GPU yang boleh “overclock” bukanlah sesuatu yang anda biasa dapat lihat pada gaming laptop seperti ini, terutama untuk Helios 300 yang nipis. Tetapi, jika anda mencari gaming laptop yang terlebih memberi prestasi berbanding duit yang dikeluarkan, Helios 300 merupakan satu permulaan yang baik. Butang Turbo juga adalah salah satu sebab untuk mempertimbangkan model ini, walaupun ia ada banyak lagi sebab untuk milik.
Apa yang baru?
Diberi peluang oleh Acer, saya mencuba versi Helios 300 yang dikemas kini. Perlu dinyatakan bahawa versi yang diuji ialah Predator Helios 300 (PH315-53) yang datang dalam pelbagai konfigurasi yang berbeza untuk mengembangkan potensi sebenarnya. Ia mempunyai RAM 16GB dan Nvidia GeForce RTX 2070 (Max-Q Design) dan di bahagian storan, ia mempunyai SSD pantas dengan kapasiti storan hingga 1x 256GB dan 1TB HDD. Anda tidak akan kehabisan ruang, walaupun saiz permainan video anda besar.
Helios 300 mempunyai penampilan yang direka semula daripada generasi dan tidak mempunyai banyak persamaan. Pertama sekali, bahagian hadapan laptop gaming ini masih mengekalkan logo Predator yang diterangi lampu, serta dua jalur biru gelap. Di sini, anda boleh lihat bahawa penjenamaan nama Predator sudah dibuang dan tinggal hanya logo. Alasan Acer adalah kerana ramai sudah mengenali jenama Predator dan mereka mahu imej yang lebih kemas.
Predator Helios 300 (PH315-53) | |
CPU | 10th Gen Intel Core H |
GPU | Sehingga Nvidia Geforce RTX 2070 Max-Q |
Paparan | 240 Hz 15.6 inch 1920 x 1080 IPS |
HDD/SSD | sehingga 2x PCIe NVMe SSD, sehingga 2TB HDD |
RAM | 32GB |
OS | Windows 10 |
Penampilan lebih kemas
Dengan fokus pada “compact”, Helios 300 masih padat, dengan bezel yang lebih nipis di seluruh skrin. Acer ingin memberi fokus pada faktor bentuk yang nipis dan padat, dengan anggaran saiz 366 x 255 mm. Walaupun nipis, Helios 300 masih agak berat pada 2.3 kg.
Untuk pencahayaan pula, Acer menggunakan 4 zon LED RGB dengan empat tahap intensiti yang berbeza. Anda boleh menetapkan beberapa efek pada bahagian aplikasi pencahayaan Predator Sense. Ianya akan menjadi lebih terang dan cahaya berwarna putih pada papan kekunci akan menjadi lebih bersinar.
Dengan 3x USB Type-A ver. 3.1 Gen 2, port Gigabit Ethernet, Gigabit LAN (Killer E2500) dan 3.5mm headphone jack, jangan risau tentang sambungan. Jika anda mencari port untuk mengecas di sebelah kiri, jangan risau. Ia tidak hilang, cuma dipindahkan ke belakang untuk memberi ruang pada sambungan-sambungan lain.
Paparan 240 Hz
Di bahagian skrin, Acer dilengkapi dengan paparan Full HD IPS 15.6 inci dengan refresh rate 240 Hz dan response time 3 ms untuk memberi pengalaman menonton yang cepat dan lebih lancar. Mereka memilih untuk menggunakan panel AU Optronics yang popular dimana ianya digunakan untuk banyak peranti gaming termasuk Acer Predator Triton 500.
Ini adalah panel yang cukup baik untuk penggunaan harian, serta pilihan yang sangat baik untuk mana-mana permainan video, kerana “response time” yang pendek dan “refresh rate” yang cepat. Selain itu, warna, kontras, dan kecerahan Helios 300 agak sederhana, namun masih cukup baik memandangkan harganya murah. Untuk mereka yang kerja seperti graphic design atau video editing, saya sarankan anda memasang skrin kedua untuk pewarnaan yang lebih.
Prestasi gaming, bateri & fitur overclock
Baiklah, mari kita lihat prestasi Helios 300 baru untuk gaming. Saya melancarkan Call of Duty Modern Warfare pada profil Extreme dengan kipas di Turbo. Inilah hasil yang saya dapat:
Prestasi Helios 300 agak mengagumkan. Ia boleh mencapai lebih daripada 60 bingkai sesaat pada Call of Duty Modern Warfare dengan tetapan kualiti tinggi pada resolusi 1920 x 1,080 piksel. Saya jamin bahawa permainan video lain seperti Need for Speed Heat, Battlefield V dan Far Cry 5 juga akan kelihatan hebat dan boleh dimainkan pada tetapan maksimum dan mencapai 240 FPS tanpa sebarang masalah. Memang sesuai untuk permainan video FPS kompetitif lain seperti Fortnite, COD Warzone, Apex Legends dan lain-lain.
Jika terdapat permainan video yang memerlukan grafik yang lebih, lebih baik anda menurunkan tetapan untuk mendapatkan pengalaman yang lebih lancar. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan prestasi yang disampaikan.
Prestasi tinggi sistem ini tidak menghasilkan jangka hayat bateri yang bertahan lama. Saya agak-agak ia mungkin boleh tahan dalam 3 – 4 jam. Itu tipikal untuk sebuah gaming laptop, lalu menjadikan ia tidak sesuai untuk terus digunakan di luar dalam jangka masa yang panjang.
Kekunci khusus untuk melancarkan perisian PredatorSense membantu anda mengawasi prestasi sistem. Perisian ini memberi akses langsung ke kawalan kipas, profil kuasa, pemantauan sistem dan fitur overclock untuk melipat gandakan prestasi Helios 300. Anda juga dapat mengubah suai profil audio untuk sesi-sesi berbeza seperti permainan video, muzik atau filem.
Papan kekunci secara sendirinya amat selesa untuk bermain permainan video dan menaip, manakala tanda- tanda sebenarnya mudah untuk dibaca atau dilihat tanpa bantuan RGB biru. Konfigurasi lain lain menawarkan pencahayaan RGB empat zon, tetapi saya suka warna biru yang digunakan di sini, serta kekunci transparen pada WASD, anak panah dan PredatorSense. Ketepatan touchpad juga lancar, responsif dan tepat, tetapi bukanlah sesuatu yang anda akan gunakan semasa ber-gaming.
Jika anda mencari port untuk mengecas di sebelah kiri, jangan risau. Ia tidak hilang, cuma dipindahkan ke belakang untuk memberi ruang pada sambungan-sambungan lain.
Kesimpulan
Seperti yang saya sebutkan di atas, Acer biasanya merupakan pilihan laptop gaming yang baik untuk bermula jika anda ingin kualiti yang lebih tinggi, sama ada untuk produktiviti atau untuk permainan video, bagi bajet yang berpatutan,. PH315-53 adalah satu upgrade untuk siri Helios, dan itu ditunjukkan pada tambahan seperti paparan 240Hz, fitur overclock pada GPU dan reka bentuk yang lebih kemas. Walaubagaimanapun ada beberapa kekurangan, ini masih merupakan gaming laptop yang bernilai tinggi.
Akhir kata, Predator Helios 300 baru adalah kemaskini yang sangat dinanti-nantikan. Generasi sebelumnya mempunyai kelebihan dengan harganya yang murah, dan perkara yang sama berlaku untuk generasi ini. Maka, tamatlah ulasan saya mengenai Acer Predator Helios 300 (PH315–53). Untuk baca ulasan kami yang lain bagi produk Acer, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post