Siri komputer riba ZenBook oleh ASUS telah menjadi francais yang sangat popular dengan pengguna dan memang disasarkan untuk “content creator” dan “consumer multimedia”. Kali ini ASUS telah mencuba sesuatu yang baru dengan memperkenalkan processor AMD Ryzen kepada siri premium tersebut. Komputer riba yang kami uji adalah ZenBook 14 UM431D dengan Ryzen 5. Bernilai RM2,999, ia menawarkan perkakasan yang bagus dan reka bentuk premium siri ZenBook . Jadi bagaimanakah prestasi komputer riba ini berbanding dengan harganya? Mari kita mulakan ulasan ASUS ZenBook 14 UM431D ini!
Rumusan Spesifikasi:
Model | Asus ZenBook 14 (UM431D) |
Display | 14” LED-backlit Full HD (1920 x 1080) 16:9 slim-bezel NanoEdge anti-glare display |
Processor | AMD Ryzen R5-3500U |
Graphics | Integrated AMD Radeon RX Vega 8 Graphics |
Storage | 512GB PCIe x2 SSD |
Memory | 8GB LPDDR3 2133MHz |
Ports |
|
Wi-Fi and Bluetooth |
|
Software | Windows 10 Home (64bit) |
Battery |
|
Dimensions | 323.5 x 211.85 x 15.9mm; 1.39kg |
Audio |
|
Keyboard and Trackpad |
|
Walaupun elemen reka bentuk asas adalah sama dengan siri ZenBook UX434, terdapat beberapa perbezaan halus secara keseluruhan. ZenBook UM431D menggunakan reka bentuk ergolift baru yang membolehkan komputer riba untuk secara automatik mengangkat papan kekunci ke kedudukan yang lebih selesa untuk menaip. Ia juga meningkatkan prestasi penyejukan dan audio.
Siri ZenBook baru ini kelihatan lebih nipis berbanding generasi sebelumnya dan beratnya hanya 1.39kg yang membuatnya sangat ringan. UM431D ialah quad-speaker audio system pertama untuk ZenBook dengan dua speaker pada kedua-dua belah badan yang disahkan sendiri oleh Harmon Kardon. Di bawah papan kekunci, anda dapat melihat touchpad dengan fingerprint scanner yang membaca cap jari dengan cepat dan tepat serta menyokong gesture.
Mari kita berbincang tentang elemen “connectivity” pula. Di sebelah kiri, kita mempunyai HDMI connector, diikuti dengan port USB Type-A 3.1 (Gen 1) dan port USB Type-C 3.1 (Gen 1). Kemudian di sebelah kanan, terdapat USB Type-A 2.0 port, audio jack, dan SD card reader.
ZenBook 14 mempunyai paparan NanoEdge yang memberikan sehingga 86% screen-to-body ratio. Paparan NanoEdge juga membolehkan reka bentuk yang lebih padat, lantas menjadikan ZenBook 14 lebih kecil sebanyak 6% daripada model sebelumnya (UX430). Kualiti paparan amat bagus dengan kehadiran panel IPS walaupun harganya sebenarnya murah.
ASUS ZenBook 14 UM431 dikuasai oleh AMD Ryzen R5 3500U dengan 8GB RAM DDR4 dan juga dilengkapi dengan AMD Radeon RX Vega 8 Graphics. Dari segi prestasi untuk kerja harian seperti melayari internet, menulis dan membaca email, menonton apa-apa kandungan multimedia, dan lain-lain, komputer riba ini sangat lancar dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pemanasan atau lag. Walaupun ZenBook 14 tidak sesuai untuk “heavy gaming“, anda masih boleh bermain beberapa permainan video “casual” di komputer riba ini. Berikut adalah ujian benchmark kami:
Penambahan feature 512GB SSD juga sesuatu yang bagus. Dari segi kualiti audio, ia datang dengan empat speaker Harmon Kardon yang memberikan pengalaman audio yang lantang dan cukup jelas untuk menonton filem atau mendengar lagu.
ZenBook 14 memuatkan bateri 47Wh dan menurut ASUS sendiri, ia boleh bertahan sekitar 12 jam. Dalam ujian pertama kami, hayat bateri tidaklah begitu mengagumkan tetapi dengan ujian selanjutnya, hayat bateri bertahan sekitar 7-8 jam yang sudah cukup baik untuk sebuah komputer riba seperti ini.
Untuk kesimpulan saya, adakah Zenbook 14 UM431DA dengan gabungan Ryzen 5 berbaloi dengan tanda harga RM2,999? Dalam ujian ini, saya sangat kagum dengan prestasi yang ditawarkan oleh peranti ini. Dengan reka bentuk yang bergaya “premium“, paparan “nano-edge“, prestasi gaming yang cukup bagus untuk pemain casual, dan hayat bateri yang lama, Zenbook 14 UM431DA adalah pilihan yang bagus bagi sesiapa yang mencari komputer riba yang canggih pada harga yang lebih rendah.
Pengguna yang berminat boleh ke kedai pengedar rasmi ASUS atau layari laman wes ASUS.
@gamersantaimy
Discussion about this post