Kali pertama Captain Tsubasa: Rise of New Champions ditunjukkan, saya serta merta terpikat. Trailer-nya yang bombastik menjadikan game ini seperti permainan bola sepak yang diperlukan oleh komuniti anime. Malangnya, Tsubasa bukan lah satu game bola sepak yang mendalam, tetapi itu tidak menjadikannya kurang hebat. Sudah tentu, kalau kita mendapatkan sesuatu yang hampir mirip seperti FIFA atau PES, ia pasti akan menjadi penambahan yang bagus untuk penyakit sukan tetapi walau bagaimanapun, Captain Tsubasa: Rise of New Champions mempunyai sesuatu campuran antara kedua-kedua francais yang saya menarik.
Gameplay asas & kawalan
Gameplay Captain Tsubasa sangat mudah dan lebih kurang sama seperti FIFA atau PES. Untuk bantu anda faham skema kawal, di bawah ialah gambaran asas:
Selain daripada asas-asas bola sepak seperti PASS, SHOOT, DASH dan lain-lain, saya akan menjelaskan tentang apa yang unik tentang Captain Tsubasa. Setiap kali menentang pemain musuh di atas padang, anda boleh menekan R2. Pihak lawan akan melakukan perkara yang sama dan ini menentukan siapa yang memenangi bola. Oleh itu, jika anda berada di pihak defensif dan kedua-dua menekan R2, anda akan berjaya mencuri bola. Sekiranya anda menekan R2 dan mereka menekan R1, musuh akan menggelecek melepasi anda dengan bergaya. Statistik dan kemahiran yang berbeza akan mengkomplikasikan perkara ini, tetapi pada dasarnya, ini adalah permainan yang berasakan gunting batu-kertas.
Sepakan Super & Spirit Bar
Setiap watak mempunyai bar di atas kepala mereka yang mewakili “spirit“. Spirit akan turun semasa anda berlari atau menggelecek. Sebaliknya, spirit akan naik apabila anda berlari seperti biasa. Sekiranya habis, anda tidak boleh menggunakan kebolehan menggelecek bola untuk melepasi musuh dan tidak dapat kumpul semangat untuk melancarkan tendangan super anda.
Tendangan super ini memang seronok untuk ditonton dan sangat penting. Penjaga gol juga memiliki spirit bar yang hanya akan turun apabila menahan serangan pemain. Walaupun anda menggunakan sepakan kuat seperti Drive Shot terkenal Tsubasa, ia biasanya tidak akan menjaringkan gol tanpa musuh menurunkan spirit bar penjaga gol. Sudah tentu, beberapa penjaga gol tidak mahir dan tembakan seperti ini akan melolos masuk, tetapi apabila anda menghadapi seseorang seperti Wakayabashi (antara penjaga gol terhebat dalam permainan), dia akan menepis sepakan itu seperti lalat.
Gameplay ini bermaksud bahawa meta cukup mudah. Anda menggelecek sehingga gol musuh dan kemudian, memberi kepada striker terbaik untuk dia mengaktifkan sepakan terkuatnya ke arah gol. Sekiranya dapat bertahan, kemenangan adalah milik anda. Walaupun saya menjelaskan seperti itu, ia tidak semudah ini. Beberapa watak mempunyai abiliti super yang dapat membuka strategi baru, terutama ketika anda bermain bersama rakan sebenar (bukan AI). Setiap watak mempunyai hingga abiliti khas yang dapat mengubah cara mereka bermain dengan cukup drastik.
Yang penting, Captain Tsubasa masih permainan yang mudah. Ia lebih menghiburkan peminat dalam bentuk cutscene yang menunjukkan kebolehan istimewa daripada gameplay yang mendalam. Bagi saya, itu bukanlah sesuatu yang buruk. Siapa yang tak suka apabila melihat sepakan diisi semangat harimau?
