Nintendo dah kasitau yang Switch bakal dapat controller aka Joy-Con baru dalam bentuk controller NES, depa kasitau masa event September Direct.
Kalau nak beli, korang kena online subscriber. Joy-Con baru ni guna bluetooth gak, sama macam Joy-Con sedia ada. Jadi dengan itu, korang boleh la main game secara wireless. Nak charge pun sama, lekat je balik kat Switch sambil masuk dock.
Haa, ni nak habaq mai, Joy-Con NES ni takleh pakai masa dia tengah parking kat Switch korang. So tak leh la main masa handheld mode.
Harga? USD$60 serba satu. Dia tak jual sekali sepasang eh. Korang tunggu pertengahan bulan 12 kalau nak sebat.
Juga semasa Direct, Nintendo umumkan Isabella dari Animal Crossing akan sertai Villager dalam Super Smash Bros. Ultimate. Juga diberitahu yang game baru Animal Crossing sedang dalam pembikinan untuk keluaran tahun 2019.
Korang leh tengok Nintendo Direct punya recorded broadcast kat bawah. NES Joy-Con ada kat 16:27
@gamersantaimy
Discussion about this post