Mesti ramai yang kenal nama Modern Warfare, tetapi kandungannya kali ini membawa nada dan flow yang berbeza daripada yang kita jangkakan dari siri Call of Duty. Developer Infinity Ward mengambil peluang besar dalam kedua-dua kempen multiplayer dan single-player, dan sementara beberapa idea menerima sambutan yang tinggi, ada yang kurang.
Berita baik untuk tahu bahawa kempen single-player membuat kemunculan selepas ketidakhadirannya di Black Ops 4, tetapi Infinity Ward telah mengalih tumpuan jauh dari konflik besar-besaran yang siri itu terkenal ke peperangan yang lebih intim di mana kengerian perang diterokai dengan sangat teliti. Jalan cerita ini mungkin tidak selesa untuk beberapa pihak, dan meletakkan pemain secara langsung sebagai seorang gadis muda, Farah Karim yang dipaksa untuk membunuh menggunakan pisau dan pistol, serta ditangkap dan waterboarded. Adegan waterboarding siap menjadi minigame yang dahsyat di mana anda perlu menggerakan kepala ke depan dan belakang untuk mengelak dari lemas.
Orang awam yang tidak bersalah akan muncul keluar pintu atau dari belakang anda, dan ini mencipta saat-saat yang mendebarkan dan mengganggu di mana anda secara tidak sengaja mungkin akan menembak mereka. Infinity Ward mahu anda merasakan kekejaman perang, dan ia dibentangkan dengan senario seperti ini. Selain daripada beberapa misi sniping yang direka dengan bijak dan adegan tidak masuk akal di mana saya memandu pesawat mainan, saya amat minat bermain misi di jalan cerita utama, kerana tema berat yang dibawak oleh mereka serta sesi pertempuran. Menyerang rumah atau gua atau bangunan tinggi sangat seronok, dan mengingatkan saya kembali kepada judul-judul sebelum yang membuat siri ini terkenal.
Walaupun kempen ini tidak begitu besar atau mendebarkan seperti permainan Call of Duty lain, ia mempunyai jalan cerita yang sangat hebat – mungkin yang terbaik dalam siri ini sejak Call of Duty 4: Modern Warfare. Persembahan watak memang mantap- terutamanya untuk Captain Price, Farah, dan Hadir terutama apabila mereka ke arah konflik. Jalan cerita ini mempunyai rentak yang baik, hasilkan watak jahat yang ramai pasti benci, dan menarik dari awal hingga akhir. Saya juga menghargai bagaimana jalan cerita dan gameplay sebati sesama sendiri. Saya telah menyelesaikan kempen dalam kira-kira lima jam, tetapi mendapati saya lebih suka menontonnya untuk plot twist berbanding berada dalam pertempuran.
Seperti kebanyakan permainan Call of Duty, fokus utama Modern Warfare adalah permainan kompetitifnya, yang berjaya memperluaskan skala perang. Pengalaman multiplayer yang paling saya suka adalah mode baru yang dipanggil Gunfight, dan ia direka hanya untuk empat pemain. Perlawanan 2v2 ini berlangsung pada peta segi empat kecil yang memberikan aksi segera dan boleh berakhir dengan cepat, kerana hanya dua kill diperlukan untuk pasukan memenangi pusingan. Sebahagian daripada kejayaan mode ini ialah betapa adil medan pertempuran: Kedua-dua pasukan mempunyai loadout yang sama dan reka bentuk peta di kedua belah pihak hampir sama. Melengahkan masa atau camping adalah perkara yang membazir kerana timer akan kira dengan cepat, dan masa tambahan akan meminta kedua-kedua pasukan untuk menjadi yang pertama menangkap bendera. Betapa seronok dan gilanya saya dalam mode ini. Sehingga kini, saya masih ketagih bermain.
Modern Warfare juga mempunyai lebih daripada yang anda harapkan dalam rekaan baru di Ground War, yang meminjam sedikit ciri-ciri Battlefield dengan 64 pemain bertarung untuk beberapa titik kawalan pada peta yang luas. Ini adalah satu lagi mode yang menyeronokkan, tetapi untuk alasan yang berbeza. Kemahiran dan ketepatan ditukar kepada kekacauan kerana sniper mungkin akan menyorok, kill streak sentiasa muncul di skrin, dan sebuah kereta kebal boleh meletupkan anda dari jauh. Ground War sangat panik, dan walaupun anda tidak akan membuat banyak perbezaan, ini akhirnya menjadi cara yang baik untuk melepaskan stress selepas bersaing dalam team deathmatch yang direka dengan cemerlang. Mode multiplayer lain seperti Realisme dan Night Vision juga boleh dimain jika kamu bosan bermain dua mode di atas.
Semua mode kompetitif menawarkan cross-play dan mengekalkan warisan Call of Duty. Ia sangat fenomenal dalam Modern Warfare, dan lebih mendalam dari sebelumnya. Ganjaran killstreak adalah bagus dan hebat, manakala kelajuan dan senjata masih disenaraikan sebagai antara yang terbaik dalam dunia gaming.
Sama seperti menaikkan level watak dalam RPG, pemain boleh meningkatkan level senjata. Dengan lebih daripada 50 attachment dan kelebihan bagi setiap senjata, pemain boleh mengubah suai senjata mengikut keinginan mereka, dan didorong untuk terus menggunakan loadout yang sama untuk ditingkatkan lagi. Saya mengubah M4A1 saya menjadi sesuatu yang digeruni yang bagus untuk kedua-dua taktik blitz dan jarak jauh dengan gabungan grenade launcher serta 4.0x sight attachment. Penambahan ini meningkatkan cara permainan saya dengan ketara, tetapi pasti ada kekurangannya. Penglihatan saya ditingkatkan lagi, tetapi kelajuan zoom dikurangkan.
Walaupun permainan kompetitif seronok seperti yang saya terangkan, saya tidak mengesyorkan pemain untuk menghabiskan banyak masa dalam Special Ops, versi permainan koperatif Modern Warfare yang bermasalah. Bergerak di yang peta besar dengan rakan-rakan untuk menggodam komputer dan memusnahkan kenderaan berperisai berat adalah konsep yang menyeronokkan, dan memerlukan strategi. Bot yang boleh muncul di belakang anda membuat pengalaman terlalu sukar dalam cara yang tidak adil. Walaupun pasukan saya teratur dan bergerak dengan awas untuk menghapuskan apa-apa ancaman, ia hanya memerlukan satu musuh dari belakang untuk mencipta senario buruk.
Seperti yang dinyatakan, Modern Warfare seharusnya menerima sambutan yang berhak kerana membuat perubahan yang positif di siri Call of Duty. Tidak semua idea oleh Infinity Ward menjadi, tetapi beberapa telah berjaya cukup sehingga saya dapat melihatnya sebagai sesuatu yang harus kekal dalam siri. Pencapaian Moden Warfare mungkin tidak sehebat seperti Black Ops 4 di mana Blackout menjadi salah satu yang paling terkenal, tetapi ia masih menyampaikan pengalaman multiplayer yang seronok dan memuaskan. Dengan penambahan ini sahaja, sudah cukup untuk kata bahawa game ini berbaloi untuk main. Call of Duty: Modern Warfare sudah keluar untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan PC, dan jika kamu masih belum cuba, inilah masanya.
@gamersantaimy
The Review
Call of Duty: Modern Warfare
Pencapaian Moden Warfare mungkin tidak sehebat seperti Black Ops 4, tetapi ia masih menyampaikan pengalaman multiplayer yang seronok dan memuaskan.
Discussion about this post