Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer terbaru Evangelion: 3.0+1.0 dilancarkan walaupun filem ditunda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Trailer terbaru Evangelion: 3.0+1.0 dilancarkan walaupun filem ditunda!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 31 Mei, halaman Youtube rasmi Studio Khara melancarkan trailer terbaru untuk Evangelion: 3.0+1.0 (Shin Evangelion Gekijō-ban: ||) yang menampilkan beberapa adegan pendek daripada filem tanpa membocorkan apa-apa plot cerita. Trailer ini menyusul selepas pengumuman bahawa filem ditangguhkan kerana kebimbangan wabak koronavirus (COVID-19) dan penyebarannya di dalam dan di luar Jepun. Filem Evangelion: 3.0+1.0 sepatutnya dijadualkan untuk tayangan di Jepun pada 27 Jun tetapi Studio Khara masih belum mendedahkan tarikh pelepasan baru. Anda boleh tonton trailer baru ini di bawah:

Laman web rasmi juga menampilkan visual baru, yang menampilkan slogan dan judul bahasa Inggeris penuh iaitu: Evangelion: 3.0+1.0: Thrice Upon A Time. Selain itu, mereka yang bertuah dapat menonton sepuluh minit pertama filem tersebut di Japan Expo di Paris, Anime Expo di Los Angeles dan CCG Expo 2019 di Shanghai.

Pada bulan Mac 2019, Studio Khara menyatakan bahawa rakaman dialog telah bermula untuk Evangelion: 3.0+1.0, dan pelakon suara Megumi Ogata (Shinji Ikari) mengesahkan pada bulan Februari 2020 bahawa rakaman dialog untuk filem itu sudah selesai. Walaupun rakaman sudah selesai, wabak yang tidak dijangka menyebabkan filem itu ditunda. Berikut adalah mesej oleh Hideaki Anno mengenai penangguhan filem ini:

A MESSAGE FROM HIDEAKI ANNO
by his handwriting in original Japanese version#eva #Evangelion https://t.co/mq0YegMOMK pic.twitter.com/6ARl7AkT4G

— 株式会社カラー (@khara_inc) April 18, 2020

Untuk pengetahuan anda, tiga filem pertama dalam trilogi, Evangelion: 1.0 You Are [Not] Alone, Evangelion: 2.0 You Can [Not] Advance, dan Evangelion: 3.0 You Can (Not) Redo, masing-masing membuat debut pada tahun 2007, 2009, dan 2012. Sudah hampir 8 tahun sejak filem terakhir, jadi ramai peminat pasti sedih kerana tidak tahu situasi semasa filem finale Evangelion: 3.0+1.0. Jangan risau, kerana saya pasti Studio Khara akan umumkan maklumat baru tidak lama lagi.

Tags: animeEvangelion: 3.0+1.0filemNeon Genesis Evangelion
Previous Post

Lebih daripada 20+ min gameplay untuk Fairy Tail RPG sebelum pelancaran pada bulan depan!

Next Post

Modern Warfare Season 4 & COD: Mobile turut ditangguhkan kerana isu kematian George Floyd!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Modern Warfare Season 4 & COD: Mobile turut ditangguhkan kerana isu kematian George Floyd!

Modern Warfare Season 4 & COD: Mobile turut ditangguhkan kerana isu kematian George Floyd!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd