Ultra Age yang di develop oleh NextStage dan Visual Dart akan keluarkan demo game Ultra Age pada 20 September hingga 23 September 2018 khas untuk PS4 sahaja. Game ni yang mendapat perhatian pada bulan March tahun ni di Playstation Arena sebagai early access version untuk game ni, dan game mendapat sambutan yang positive dari gamers sebab gameplay yang sangat smooth dan tidak terlalu complicated untuk main.
Ultra Age yang dicadangkan keluar untuk PS4 sahaja yang akan dikeluarkan pada awal tahun 2019, telah membuat nama sendiri sebagai indie game developer yang disangkakan sebagai AAA title punya game. Walaupun begitu ramai yang tengok Pre-Demo Releases di TGS 2018 yang mengagumkan gamers dan ada yang berpendapat sama dengan NieR Automata dan Devil May Cry.
Game action yang laju dan pergerakan yang smooth semestinya membuat peminat gamers tu suka. Bunyi yang sangat crisp dan graphic yang bagus, World design yang menarik. Tapi itu baru Pre-Demo dan bukan lagi Final releases product dia. So apa lagi game ni boleh buat selain slash orang sesuka hati? Well, itu kita kena tunggu demo dia pulak dalam beberapa hari nanti (Waktu penulisan).
Bagi aku, antara semua tu aku tak mintak banyak, aku cuma mintak game ni smooth dan kalau buat storyline tu tu masuk akal sikit dan takde orang nak tengok game kalau game tu penuh dengan isu, So aku harap game ni smooth and clean macam gameplay diorang tunjukan. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Ultra Age korang boleh klik kat sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post