Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile action RPG My Hero Academia: The Strongest Hero versi global diumumkan untuk Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2021
in Android, Anime, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Mobile action RPG My Hero Academia: The Strongest Hero versi global diumumkan untuk Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Pictures Television Games and Funimation telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan mobile baru berjudul My Hero Academia: The Strongest Hero versi antarabangsa! Malangnya, versi global ini tidak tersedia di Malaysia kerana kami mempunyai My Hero Academia: The Strongest Hero versi cina oleh Komoe Game.

Bagi gameplay, ia digambarkan sebagai action-RPG di mana pemain boleh membina pasukan sendiri untuk melawan penjahat, seperti Shigaraki dan Nomu, dalam mod ‘Story‘ atau menentang pemain lain secara pertempuran PvP. Terdapat juga mod co-op bernama Allied Assault. Selain itu, pihak pemaju mengesahkan bahawa kandungan tambahan sedang dirancang untuk setiap bulan setelah pelancaran rasmi.

Trailer di atas menunjukkan beberapa hero sedang beraksi; iaitu Deku, Bakugo, Uraraka, Iida, Todoroki, Froppy, dan All Might. Sedih kerana watak kegemaran anda tidak ada? Jangan risau. Pelajar Kelas 1-A lain pasti akan disertakan sekali, kerana Sony dan Funimation juga mengesahkan bahawa hero pro lain seperti Endeavour dan bahkan penjahat seperti Stain juga akan membuat kemunculan. Disebabkan barisan watak My Hero Academia sangat besar, sudah tentu semua tidak boleh dimasukkan sekali, dan sebaliknya, akan ditambah secara beransur-ansur pada masa depan.

Permainan akan dilancarkan pada hujung musim bunga ini (mungkin sebelum akhir Mei) di:

  • Amerika Utara
  • Amerika Latin
  • United Kingdom
  • Ireland
  • Australia
  • New Zealand
  • Skandinavia

Seperti saya kata di atas, ia tidak tersedia di Malaysia (buat masa ini) tetapi pemain boleh pergi dan mendaftar di laman web rasmi (menggunakan VPN). Kempen pra-pendaftaran akan menghadiah ganjaran-ganjaran berikut mengikut jumlah pendaftaran:

  • 100,000 pra-pendaftaran: 5 Katsudon
  • 250,000 pra-pendaftaran: 5 Drones
  • 500,000 pra-pendaftaran: 30,000 Credit
  • 750,000 pra-pendaftaran: 200 Hero Coins
  • 1,000,000 pra-pendaftaran: 10 Recruit Tickets

Untuk segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Tags: Action RPGAndroidanimeFunimationiOSmangaMobileMy Hero AcademiaMy Hero Academia: The Strongest HeroSony
Previous Post

Ujian “Closed Alpha” telah dilancarkan! Ini adalah spesifikasi Android untuk Diablo Immortal

Next Post

Figura Eksklusif, Ganjaran dan banyak lagi tersedia dalam Tales of Arise Collector’s Edition!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Figura Eksklusif, Ganjaran dan banyak lagi tersedia dalam Tales of Arise Collector’s Edition!

Figura Eksklusif, Ganjaran dan banyak lagi tersedia dalam Tales of Arise Collector’s Edition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd