Nickelodeon Kart Racers dilancarkan pada tahun 2018 ke respon bercampuran negatif. Ia dikritik kerana senarai wataknya yang kurang memuaskan, kekurangan isi kandungan, dan suasana yang generik. Pemaju Bamtang Games dengan jelas mempertimbangkan maklum balas ini, sehingga menghasilkan Nickelodeon Kart Racers 2: Grand Prix, yang merupakan peningkatan besar berbanding yang pertama. Walaupun sebarang lakonan suara masih tidak ada, ada banyak yang seronok untuk peminat lumba dan Nickelodeon daripada semua generasi. Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan ulasan ini!
Sehingga 30+ watak Nickelodeon
Jumlah senarai watak lebih daripada dua kali ganda berbanding pendahulunya, dengan 30 ‘pemandu‘ berbeza untuk dimainkan. Selain daripada reka bentuk kereta yang unik dan statistik istimewa untuk setiap watak, ini adalah jumlah yang mengagumkan. Apa sahaja yang anda suka, terdapat 30 pelumba yang boleh anda pilih, walaupun ada yang hanya dapat dibuka dengan menyelesaikan beberapa mod permainan. Mereka ditemani oleh 70 watak sokongan, dan inilah yang menambah elemen taktikal sebenar untuk Nickelodeon Kart Racers 2: Grand Prix. Watak-watak ini merangkumi pelbagai siri animasi daripada semua era Nickelodeon seperti:
- SpongeBob SquarePants (SpongeBob SquarePants)
- Patrick Star (SpongeBob SquarePants)
- Squidward Tentacles (SpongeBob SquarePants)
- Sandy Cheeks (SpongeBob SquarePants)
- Leonardo (Teenage Mutant Ninja Turtles)
- Raphael (Teenage Mutant Ninja Turtles)
- Donatello (Teenage Mutant Ninja Turtles)
- Michelangelo (Teenage Mutant Ninja Turtles)
- Shredder (Teenage Mutant Ninja Turtles)
- Lincoln Loud (The Loud House)
- Clyde McBride (The Loud House)
- Lucy Loud (The Loud House)
- Tommy Pickles (Rugrats)
- Chuckie Finster (Rugrats)
- Angelica Pickles (Rugrats)
- Reptar (Rugrats)
- Arnold Shortman (Hey Arnold!)
- Gerald Johanssen (Hey Arnold!)
- Helga Pataki (Hey Arnold!)
- JoJo Siwa
- Rocko (Rocko’s Modern Life)
- Heffer Wolfe (Rocko’s Modern Life)
- Zim (Invader Zim)
- GIR (Invader Zim)
- Ren Höek (The Ren & Stimpy Show)
- Stimpy Cat (The Ren & Stimpy Show)
- Aang (Avatar: The Last Airbender)
- Korra (The Legend of Korra)
- Danny Phantom (Danny Phantom)
- CatDog (CatDog)
Litar berdasarkan lokasi ikonik kartun
Permainan juga mempunyai penambahan besar dengan 28 litar dan 2 peta “Arena” – masing-masing bertemakan sebuah kartun tertentu. Beberapa litar telah dibuat semula daripada permainan pertama, di mana rupa dan susun atur baru ini jauh lebih bagus dan cantik. Seperti yang anda akan lihat dalam gameplay kami, litar ini tidak mempunyai kesukaran atau jalan rumit seperti permainan lumba lain, tetapi kesederhanaannya amat dialu-alukan. Secara keseluruhan, lokasi-lokasi litar ini tidak asing lagi bagi peminat dan adalah satu pengalaman yang gembira untuk lalui semula.
Gameplay yang pantas & taktikal
Permainan mengikuti bentuk tradisional perlumbaan kart, yang memberikan anda 8 kejohanan untuk menang, masing-masing dengan empat perlumbaan. Di samping Grand Prix (kempen utama), anda dapat mencuba 42 “challenge” yang dibahagikan antara menembak sasaran, mengalahkan masa yang ditetapkan, mengelak daripada halangan, dan perlumbaan bos. Terdapat juga mod Time Trial untuk menetapkan rekod baru di litar pilihan dengan mengalahkan pelumba lain, dan mod Arena yang menampilkan pertarungan “free-for-all” dan mod “capture the spatula” (pemegang bendera paling lama akan menang).
Permainan mempunyai 4-player split-screen dan 8-player multiplayer. Bagi single-player, anda mempunyai enam set perlumbaan di mana pusingan akhir membuat anda menentang “bos” yang kebetulan menjadi watak terbaru untuk dibuka. Sebenarnya, dengan setiap perlumbaan “Slime Grand Prix” dan “Challenge” yang selesai, anda akan membuka anggota krew baru, serta bahagian kenderaan dan cat warna.
Apabila kita pergi ke bab perlumbaan, permainan berfungsi dengan baik untuk memberikan aksi pemanduan yang sengit. Mekaniknya cukup unik dan menepati tema Nickelodeon yang gila. Jika anda perasan, “slime” adalah penentu antara menang dan kalah. Apabila anda melalui slime, anda akan dapati bahawa cecair ajaib ini tidak akan melambatkan anda. Sebaliknya, ia akan meningkatnan meter “Slime Bar“. Apabila diisi, anda boleh mengaktifkan ‘Chief Skill’, yang merupakan abiliti khas seperti peningkatan kelajuan atau jenis serangan unik. Untuk meningkatkan lagi kelajuan, anda boleh melakukan “Slime Stunts” yang menunjukkan animasi bergaya di udara ketika anda menekan L1 di tanjakan.
