Wah sempena menyambut penjualan laris permainan dari siri anime kegemaran sebanyak 20 juta salinan iaitu NARUTO Ultimate Ninja Series yang dijual diseluruh dunia, Bandai Namco Entertainment Asia dengan bangganya mengumumkan bahawa permainan versi Inggeris NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 ROAD TO BORUTO akan ada untuk versi Nintendo Switch!
Permainan ini dibangunkan oleh CyberConnect2 dan dikeluarkan oleh Bandai Namco Entertaiment dan hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan Steam in Februari 2016.
Kenyataan tersebut dikatakan permainan ini akan hadir dalam versi bahasa Inggeris untuk Nintendo Switch pada 23 April 2020 ini di Asia Tenggara yang termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia. Tanpa lengah masa jom kita lihat treler promo NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 ROAD TO BORUTO yang turut menyaksikan Kinshiki Otsutsuki dan Momoshiki Otsutsuki juga akan berada dalam permainan sebagai watak yang boleh dimainkan!
DLC yang perlu dibeli untuk kemaskini pek ‘NEXT GENERATION’ ini akan tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC via Steam pada 24 April 2020 yang termasuk watak terbaru yang boleh dimainkan seperti yang disebut diatas tadi iaitu Momoshiki Otsutsuki dan Kinshiki Otsutsuki. Mereka juga pernah muncul di perlawanan akhir Boruto: Naruto the Movie. Selain itu, terdapat kostum dalam permainan terbaru untuk 11 watak dalam era BORUTO seperti Ino Yamanaka, Shikamaru Nara danChoji Akimichi akan tersedia dalam pek kemaskini ‘NEXT GENERATION’ ini.
Pemain yang sudah ada permainan ini tidak kisah sama ada NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 atau NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 ROAD TO BORUTO di PlayStation 4, Xbox One atau PC, konten ini akan tersedia untuk dimuat turun pada 24 April 2020.
Koleksi dari cerita dari Next Generation ninja yang termasuk Hokage ke-7 Uzumaki Naruto dan anaknya Uzumaki Boruto di Konoha pasti akan menghiburkan anda dengan pelbagai aksi tanpa henti! Jadi jangan lupa untuk dapatkan DLC terbaru dan juga versi Nintendo Switch April ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post