Akhirnya! Gaming phone yang dinanti-nantikan para gamers sedunia telah mendarat ke Malaysia! Ya! Secara rasmi, ASUS ROG telah melancarkan penjualan ROG Phone 3 bermula hari ini dan mendedahkan harganya sekali!
Pada anda yang masih bingung atau tidak tahu mengenai siri telefon gaming yang diidamkan ini, ROG Phone 3 merupakan siri telefon gaming yang ketiga yang dikuasakan dengan Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 865 Plus 5G dengan keupayaan komunikasi mudah alih 5G yang maju. Dibangun untuk memuaskan walaupun anda seorang pemain paling hardcore, ia mempunyai paparan 144 Hz / 1 ms baru yang menakjubkan yang menjadikan persaingan tetap berdiri. Di samping ciri yang ditingkatkan seperti AirTrigger 3, anda akan menemui semua yang anda gemari pada generasi sebelumnya, termasuk bateri monster 6000 mAh2, reka bentuk pengecasan sisi yang unik, pembesar suara menghadap ke hadapan dua dan pelbagai aksesori modular. ROG Phone 3 menetapkan standard baru untuk permainan mudah alih!
Bukan itu sahaja, kami sendiri telah mencuba telefon gaming ini bulan lalu dan telah mengongsikan review penuh yang anda boleh rujuk semula artikel kami sebelum ini! Eh apa yang kami boleh katakan, bukan setakat main game je padu, tetapi kamera dan bateri pun dah bersedia untuk menemani harian anda! Dah tak sabar nak tahu berapa harga ROG Phone 3 yang tersedia? Rileks dulu! Jom usha spesifikasi ROG Phone 3 dahulu!
SPESIFIKASI ROG PHONE 3 |
||
ROG Phone 3 | ROG Phone 3 Strix Edition | |
Pemproses | 3.1 GHz Qualcomm® Snapdragon™ 865 Plus 5G Mobile Platform with 7nm, 64-bit Octa-core Processor |
2.84GHz Qualcomm® Snapdragon™ 865 5G Mobile Platform with 7nm, 64-bit Octa-core Processor |
GPU | Qualcomm® Adreno™ 650 | |
UI | Android™ 10 with ROG UI | |
Paparan | 6.59” 19.5:9 2340×1080 (391ppi) 144Hz/1ms AMOLED HDR10+ certified; 270Hz touch sampling rate, 25ms touch latency; 650nits HBM brightness & 1000 nits peak brightness, 113% DCI-P3 Delta E average <1%; 1.07 billion colors; 1,000,000:1 contrast ratio; Front 2.5 Corning® Gorilla® 6 Glass; TÜV Low Blue Light (Hardware Solution) and Flicker Reduced certifications for eye comfort; Capacitive touch panel with 10 points multi-touch (supports Glove touch) |
|
Memori/Storan | LPDDR5/UFS3.1 12GB/128GB 12GB/256GB 12GB/512GB 16GB/512GB |
LPDDR5/UFS3.1 CN: 12GB/128GB 8GB/128GB 8GB/256GB |
SD storage | no SD-card reader; NTFS support for external HDD | |
Sensor | Accelerator, E-Compass, Proximity, Hall sensor*2, Ambient light sensor, in-display fingerprint sensor, Gyro, Ultrasonic sensors for AirTrigger 3 and grip press | |
Kamera Utama | 64MP SONY IMX686 sensor, 0.8 µm pixel size – Quad Bayer technology with 16MP, 1.6 µm large effective pixel size, F1.8, 1/1.7” sensor, 2×1 OCL PDAF, LED flash | |
Second Rear | 13MP, 125˚-wide, F2.4, Real-time distortion correction, 11mm equivalent focal length in 35mm film camera | |
Third Rear | 5MP Macro, F2.0 | |
Kamera Hadapan | 24MP, 0.9µm, Quad Bayer Technology, F2.0,27mm equivalent focal length in 35mm film camera | |
