Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Persona 4 Arena Ultimax – Pertarungan menentang Shadow berterusan!

Maira by Maira
March 30, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, Game, Game Review, Review
0 0
0
[Review] Persona 4 Arena Ultimax – Pertarungan menentang Shadow berterusan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda ingin tahu, siri Persona bukan sahaja mempunyai spin-off game rhythm, tetapi siri itu juga mempunyai spin-off fighting game. Persona 4 Arena Ultimax yang sebelum ini merupakan sebuah game ekslusif konsol akhirnya dikeluarkan semula dengan kemas kini terbaru. Ia telah dilancarkan di PS4, Nintendo Switch dan PC. Jadi, lebih ramai dapat bermain fighting game Persona ini. Nak tahu game ini best atau tidak, jom tengok review jujur kami untuk Persona 4 Arena Ultimax!

Watak pseudo-boneka yang seronok dimainkan

Fighting game anime mempunyai reputasi kerana mempunyai banyak sistem dalamnya, dan Ultimax juga tidak terkecuali. Selepas itu, Ultimax mempunyai dua perkara yang anda boleh berikan perhatian, pertama ialah Persona titular watak dan juga meter Persona mereka. Persona ini mengubah setiap watak menjadi boneka, membolehkan anda melakukan perkara yang hebat dengan Persona anda bergerak secara bebas untuk mengelirukan musuh.

Walaupun begitu , ia sudah tentu mempunyai kosnya tersendiri. Sama seperti Relius Clover atau Zato-1 daripada game lain, setiap Persona juga boleh menerima damage dalam bentuk meter Persona. Walaupun ia mempunyai bilangan pukulan yang banyak, bar yang kehabisan boleh mencetuskan Persona Break, di mana watak anda tidak boleh melakukan gerakan hebat melibatkan Persona.

Ada satu lagi ciri yang membuatkan game ini lebih menyeronokkan serta memberikan playstyle yang menarik. Watak boneka ialah beberapa archetype yang rumit dalam fighting game. Jadi, dengan membuatkan setiap watak mempunyai ciri tersendiri menjadikan anda membuat pertimbangan untuk class tertentu dan tidak langsung menjadi mekanik universal game.

Ia juga berfungsi dengan baik dengan makro dash game- dan bukannya hanya memberikan watak anda momentum ke hadapan. Makro dash dalam Persona 4 Arena Ultimax akan menyeberangi lawan pada julat yang cukup dekat- bermakna setiap watak kini mempunyai akses kepada pelbagai alat untuk memaksa lawan meneka serangan anda seterusnya.

Ini tidak termasuk lagi dengan elemen pseudo-RPG dalam Ultimax. Watak boleh menghantar pelbagai “status ailment” dengan beberapa serangan mereka. Contohnya Elizabeth, boleh memberikan efek “Fear” menggunakan Personanya, dan terus meningkatkan damage pada sasarannya. Musuh juga boleh terkesan dengan efek elemental.

Persona 4 Arena Ultimax

Awakening Meter yang ada juga boleh mengubah keadaan apabila heatlth anda kurang, dan game ini seperti tidak mahu anda berasa seperti tiada harapan. Akan ada sesuatu yang boleh anda lakukan untuk mengubah arus pertarungan, tetapi memerlukan sedikit usaha dan keberanian anda sendiri.

Kalau anda betul-betul inginkan RPG, ada mod Golden Arena tersedia. Watak anda dan satu S-Link yang membina skill pasif dan level up melalui dungeon yang mempunyai 1 pusingan pertarungan. Ia adalah mod single-player yang menyeronokkan, dan pastinya menjadi kegemaran untuk peminat Persona berbanding fighting game kerana ia mempunyai banyak kemahiran untuk digunakan.

Persona 4 Arena Ultimax

Tutorial yang perlukan sedikit penambahbaikan

Secara ringkasnya, Ultimax ialah game yang banyak memerlukan anda membuat keputusan dengan cepat. Jika anda bersedia untuk mempelajarinya dengan mudah, ia akan mejadi salah satu pengalaman terbaik yang anda boleh perolehi dalam fighting game. Sudah tentu ada juga benda yang saya tidak berpuas hati. Salah satunya ialah tutorial game.

Walaupun kandungannya bagus tetapi menu game agak teruk. Lebih-lebih lagi butangnya dilabel menggunakan “ABCD”, tetapi game tersebut mengabaikan penggunaannya dan menggunakan gambar setup arked dan labelkan butang padanya.

Persona 4 Arena Ultimax

Ini boleh menjadi masalah besar kerana banyak mekanik game seperti grab atau counter, menjadi lebih susah untuk mencari dalam game kerana anda perlu ingat semula butang “ABCD” yang telah anda rebind. Jadi, untuk game yang dikeluarkan semula, agak kecewa apabila mereka memilih untuk mengekalkan ciri ini.

Fanservice untuk peminat Persona

P4AU mempunyai banyak fan service untuk peminat Persona. Ia bukan sahaja mempunyai watak P4 tetapi watak P3 juga kembali tetapi versi lebih dewasa dan memakai pakaian baru yang bergaya. Ultimax juga mempunyai watak original mereka tersendiri seperti Labrys dan Sho, serta lengkap dengan mod cerita yang boleh membuatkan mana-mana peminat gembira.

Persona 4 Arena Ultimax

Sudah tentu saya juga menyukai tambahan watak Shadow, yang mengubah playstyle untuk beberapa watak, membuang mekanik Awakening mereka dan menjadikan setiap watak mempunyai dua gaya permainan. Ini merupakan ciri untuk pemain yang lebih pro memandangkan mereka lebih cenderung tentang butiran kecil watak. Sejujurnya saya juga rasa ciri ini ditambah untuk membuatkan pemain terus mainkan game ini dan mencuba kesemua playstyle watak.

Persona 4 Arena Ultimax

Kesimpulan

Semasa game ini diumumkan untuk platform baru, saya memang gembira kerana akhirnya mendapat peluang untuk bermain game ini yang merupakan eksklusif untuk PS3. Walaupun ia tidak menampilkan sesuatu yang luar biasa, saya rasa ianya satu fighting game anime yang hebat. Walaupun begitu, saya agak kecewa apabila pembangun tidak menambah beberapa ciri yang boleh membantu untuk mendapatkan pemain baru dalam permainan. Belum lagi saya keluh mengenai Rollback Netcode yang akan ditambah dalam update yang akan datang. Saya juga berharap butang mudah dibaca selepas rebind.

Adakah game ini berbaloi untuk dimainkan? Bagi saya sudah tentu kerana saya memang menyukai fighting game. Tetapi kalau anda baru sahaja ingin berjinak dalam genre ini, saya boleh syorkan P4AU ini kepada anda. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

The Review

Persona 4 Arena Ultimax

8 Score

PROS

  • Sistem pertarungan yang seronok
  • Mekanik gameplay yang unik
  • Fanservice untuk peminat Persona

CONS

  • Tiada Rollback Netcode
  • Tutorial yang sedikit susah

Review Breakdown

  • Kalau anda peminat Persona, jemput cuba spin off ini. 0
Tags: Persona 4 Arena Ultimaxreview
Previous Post

Mahu sorok tetapi terkantoi – Pemain COD pakai wallhack dalam tournament

Next Post

Ultraman Decker aka New Gen Dyna akan mula tayangan pada Julai 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ultraman Decker aka New Gen Dyna akan mula tayangan pada Julai 2022

Ultraman Decker aka New Gen Dyna akan mula tayangan pada Julai 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd