Bagi yang telah pun membuat pra-daftar untuk sertai ujian Closed Alpha Diablo Immortal, korang dah boleh mula main ujian ini dan pertahankan Sanctuary daripada iblis Burning Hells di peranti Android sekarang! Closed Alpha boleh dimuat turun di pautan Google Play Store.
Closed Alpha ini memperkenalkan kandungan baru dan level permainan yang telah ditingkatkan dari level 45 ke level 55. Malah, sebagai tambahan kepada empat kelas yang tersedia semasa di Technical Alpha, Crusader kini turut dijadikan pilihan untuk pemain. Anda juga boleh menjelajah ke dua zon baru, iaitu Mount Zavain yang menjadi kediaman untuk monk, dan Frozen Tundra yang menjadi tempat tinggal puak barbarian.
Selain itu, anda juga boleh merasai pengalaman di Cycle of Strife, iaitu sistem PvP direka untuk hero menjadi salah satu dari Immortal yang akan mempertahankan Sanctuary. Para Immortal akan diawasi oleh Shadows, salah satu faction yang boleh dimain sebagai Immortal.
Di dalam Closed Alpha ini juga, terdapat banyak item, skill, Legendary gem, quest dan pelbagai lagi yang boleh digunakan serta disimpan dalam simpanan anda.
Berikut adalah spesifikasi minimum yang diperlukan untuk peranti Android:
- CPU – Snapdragon 670 / Exynos 8895 dan ke atas
- GPU – Adreno 615 / Mali-G71 MP20 dan ke atas
- RAM – RAM 2GB dan ke atas
- Versi – Android OS 5.0 (Lollipop) dan ke atas
@gamersantaimy
Discussion about this post