Bantu Tsubasa atau ukir legenda sendiri
Beralih daripada gameplay, kandungan cerita adalah antara aspek yang menjadikan permainan ini menarik. Terdapat dua jalan cerita berbeza untuk anda bermain. Satu akan melihat anda membantu Captain Tsubasa dan pasukan sekolah menengahnya di kejohanan Nasional untuk mengukuhkan statusnya sebagai pemain terbaik di Jepun. Yang kedua akan menyuruh anda mencipta watak baru dan bersaing bersama pemain terbaik Jepun di pentas dunia.
Jalan cerita Tsubasa berfungsi sebagai tutorial permainan. Anda akan bermain dalam enam perlawanan dan mempelajari asas-asas permainan. Namun, saya merasakan mod ini sedikit lebih sukar daripada mod New Hero. Ini mungkin kerana ada banyak musuh di mod Tsubasa dengan abiliti super yang 99% pasti masuk serta penjaga gol kita yang lemah. Sekiranya mereka berjaya sampai gawang gol anda, siap sedia untuk makan Fierce Tiger Shot milik Hyuga atau tandukan pelik Tachibana Twins.
Mod New Hero adalah di mana anda pasti habiskan masa. Di sini, kita akan berhadapan dengan yang pemain terbaik dunia semasa melatih legenda bola sepak Jepun yang seterusnya. Ini bukan sahaja berfungsi sebagai cara yang seronok untuk mengenali semua watak, tetapi anda juga boleh membawa pemain ciptaan anda ke permainan dalam talian.
Card pack permainan juga boleh dibuka melalui mod jalan cerita. Daripada membayar untuk pemain terbaik seperti FIFA, Captain Tsubasa membolehkan anda bermain dengan sebahagian besar pemain pada permulaan permainan. Di sini, anda mesti mengalahkan beberapa pasukan antarabangsa untuk membuka mereka, tetapi sekurang-kurangnya, kita tidak perlu membayar satu sen.
Sebaliknya, card pack yang anda buka boleh digunakan untuk meningkatkan statistik apa-apa kad lain. Perlu diingat bahawa anda tidak boleh membelanjakan wang sebenar untuk pek tersebut dan ia hanya boleh diperolehi daripada dari bermain dan menyelesaikan cabaran dalam permainan.
Setiap perlawanan berlangsung lebih kurang 10 minit. Selepas itu, anda akan disambut dengan dialog dan cutscene sekurang-kurangnya 20 minit. Ini menjadi masalah kerana ia boleh menggelirukan pemain baru yang tidak menonton anime. Nasib baik lah, mereka memasukkan beberapa adegan pendek yang menceritakan semula perjalanan Tsubasa untuk anda. Ia tidak akan buka sehingga anda berjaya menyelesaikan cabaran tetapi ini adalah tambahan yang bagus jika anda ingin kenali jalan cerita.
Pendapat
Pendek kata , Captain Tsubasa: Rise of New Champions adalah permainan sukan taktik mudah dengan watak yang mudah untuk suka. Tiada apa-apa di sini yang begitu mengagumkan, tetapi ia amat seronok untuk melihat generasi emas Jepun yang dahulu kita lihat di anime berkembang menjadi bintang sukan terkenal sehingga ia membuat saya ingin baca semula manga asli. Jadi, di sini saya harus hormat kehebatan pencipta iaitu Yoichi Takahashi. Sekiranya anda mencari permainan yang mudah untuk faham dan boleh bikin tagih, Captain Tsubasa: Rise of New Champions adalah satu pilihan yang bagus.
@gamersantaimy
The Review
Captain Tsubasa: Rise of New Champions
Tiada apa-apa di sini yang begitu mengagumkan, tetapi ia amat seronok untuk melihat generasi emas Jepun yang dahulu kita lihat di anime berkembang menjadi bintang sukan terkenal sehingga ia membuat saya ingin baca semula manga asli.
Discussion about this post