Resolusi Video | 8K (7680 by 4320) @ 30 fps (main rear camera) 4K (3840 by 2160) @ 30/60 fps (main rear camera), @ 30 fps (second rear camera) 1080p @ 30/60 fps; 720p @ 30 fps 3-axis electronic image stabilization for rear cameras Time Lapse (4K) Slow Motion video (4K @ 120 fps; 1080p @ 240/120 fps; 720p @ 480 fps) Take still photo while recording video |
|
Speaker | Dual front-facing speakers with GameFX & Dirac HD Sound 7-magnet stereo speaker with dual NXP TFA9874 smart amplifier for louder, deeper and less distorted sound effect |
|
Audio Output | Hi-Res audio 192kHz/24-bit standard (USB-C™ output) that is 4 times better than CD quality GameFX audio system for improved in-game audio experience New AudioWizard with multiple listening profiles tuned by Dirac |
|
Microphone | Quad microphones with ASUS Noise Reduction Technology | |
Teknologi Wireless | WLAN 802.11a/b/g/n/ac/ax 2.4 & 5GHz and Wi-Fi 6 2×2 MIMO, Bluetooth 5.1 Wi-Fi Direct support |
|
Navigasi | GNSS support GPS(L1/L5), Glonass(L1), Galileo(E1/E5a), BeiDou(B1/B2a), QZSS(L1/L5) and NavIC(L5) |
|
SIM Cards | Dual SIM dual standby Slot 1: 5G/4G/3G/2G Nano SIM card Slot 2: 5G/4G/3G/2G Nano SIM card 5G+4G or 4G dual SIM dual standby support; 5G services are only supported in 5G network-enabled locations in 5G-ready countries. |
|
Interface | Side-port: 48 pin Customized/Type C connector USB3.1 gen2/DP 1.4(4K)/Fast Charging (QC3.0+QC4.0/PD3.0) / Direct Charge Bottom-port: Type C connector USB2.0/Fast Charging (QC3.0/PD3.0)/Direct Charge |
|
NFC | Support (Card mode support in power off) | |
OS | Android™ 10 with ROG UI | |
Bateri | 6,000mAh (typ) | |
Charger | Output: 10V 3A, supports up to 30W QC4.0 / PD3.0 / Direct Charge adapter | |
Dimensi | 171mm (6.73 inches), 78mm (3.07 inches), 9.85mm (0.39 inches) | |
Berat | 240 grams (8.47 ounces) |
Harga dan Ketersediaan
Jadi, adakah anda bersedia dengan harganya? Jom usha dibawah:
- ROG Phone 3 STRIX Edition (SD865 / 8GB Ram / 256GB Storage / 5G) – RM 2999
- ROG Phone 3 (SD865+ / 12GB Ram / 512GB Storage / 5G) – RM 3799
- ROG Phone 3 (SD865+ / 16GB Ram / 512GB Storage / 5G) – RM 4499
Ketiga-tiga spesifikasi ini sudah boleh didapati di kedai dalam talian ROG Shopee dan Lazada, juga kedai penjual sah telefon pintar ROG Phone 3! Semua spesifikasi ini terdapat waranti 1 tahun dari ASUS ROG Malaysia. Kalau dah tahu mengenai telefon, mesti nak tahu juga harga untuk aksesori yang nampak lebih gempak dengan ROG Phone 3 ini kan? Lebih terbaik, aksesori ini turut diupgrade!
- ROG Ranger BC1001 Waist Pack – RM99
- OG Clip – RM149 (3 bulan waranti)
- ROG PHONE 3 Lighting Armor case & Glass Screen Protector – RM279 (3 bulan waranti)
- ROG Kunai 3 Gamepad – RM499 (3 bulan waranti)
- Mobile Desktop Dock – RM599 (12 bulan waranti)
- TwinView Dock 3 – RM899 (12 bulan waranti)
Anda harus tahu bahawa aksesori ini ada yang boleh dipakai di ROG Phone 2 sebelum ini dan ada juga aksesori dari variasi tahun lalu yang turut boleh dipakai untuk ROG Phone 3. Berikut adalah senarai tersebut (x – tidak serasi; Y – serasi).
Jadi apa lagi yang anda nantikan? Kata gamers sejati! Ini lah peluang anda untuk membeli telefon gaming yang gempak ni! Showmatch PUBG Mobile dari Influencer, Streamer dan Content Creator pun dah menunjukan kehebatannya! Ok kami nak pergi singgah beli dulu!
@gamersantaimy
Discussion about this post