Drift juga mempunyai sistem kelajuan mini sendiri. Sekiranya anda dapat drift dengan cukup lama, nitro akan berubah pada warna-warna berbeza, dengan percikan api biru sebagai nitro terbaik. Kemudian, kita ada power-up ikonik, yang jika dikutip, akan pilih secara secara rawak sebuah barang yang mengingatkan saya pada sebuah permainan video Nintendo. Antara contoh ialah:
- Sotong ungu – menyerang musuh dan melambatkan kenderaan
- Bola sepak roket – serangan yang mengejar dan menyerang musuh
- Tangan – mengurangkan penglihatan
Terdapat tiga tetapan kesukaran, tetapi anda pasti memerlukan kesukaran tertinggi jika mahukan cabaran sebenar. Kesukaran “Slow” membolehkan kita mengatasi lawan dengan mudah, dan kesukaran hanya sedikit meningkat di tahap “Middle“. Acara “challenge” pun mempunyai tetapan kesukaran sendiri dengan beberapa yang sangat mudah, manakala yang lain akan memerlukan usaha untuk kalahkan. Walaupun derivatif, permainan mempunyai kelancaran, ciri khas, dan keseronokkan yang mencukupi untuk memastikan kita sentiasa tertarik untuk bermain lagi.
Unsur customization yang tidak dijangka
Sebelum setiap perlawanan, tidak kira sama ada single-player atau multiplayer, anda dapat customize barang seperti kereta atau krew. “Engine“, “Wheels” dan “Exhaust Pipes” semuanya dapat mengubah statistik secara radikal, bermula daripada kelajuan tertinggi hingga kecekapan stereng. Bahagian kegemaran saya dalam customization adalah semasa memilih anggota “Krew“. Seperti yang disebutkan di atas, ada ‘Chief’, yang bertanggungjawab untuk Slime Meter anda.
Mula-mula, kita akan memilih watak Chief yang mempunyai abiliti slime yang dapat diaktifkan dalam perlumbaan, sama ada Rain of Chum milik Plankton untuk melambatkan pihak lawan atau Fire Boost milik Zuko yang memancarkan api untuk menyerang. Kemudian ada dua watak lain iaitu “Mechanic” dan “Engineer“. Karakter sokongan ini mempunyai kebolehan yang berfungsi secara pasif atau aktif secara automatik, termasuk Gary dari siri Spongebob yang memberi anda lebih banyak slime, atau Splinter dari Teenage Mutant Ninja Turtles yang memberikan kebolehan halimuan semasa menyerang lawan.
Walaupun kedua-dua peranan ini dapat ditukar ganti, mereka bertindak untuk memberi pelbagai jenis faedah. Anda boleh membuat persediaan yang fokus pada serangan di mana krew anda memberi anda lebih banyak item senjata atau persediaan yang berfokus pada sokongan untuk memberikan tambahan slime. Satu lagi perkara yang bagus tentang hal ini adalah anggota Krew merupakan watak sekunder daripada rancangan Nickelodeon kegemaran, dan setiap potret watak digambarkan dengan gaya seni khas. Jika digabungkan semua itu dengan pilihan enjin, ekzos, dan tayar yang berbeza, anda sebenarnya perlu memikirkan beberapa perkara semasa membuat persediaan untuk berlumba.
Pendapat
Saya pasti ramak kanak-kanak akan menyukai permainan secara keseluruhan tetapi, saya buat masa sekarang, tidak menyukai ketidakhadiran lakonan suara. Ini adalah salah satu masalah utama pada pendahulunya, yang malangnya telah sekali lagi. Mereka mungkin ada masalah dengan pelesenan kerana saya tidak mendengar satu suara pun daripada mana-mana watak. Daripada segi grafik, permainan ini cukup bagus. Model watak amat terperinci walaupun avatar-avatar mereka kelihatan agak pelik. Animasi yang ditunjukkan semasa kita membuat lagak aksi atau berdiri di atas podium juga amat sesuai dengan keperibadian watak.
Nickelodeon Kart Racers 2: Grand Prix adalah permainan perlumbaan kart yang cukup memuaskan. Litar dibuat dengan baik dan megambil inspirasi tepat daripada rancangan Nickelodeon, sistem krew menambah elemen taktikal, dan ganjaran dalam permainan cukup lumayan. Ia cuma kehilangan sedikit unsur dan daya tarikan tertentu. Keseluruhan, ini adalah perjalanan yang cukup nostalgia ke dunia Nickelodeon yang menggembirakan.
GS Gameplay:
Nickelodeon Kart Racers 2: Grand Prix kini boleh didapati untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox Series X/S, Xbox One, dan PC.
@gamersantaimy
The Review
Nickelodeon Kart Racers 2: Grand Prix
Nickelodeon Kart Racers 2: Grand Prix adalah permainan perlumbaan kart yang cukup memuaskan. Litar dibuat dengan baik dan megambil inspirasi tepat daripada rancangan Nickelodeon, sistem krew menambah elemen taktikal, dan ganjaran dalam permainan cukup lumayan.
Discussion about this post