flash Type, dan dia boleh ‘Type Change’ kepada ‘Strong Type yang kuat secara fizikal dan ‘Miracle Type’ yang lebih ke arah mistik/supernatural.
Flash Type: Bentuk asas Ultraman Decker. Kanata akan memuatkan “Ultra Dimension Card” ke dalam item transformasi Ultra D Flasher, dan menjerit “Shine Bright! Flash!” untuk mengubah. Serangan istimewanya ialah Selgent Beam yang dilepaskan dengan menyilangkan kedua-dua lengan.
Strong Type: Bentuk yang paling sesuai untuk kekuatan fizikal. Kanata akan menjerit “Burst Forth! Strong” untuk ‘Type Change. Serangan khas bagi bentuk ini adalah Dolnade Breaker, sejenis pukulan kuat dengan mengumpulkan tenaga pada penumbuk kanan Decker.
Miracle Type: Bentuk paling sesuai untuk menggunakan serangan psikokinetik. Kanata akan menjerit “Leap Out! Miracle!” untuk Type Change. Serangan khas bagi bentuk ini adalah Realiut Wave, sejenis gelombang tenaga kuat dari lubang hitam yang dihasilkan oleh Decker dengan menumpukan tenaga di tangan kanannya.
Ultra D Flasher: Objek yang Kanata gunakan untuk berubah menjadi Ultraman Decker. Dengan menggunakan Ultra Dimension Card yang tiba-tiba muncul di tangannya, Kanata boleh berubah kepada mana-mana bentuk dia mahu. Dia juga boleh menggunakan serangan istimewa dengan memuatkan pelbagai Dimension Card ke dalam peranti.
Pada tahun 1996, Ultraman Tiga mula ditayangkan, diikuti Ultraman Dyna (1997), dan Ultraman Gaia (1998). Ketiga-tiga siri ini disambut dengan penuh gembira oleh peminat di Jepun dan luar negara, dan dengan cepat menjadi sangat popular. Digelar sebagai “Three Heisei Series” atau “TDG” (Tiga, Dyna, Gaia), Tsuburaya ingin meraikan 25 tahun sejak penubuhan Trio ini, dan projek Ultraman Decker merupakan salah satu cara untuk memperingati mereka.
Ultraman Decker akan ditayangkan di Jepun bermula 9 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut tentang siri Ultra ini, sila layari laman web rasmi mereka. Untuk baca segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post