Aniplex telah mengeluarkan satu trailer baharu bagi anime Bleach: Thousand Year Blood War Arc dan ia bakal ditayangkan pada 10 Oktober 2022 secara simulcast untuk luar negara Jepun.
Anime Bleach kali ini akan mempunyai 4 bahagian di mana ia tidak akan ditayangkan secara berturut-turut ataupun bermusim. Jika satu bahagian mempunyai sebanyak 12 episod, ini bermakna Bleach TYBW akan mempunyai sekurang-kurangnya 48 episod.
Dikendalikan oleh Studio Pierrot, ia memang pasti adaptasi anime Bleach kali ini akan kurang disensor atau betul-betul “uncensored” berbanding siri asal oleh Pierrot yang sebenarnya banyak ditapis terutamanya adegan pertempuran berdarah. Dari keseluruhan story arc Bleach, saya sendiri mengakui “Thousand Year Blood War” mengandungi antara adegan pertarungan paling kejam dalam sejarah siri.
Berikut adalah sinopsis jalan cerita Bleach: Thousand-Year Blood War Arc:
Adakah itu semua hanya kebetulan, atau adakah ia tidak dapat dielakkan? Ichigo Kurosaki memperoleh kuasa Soul Reaper melalui pertemuan kebetulan. Sebagai Substitute Soul Reaper, Ichigo terperangkap dalam kekacauan Soul Society, tempat di mana roh-roh yang meninggal dunia berkumpul. Tetapi dengan bantuan daripada rakan-rakannya, Ichigo mengatasi setiap cabaran untuk menjadi lebih kuat.
Apabila Soul Reapers dan musuh baru muncul di kampung halamannya di Karakura, Ichigo melompat kembali ke medan perang dengan Zanpakutonya untuk membantu mereka yang memerlukan. Sementara itu, Soul Society memerhatikan lonjakan mendadak dalam bilangan Hollows yang dimusnahkan di World of the Living. Mereka juga menerima laporan berasingan tentang penduduk di Daerah Rukon telah hilang. Akhirnya, Seireitei, rumah Soul Reaper, diserang oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Wandenreich.
Dipimpin oleh Yhwach, bapa kepada semua Quincies, Wandenreich mengisytiharkan perang terhadap Soul Reapers dengan mesej berikut: “Lima hari dari sekarang, Soul Society akan dimusnahkan oleh Wandenreich.”
Sejarah dan kebenaran yang disembunyikan oleh Soul Reapers selama seribu tahun lamanya akhirnya terbongkar. Semua perkara mesti berakhir apabila pertempuran terakhir Ichigo Kurosaki bermula!
Ini merupakan berita baik kepada peminat Bleach kerana sebelum ini terdapat satu laporan di mana anime Bleach kali ini tidak akan mempunyai simulcast. Bleach: Thousand-Year Blood War Arc bakal mula ditayangkan di Jepun pada Oktober 2022 dan luar Jepun bakal mempunyai simulcast selepas beberapa jam tayangan di Jepun.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post