Sudah agak lama sejak game MARVEL Super War dilancarkan, maka ini adalah masa yang baik untuk kami membuat ulasan. Saya ialah peminat MARVEL yang besar dan selepas melihat IP besar ini berubah menjadi permainan MOBA, mestilah ia menarik perhatian saya dan peminat-peminat di luar sana. Bayangkan sekumpulan watak-watak MARVEL unik sedang berlawan antara satu sama lain! AVENGERS ASSEMBLE! Mari kita mulakan ulasan ini.
Pertama sekali saya ingin sebut ialah tentang kualiti grafik. Untuk sebuah permainan mobile, Netease dan MARVEL masih mengekalkan kualiti yang kamu boleh jumpa dalam game MOBA di PC. Model watak cukup terperinci dan sangat mudah untuk membezakan setiap watak dan skin-skin eksklusif mereka dari pelbagai filem MCU atau siri komik. Kosmetik lain yang kamu boleh dapatkan ialah Avatar dan Avatar Frame (bingkai).
Shop adalah di mana pemain boleh membeli Hero dan Skin. Terdapat tiga mata wang iaitu: Coin, Crystal, Star Credit. Setiap hero dan skin boleh dibeli dengan jenis dan nilai mata wang tertentu tetapi skin hanyalah unsur kosmetik yang tidak memberikan apa-apa faedah lain. Kadang kala, Shop akan memberi diskaun pada kedua-dua hero dan skin, jadi pastikan anda memanfaatkan tawaran-tawaran tersebut!
Jika anda tidak pasti tentang kebolehan atau abiliti seorang hero, anda hanya perlu pergi ke Archive dan kemudian tekan skill icon untuk baca kemahiran mereka. Setiap watak direka agar menyerupai watak sebenar dalam siri komik atau filem. Sebagai contoh, Hulk masih menggunakan abiliti Hulk Smash untuk satu menghempas musuh ke tanah! Setiap hero juga datang dengan ciri-ciri unik (Hero Trait), seperti Hawkeye yang memiliki visi yang jauh dan kawasan serangan yang luas untuk peranannya sebagai marksmen. Terdapat banyak kelas yang anda boleh cuba, jadi bermain apa yang menarik minat kamu dan lihat apa yang paling sesuai dengan gaya anda.
Jika anda pernah bermain permainan MOBA lain di mobile, ia tidak jauh beza untuk MARVEL Super War. Terdapat raksasa “jungle” yang anda boleh bunuh, dan ada yang boleh memberikan BUFF serta EXP. Ada juga yang menjatuhkan item istimewa. Sekiranya anda masih baru kepada MOBA, kamu boleh pergi ke kawasan Training. Ia memberikan ganjaran untuk setiap tutorial yang selesai, jadi tidak salah kalau nak belajar dari awal balik! Jika anda mahu bermain dengan rakan-rakan, anda boleh queue sebagai satu pasukan, atau terus bermain SOLO.
Pada masa ini, terdapat dua mode arcade: Battle for Vibranium dan Free-For-All. Di Battle for Vibranium, pemain perlu mengumpul Vibranium dari lokasi-lokasi berbeza di sekitar peta, dan mendepositkannya di kawasan tertentu. Pasukan pertama untuk mencapai jumlah 1000 akan menang! Pemain juga boleh membunuh musuh untuk curi Vibranium yang mereka jatuhkan (jika ada), dan mendepositkannya kepada pasukan sendiri. Lokasi untuk mendepositkan Vibranium akan keluar sceara rawak di sekitar peta, dan setiap sudut akan dipenuh musuh, jadi hati-hati!
Di Free-for-All, ia masih lagi 5v5, tetapi bukan peta yang biasa anda main. Peta ini hanya mempunyai satu lane tunggal dengan 2 tower dan nexus. Pemain hanya boleh sembuh melalui efek rawak selepas membunuh musuh, atau penyembuhan dari rakan-rakan. Ia adalah mode yang lebih sengit kerana semua pemain akan berkumpul bersama dan berusaha untuk membunuh pihak lawan. Match biasa tidak memberi masalah, tetapi jika anda ingin bermain beberapa mode Arcade, queue time selalunya lebih lama.
Item dalam permainan secara semulajadi merujuk kepada universe MARVEL. Dari segi watak-watak yang boleh dimainkan, ia akan mengambil masa yang lama sebelum permainan boleh mengeluarkan keseluruhan watak MARVEL. Buat masa ini, watak-watak yang terpilih adalah daripada seluruh filem MCU dan X-Men. Untuk mengekalkan kemiripan kemahiran watak, mungkin beberapa watak tidak seimbang, dan ini akan mencipta perbelahan antara watak manakah yang bagus untuk digunakan.
Pada semua peminat MARVEL, saya pasti korang akan suka permainan ini. Dengan pelbagai pilihan watak, sistem pertempuran gaya MOBA, dan pelbagai isi kandungan istimewa, ini ialah sebuah game yang harus kamu cuba! Memandangkan game ini masih baru dan masih belum stabil, update pada masa depan pasti membantu. Di sini, saya akan tamat ulasan ini dan berharap agar kamu seronok bermain. Jangan lupa kongsi ID kepada saya!
@gamersantaimy
Discussion about this post