Acer Predator Triton 300 (PT315-51) masih dilihat sebagai sebuah peranti yang bagus dengan binaan aluminium yang premium dan paparan yang hebat namun ia kekurangan kuasa di bahagian GPU. Walaupun mempunyai rupa bentuk yang garang tetapi pilihan GPU yang paling kuat adalah GTX 1650. Ia tidaklah teruk mana tetapi itu adalah GPU yang tidak sesuai dengan penampilannya yang agresif.
Sukacita, saya memperkenalkan Acer Predator Triton 300 (PT315-52) yang baru sahaja diumumkan malam ini. Versi baru ini mempunyai varian GPU yang lebih hebat dan boleh dikonfigurasi dengan pemprosesan Intel Core i7-10750H. Terdapat sedikit perubahan daripada segi reka bentuk, prestasi, dan paparan tetapi yang lain kekal sama. Diberi peluang oleh Acer untuk mencuba, tidak mungkin saya tolak tawaran ini. Mari kita lihat apa yang baru.
Penampilan yang semakin nipis
Tampilan Acer Predator Triton 300 versi PT315-52 hampir sama dengan versi sebelumnya cuma dengan reka bentuk Facelift. Tulisan Predator pada logo di bahagian belakang telah dibuang seperti Helios 300 dan ventilasi belakang mempunyai reka bentuk baru. Mengapa mereka buang tulisa Predator? Jawapan Acer adalah kerana ramai kenal jenama ini dan mereka ingin rekaan yang lebih kemas. Sebagai tambahan, saiznya diturunkan kepada 19.9 mm. Memang nipis dan padat! Daripada segi papan kekunci pula, reka bentuk tidak diubah. Papan kekuncinya amat menarik dengan empat zon lampu RGB dan daya ketahannya agak bagus untuk bermain permainan video.
Paparan 1080p dan 240 Hz yang mantap
Kita ada satu peningkatan yang besar di bahagian paparan. Daripada 144 Hz, ia telah melonjak ke 240 Hz! Ini adalah penambahan yang bagus untuk warga gamers sekalian. Dengan liputan warna sRGB yang baik dan sudut tontonan yang selesa, paparan 1920 x 1080p milik Triton 300 mampu mendapat kecerahan maksimum (300+ nits), nisbah kontras yang baik dan paling penting – 91% liputan sRGB, untuk warna yang lebih jelas.
Perkakasan hingga Intel Core i7-10750H & NVIDIA RTX 2070
Predator Helios 300 (PH315-53) | |
CPU | 10th Gen Intel Core H |
GPU | Sehingga Nvidia Geforce RTX 2070 Max-Q |
Paparan | 240 Hz 15.6 inch 1920 x 1080 IPS |
HDD/SSD | sehingga 3x M.2 SSD |
OS | Windows 10 |
Acer Predator Triton 300 (PT315-52) dilengkapi dengan pilihan CPU dan GPU yang lebih hebat. Dengan CPU Intel Core i7-10750H @2.60GHz, NVIDIA GeForce RTX 2070 (Max-Q design), 16GB RAM, dan storan sebanyak (), ia terlebih sesuai untuk sesi gaming yang berat dan “multitasking”. Jika gaming adalah sebahagian daripada jadual harian anda, Triton 300 ialah pilihan yang baik terutama dengan refresh rate-nya yang tinggi. Berikut adalah tetapan dan prestasinya semasa bermain Shadow of the Tomb Raider:
Utiliti benchmark dalaman Shadow of the Tomb Raider melaporkan frame rate dalam kira-kira 55 bingkai sesaat pada tetapan tinggi. Bermain Shadow of the Tomb Raider di Triton 300 adalah pengalaman yang menggembirakan dan memberi frame rate yang baik dan konsisten. Walaupun V-Sync diaktifkan, permainan tidak menunjukkan sebarang “screen tearing”. Jika ini tidak cukup, Triton 300 mempunyai aplikasi PredatorSense, yang membolehkan anda untuk mengubah kelajuan kipas dan “overclock” GPU sehingga batas tertentu. Harus diperhatikan bahawa kipasnya agak bising dan boleh mengganggu orang sekeliling. Amat disarankan agar anda bermain di tempat yang selesa dan memakai headset.
Walaupun spesifikasinya tinggi, jangan terlalu membebankan peranti dengan aktiviti CPU dan GPU yang berat. Ketahu had peranti ini. Secara keseluruhan, gaming di Triton 300 adalah pengalaman yang sangat menggembirakan dan bersama kuasa RTX 2070, ia pasti menjadi saingan yang hebat pada peranti gaming lain.
Spesifikasi lain: bateri, Wi-Fi 6, dan port I/O
Walaupun kapasitinya agak rendah, ia memberikan jangka hayat bateri yang cukup lama untuk Acer Predator Triton 300 versi 2019. Diteruskan pada versi 2020, ia bertambah bagus daripada segi kerja jauh daripada pengecas. Walaupun saya puji, ia masih adalah laptop gaming dan tidak optimum untuk jangka kerja yang lama di luar.
Penambahan Wi-Fi 6 di sini adalah untuk memastikan sambungan maksimum tanpa wayar mungkin semasa memuat turun permainan-permainan video terkini. Bagaimana ia berfungsi? Sistem sendiri akan mengesan proses kerja yang penting lalu memberi fokus utama pada jalur lebar penting. Kita pun tahu yang saiz beberapa permainan video boleh melebihi 100GB, jadi mempunyai Wi-Fi yang pantas sangat-sangat membantu).
Jumlah port amat penting untuk sebuah laptop gaming. Walaupun Triton 300 bukan peranti gaming yang mewah, ia memilik tiga port USB 3.1 Gen 1 (Type-A), USB 3.1 Gen 2 ( Port Type-C), penyambung HDMI, bicu audio, dan port RJ-45. Jika anda mencari port untuk mengecas di sebelah kiri, jangan risau. Ia tidak hilang, cuma dipindahkan ke belakang untuk memberi ruang pada sambungan-sambungan lain.
Kesimpulan
Apa lagi yang boleh saya katakan tentang Triton 300? Selain daripada memiliki spesifikasi yang lebih tinggi untuk gaming, PT315-52 juga kelihatan lebih anggun. Bukan itu sahaja! Chasis-nya diperbuat daripada aluminium, keyboard sangat selesa dan mempunyai 4-zon lampu RGB, serta mempunyai touchpad yang sangat besar. Daripada segi gaming, peranti ini berfungsi setaraf dengan peranti lain yang mempunyai kombo i7-10750H/RTX 2070.
Acer Predator Triton 300 sesuai untuk mereka yang mahukan gaming laptop yang ringan pada harga yang lebih rendah. Anda akan memiliki sebuah peranti yang berkuasa tinggi, lebih ringan untuk dibawa, dan mungkin jangka hayat bateri yang mampu bertahan lama. Untuk baca ulasan kami yang lain bagi produk Acer, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post