Acer Predator Triton 900 adalah gaming laptop yang sangat hebat dan sebenarnya.. agak mahal dari Acer, serta mengambil sedikit inspirasi daripada Acer Predator Helios 700. Walaupun nilai harganya mahal, kuasa Acer Predator Triton 900 memang tidak boleh disangkal! Ia mempunyai paparan 4K yang boleh dilaraskan, processor 9th-gen Core i9 dan graphic Nvidia RTX 2080! Kini ia berada dalam genggaman kami di Gamer Santai, jadi kami ingin lihat apa yang boleh dilakukan oleh peranti bernilai RM15,999 ini.
Apa yang membezakan Acer Predator Triton 900 daripada laptop gaming lain ialah ia mempunyai satu ciri istimewa: Ezel Aero Hinge. Ini membolehkan pengguna untuk memutar skrin, dan menggerakkannya ke pelbagai posisi lain yang tidak boleh dilakukan oleh komputer riba tradisional. Fleksibiliti sedemikian membolehkan pengguna untuk mendekatkan skrin lebih dekat ke wajah anda, memusingnya 180 darjah supaya ia menghadap ke luar, atau meratakan skrin ke papan kekunci hingga ia menjadi bentuk tablet. Jika anda lebih suka menggunakan Triton 900 dalam bentuk klasik “clamshell“, itupun tiada masalah. Chasis logam Triton 900 memiliki reka bentuk yang sangat premium tetapi menghairankan, ia sangat nipis pada 23.8mm.
Memandangkan sebahagian besar daripada badan Triton 900 diberikan kepada sistem penyejukan, papan kekunci tidak mempunyai begitu banyak ruang. Ini bermakna pengguna tidak mempunyai tempat untuk merehatkan tangan, dan boleh memburukkan pengalaman menaip dan gaming pengguna.
Lima kekunci makro berada di atas papan kekunci. Tiga di tengah boleh diprogramkan, manakala kekunci “P” di paling kiri membolehkan pengguna memilih antara tiga program makro berbeza untuk menyesuaikan peranti ini. Kunci Turbo di paling kanan akan menghidupkan kipas untuk memberi pengudaraan sejuk yang lebih hebat.
Acer Predator Triton 900 amat penuh dengan port sambungan. Di sebelah kiri, ia mempunyai dua port USB Type-A 3.1 di mana salah satu sedang tersembunyi dalam bentuk pop-out, dan jack 3.5mm untuk sepasang headset dan mikrofon. Di sebelah kanan, ia mempunyai Kensington lock slot, dua port USB Type-C 3.1 Gen 2 (Thunderbolt 3, DisplayPort), satu port USB-A 3.1, dan Gigabit Ethernet.
Di belakang adalah DisplayPort 1.4 dan port HDMI 2.0 yang bersebelahan dengan port untuk adaptor. Satu lagi perkara untuk diperhatikan ialah bahawa adaptor sangat berat. Jika digabungkan sekali dengan peranti, ia mempunyai berat sebanyak 4.5kg. Triton 900 telah direka bentuk untuk menjadi pengganti kepada desktop, dan oleh itu harus sentiasa ada di atas meja pengguna berbanding di luar.
Acer Predator Triton 900 menawarkan yang terbaik anda boleh beli dengan processor 9th-gen Core i9 dan RTX 2080, yang merupakan kad grafik terbaik di pasara sekarang. Selain itu, pengguna mendapat 32GB RAM DDR4 dan dua SSD 512GB RAID0, yang bermaksud fail permainan video anda boleh dibaca dengan pantas, dan anda akan mempunyai ruang yang besar untuk menyimpan game, video, imej, dan fail-fail lain di Triton 900. Berikut adalah spesifikasi penuh:
Nilai harga | RM15,999 |
---|---|
Display size/resolution | 17.3-inch 3,840 x 2,160 touchscreen |
PC CPU | Intel Core i7-9750H |
PC Memory | 32GB 2,666Hz DDR4 |
Graphics | Nvidia GeForce RTX 2080 (overclockable) |
Storage | 1TB SSD |
Port | 2 x USB-C (1 x Thunderbolt 3), 2 x USB-A 3.1, 1 x HDMI 2.0, a USB 2.0, 1 x DisplayPort 1.4, 1 x Xbox wireless dongle connector |
Networking | Killer DoubleShot Pro 2.5Gbps Ethernet and WiFi 5, Bluetooth 5.0 |
Sistem Operasi | Microsoft Windows Home (64-bit) |
Berat | 4.1kg |
GPU RTX 2080 juga membolehkan pengguna untuk bermain game AAA pada frame rate yang selesa apabila resolusi itu dinaikkan kepada 3840×2160. Dengan sokongan ray-tracing, memang pengguna akan puas hati bermain apabila melihat visual secantik ini.
Acer Predator Triton 900 adalah laptop gaming yang boleh di-overclock. Overclock cukup mudah untuk dikendalikan dengan perisian Predator Sense. Melalui Predator Sense, anda akan dapat menukar lampu RGB, program kekunci makro, dan memilih dari tiga mod overclock di Triton 900 iaitu: Normal, Fast and Extreme. Nasib baik, Triton 900 mempunyai sistem penyejukan yang bagus untuk memastikan bahagian dalam peranti tidak menjadi terlalu panas.
Kipas Triton 900 menyedut udara dari luar melalui tiga lubang dan mengalir udara itu ke laluan heatpipe untuk memastikan CPU dan GPU sentiasa sejuk. Udara panas kemudian dikeluarkan dari komputer riba melalui empat lubang berbeza: dua di belakang dan satu di setiap sisi.
Acer Predator Triton 900 mempunyai paparan 4K Ultra HD LCD 17.3 inci dengan teknologi IPS yang memberi butiran terperinci dan sudut tontonan yang hebat. Colour coverage juga sangat hebat, dan memberikan pengalaman gaming yang menakjubkan.
Skrin ini merupakan salah satu yang terbaik pernah saya lihat dalam sebuah gaming laptop, dengan pengeluar lain biasanya memilih untuk berjimat cermat di kawasan ini untuk menurunkan kos. Anda akan melihat betapa tajam dan berwarna paparan 4K di Triton 900 apabila dibandingkan dengan panel Full HD.
Di sini saya ingin menyampaikan berita buruk pula. Paparan Triton 900 hanya boleh capai sehingga 60Hz, yang secara efektif bermakna pengalaman gaming anda dihadkan pada 60fps. Refresh rate yang melebihi 60Hz melihat prestasi visual yang jauh lebih lancar, dan ini sangat penting bagi mereka yang bermain permainan FPS secara kompetitif. Selain itu, Triton 900 mempunyai hayat bateri yang pendek dengan hanya 1 jam 41 minit apabila diuji di PCMark 8.
Saya hanya boleh mengesyorkan Acer Predator Triton 900 jika anda bajet duit yang besar, dan sanggup mengabaikan refresh rate yang hambar untuk paparan 4K yang cantik. Walau bagaimanapun, mungkin lebih baik jika anda membina PC sendiri atau membeli laptop gaming yang sesuai dengan keperluan anda. Masih berminat untuk membeli Predator Trition 900? Anda boleh layari laman rasmi Acer atau pergi ke pengedar Acer berdekatan anda sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post