Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft umum F2P shooter The Division Heartland & game mobile The Division Resurgence — Info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2022
in Action, Adventure, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Shooter, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Ubisoft umum F2P shooter The Division Heartland & game mobile The Division Resurgence — Info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais The Division akan menyampaikan content baharu untuk The Division 2 tidak lama lagi, dan menawarkan peluang untuk kita bermain The Division Heartland dan The Division Resurgence lebih awal. Teruskan membaca untuk info lebih lanjut tentang game di atas dan cara mendaftar untuk fasa ujian akan datang.

The Division 2

Season 10: Price of Power dilancarkan pada 13 September, yang menghantar para Agent dalam “Manhunt” baharu. Sasaran kali ini ialah Jeneral Peter Anderson, seorang pemimpin True Sons yang cuba menjalin perjanjian perdamaian dengan Black Tusk untuk menentang The Division.

Semasa anda dan rakan-rakan Agent membunuh sasaran untuk mendekatkan diri dengan General Anderson, pemain akan memperoleh ganjaran melalui Season Pass baharu dan mendapat peluang untuk dapatkan item kosmetik unik semasa tempoh acara.

Price of Power adalah yang kedua daripada tiga Season yang dirancang dalam Year 4 The Division 2; ia juga akan memperkenalkan tahap kesukaran baharu untuk mode Countdown dan untuk dua misi Stronghold, serta kemas kini gameplay lain. Sebagai peringatan, kandungan bermusim hanya tersedia untuk pemain yang memiliki expansion The Division 2 Warlords of New York.

Akhir sekali, The Division 2 mengumumkan bahawa pembangunan untuk content Year 5 sedang dijalankan, jadi para Agent boleh menjangkakan kemas kini berterusan hingga ke tahun hadapan.

The Division Heartland

Info baharu telah muncul tentang The Division Heartland, sebuah “free-to-play multiplayer shooter” akan datang. Game aksi-survival ini akan membawa para Agent ke lokasi luar bandar baharu, bandar Silver Creek di bahagian tengah barat Amerika.

Ia adalah sebuah bandar yang dahulu tenang tetapi dimusnahkan oleh Dollar Flu dan menjadi sarang aktiviti makhluk berbahaya. Pilih daripada senarai watak baharu yang boleh dimainkan dan terokai bandar sambil bertarung bersama dan menentang pemain lain.

Daftar untuk mendapatkan peluang bermain The Division Heartland lebih awal di thedivisionheartland.com. Pemain yang menyertai fasa ujian ini boleh membantu pasukan pembangunan membentuk game dengan maklum balas mereka. The Division Heartland akan datang ke PC, dan konsol pada 2022-2023.

The Division Resurgence

The Division membawa gameplay ikonik third-person shooter RPG ke iOS dan Android dalam game free-to-play, The Division Resurgence. Selepas ujian alpha tertutup yang memfokuskan kepada pengalaman gameplay utama, pasukan kini sedang mencari rekrut baharu untuk menyertai beta tertutup yang akan menampilkan mode PVP, termasuk Dark Zone yang seram dan mode Conflict yang kompetitif.

Daftar sekarang untuk peluang menyertai ujian dengan melawati thedivisionresurgence.com.

Untuk membaca segala liputan kami tentang The Division, sila tekan pautan ini.

Tags: the division 2The Division HeartlandThe Division Resurgenceubisoft
Previous Post

Mario + Rabbids Sparks of Hope Akan Hadir Dengan DLC Bersama Rayman!

Next Post

Trailer terbaru Bleach TYBW dikeluarkan, bakal simulcast pada 10 Oktober 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Trailer terbaru Bleach TYBW dikeluarkan, bakal simulcast pada 10 Oktober 2022!

Trailer terbaru Bleach TYBW dikeluarkan, bakal simulcast pada 10 Oktober 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd