Mecha battle royale pertama di mobile oleh NetEase Games, Super Mecha Champions (SMC) telah mendapat kejayaan besar pada Season 1. Sejumlah besar pemain yang kuat dan kompetitif telah muncul. Sekarang, mari kita intai kandungan baru dan menarik untuk musim kedua yang akan datang.
Perubahan Baru Reka Bentuk Grafik
Bermula musim baru ini, reka bentuk grafik untuk interface utama dan season card akan direka semula sepenuhnya untuk menghasilkan imej yang lebih indah dan pengalaman operasi yang lebih selesa.
Night Mode Baru Bermula
Dalam S2, Night Mode baru akan dilancarkan buat kali pertama. Dalam mode ini, Silent Night mungkin akan muncul. Alpha kemudian akan dikelilingi kegelapan. Malam mengurangkan penglihatan dan menggandakan bahaya dan panik.
Item baru, Nightmare Treasure Box mengandungi bekalan yang diperlukan dan senjata berkuasa. Walau bagaimanapun, pemain hanya berpeluang untuk mendapatkan harta karun itu selepas mengalahkan penjaga yang kuat dan musuh kuat lain. Untuk membalas ancaman kegelapan, prop baru –Thermal Detector – telah didirikan. Ia boleh digunakan untuk mengesan musuh yang tersembunyi di Silent Night.
Skin Baru untuk Pesta Visual yang Menakjubkan!
Jika kamu suka skin yang diperkenalkan di S1, kamu pasti suka S2! Joanna, yang anggun, sangat disukai oleh pemain. Skin level-S nya “Honor Guard“, untuk musim baru akan menjadikannya lebih elegan dan berani. Bersama mecha, dia akan berjuang untuk apa dia percaya di alam semesta SMC! Mecha Summoning effect level-S juga telah ditambah ke Silent Night.
Selain daripada skin baru untuk watak dan mecha, banyak prop baru telah ditambah. Aircraft level-S menawarkan pengalaman penerbangan yang berbeza manakala Shotgun Starshatter level-A, Assault Rifle, dan Plasma Cannon akan membantu kamu mengalahkan musuh. Prop tambahan akan dilancarkan dalam season card S2. Login untuk maklumat lanjut.
Kongsi untuk Dapatkan Lebih Banyak Ganjaran
Untuk meraikan musim baru, SMC akan mengadakan cabutan bertuah di media sosial. Para peserta, yang repost semula video S2, mempunyai peluang untuk menerima hadiah pada tahap yang berbeza. Repost dan komen untuk menyokong SMC!
Super Mecha Champions akan terus mengiringi pemainnya dan membawa mecha dan watak baru, mode kompetitif baru dan kandungan yang lebih menarik untuk pemain. Mari membuat permulaan yang hebat untuk SMC S2!
Untuk miuat turun Super Mecha Champions, lawat: https://smc.onelink.me/o6KH/b9ee92d2
@gamersantaimy
Discussion about this post