Kejap sahaja masa berlalu betul tak? Pejam celik pejam celik hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2019! Beberapa jam sahaja lagi dah masuk tahun baru 2020, tetapi sampai sekarang macam tak ada rancangan nak keluar rumah, menyambut dengan huru hara ramai orang di bandaraya setiap negeri, mungkin itu bukan rancangan utama kerana faktor melepak dan tahap kemalasan nak menghadap jalan yang jamm atau LRT yang penuh menjadi nombor 1 dalam kepala saat ini. Ada pun mungkin rancangan lepak mamak atau silang kaki kat rumah je malam ini, tapi rasanya tiada masalah kot kerana lebih tenang bila ada dirumah betul tak?
Tapi! Esok cuti, nak buat apa pula malam-malam nanti kat rumah, nak tengok filem-filem semua dah habis tengok. Nak main game, ada ke takde ye kawan-kawan dalam game yang tengah on malam tahun baru ni? Jangan risau, gamers ramai cokK! Ini lah peluang anda semua luangkan masa bersama rakan-rakan anda yang tidak menyambut keluar rumah untuk tahun baru ini! Ya lah, nak main game yang solo nanti tepu sangat kan! Jadi bukalah telefon pintar atau PC atau Konsol anda dan luangkan masa bermainan permainan dalam senarai cadangan kami hari ini!
Call of Duty: Mobile
Call of Duty Mobile, pada yang dah tahu permainan menembak ini mempunyai banyak mod yang boleh dimainkan, antaranya mod zombi, mod multiplayer dan mod Battle Royale. Andai kata malam ini anda nak bergembira bersama-sama rakan anda, kan ada banyak acara sekarang ini dalam COD Mobile! Paling best ajak lah kawan-kawan tu main mod Prop Hunt, bagi musuh cari kita sambil bergelak ketawa menyorok sebagai barangan prop!
Grand Theft Auto V / GTA Online
Haaa! Ini lagi best nak main dengan kawan-kawan dengan pelbagai mod yang dimasukan dalam GTA Online ni, pulak geng-geng streamers pun kini makin berleluasa luangkan masa berseronok dalam permainan ini, ini lah peluang anda untuk bersama bermainya juga! Siapa tidak tahu francais GTA yang sangat popular dari dahulu, kini dengan dalam talian, kepelbagaian yang anda boleh mencuba! Anda bijak nak buat mod sendiri pun boleh! Jadi apa lagi ajak lah kawan-kawan main GTA!
PUBG Mobile / PUBG PC
Iyaaa ini menjadi fenomena permainan battle royale kegemaran pemain! Tidak kiralah dari mobile atau pun PC, keduanya mendapat sambutan yang tinggi dikalangan pemain biasa, esports, streamer dan kasual! Seperti yang semua tahu, PUBG Mobile merupakan sebuah permainan Free-to-play yang mempunyai barangan dalam mainan ynag boleh dibeli, dan anda boleh memuat turun secara percuma di Google Play atau iOS. Manakala, PUBG PC pula kini tengah sale dekat Steam dan kami ada kongsikanya haritu okay sempena tahun 2020 ini! Jadi inilah peluang anda untuk join pelbagai ‘custom room’ yang dibuka oleh pelbagai clan atau streamers PUBG! Lepak-lepak enjoy bersama kawan dengan custom room atau selesaikan misi RP yang dah nak habis musim ini!
Marvel Super War
Siapa yang kaki Mobile Legends Bang Bang tu mungkin korang patut mencuba Marvel Super War (MSW)! Pertama, MSW ni game MOBA yang memang gempak, masa inilah anda nak bersama rakan menyusun strategi untuk musnahkan kawasan dan superhero musuh! Kedua, kalau anda peminat MARVEL Superheroes, memang wajib lah mencuba permainan terbaru ini! Memang banyak hero Marvel yang boleh dipilih yang termasuk dalam pelbagai kelas termasuk Fighter, Energy, Marksmen, Assassin, Tank dan Support. Jadi superhero, kumpulkan geng anda dan serang pihak musuh!
Worms Zone.io
Percaya atau tidak, game cacing ni sekarang tengah hot! Iya, benda pun boleh muat turun secara percuma di Google Play, apa ada hal! Kerja anda hanya menjadi cacing, dan makan segala makanan yang ada dan menjadi top ranking! Kumpul coin dalam mainan banyak-banyak lepas tu anda boleh kustom skin cacing anda tu. Main ni memang boleh buat anda meleka, jadi kalau dah terdesak sangat asyik toosoon main PUBG tu, boleh lah lepaskan kat Wormszone ni ok!
Jadi macam mana? Dah sedia untuk muat turun permainan-permainan ini semua sebelum ambang tahun baru? Jadi malam ni kita melepak kat rumah puas-puas lagi best! Selamat tahun baru 2020 warga Gamer Santai!
@gamersantaimy
Discussion about this post