Kimetsu no Yaiba – The Movie: Mugen Train memulakan debutnya di Jepun dengan mencatatkan rekod $44 juta pada hujung minggu pembukaannya. Selain menjadi filem terbaik di seluruh dunia pada hujung minggu ini, filem anime action-adventure ini juga mendapat pencapaian pembukaan terbesar untuk mana-mana filem di Jepun, tidak kira luar negara atau domestik.
Diarahkan oleh Haruo Sotozaki, Mugen Train adalah sekuel langsung daripada anime Kimetsu no Yaiba berdasarkan siri manga oleh Koyoharu Gotōge, dengan kepulangan pelakon suara utama Jepun dan Inggeris untuk menyuarakan watak masing-masing. Cerita ini mengikuti Kamado Tanjiro dan Demon Slayer Corps ketika mereka menyiasat beberapa siri kehilangan misteri di dalam Infinity (Mugen) Train. Tanpa disedari, siasatan ini meletakkan mereka dalam perangkap oleh salah satu anggota sekumpulan iblis yang kuat.
Walaupun Jepun biasanya melancarkan filem baru pada Sabtu/Ahad, Kimetsu no Yaiba The Movie: Mugen Train dibuka di 403 pawagam bermula pada pagi 16 Oktober, dan memperoleh $12 juta pada hari pertama. Menurut Variety, jumlah keseluruhan tiga hari yang berjumlah $44 juta dikumpulkan daripada 3.42 juta kemasukan. Angka ini melebihi nilai kasar $30 juta dalam tiga hari oleh Disney Frozen II pada tahun 2019 dan debut Weathering with You yang bernilai $15.6 juta. Filem Demon Slayer juga telah melepasi pembukaan Confidence Man JP: Princess yang bernilai $36. Ini merupakan filem terlaris ketiga di Jepun pada tahun 2020.
Di Malaysia, filem ini akan dikeluarkan secara eksklusif di Golden Screen Cinemas atau GSC. Tayangan peminat (fan screening) akan berlangsung pada 5 Disember 2020 dan 23 Januari 2021. Tayangan umum pula telah ditangguhkan ke 4 Februari 2021 kerana peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini dan masa yang diperlukan untuk pelepasan penapisan.
Malangnya, pawagam Malaysia mungkin akan menghadapi beberapa masalah pada minggu-minggu akan datang kerana kekurangan filem baru. Dengan penangguhan pelbagai filem besar, dan gelombang kedua wabak yang sedang berlangsung, banyak pawagam mungkin mendapati diri mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada menutup buat sementara.
Kimetsu no Yaiba The Movie: Mugen Train akan dilancarkan di pawagam Malaysia pada tahun 2021.
@gamersantaimy
Discussion about this post