Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih daripada 20+ min gameplay untuk Fairy Tail RPG sebelum pelancaran pada bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Lebih daripada 20+ min gameplay untuk Fairy Tail RPG sebelum pelancaran pada bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Fairy Tail ialah salah satu francais anime/manga paling terkenal di dunia, dan sudah tentu, menjadi calon yang sangat sesuai untuk spin-off RPG. Ini bukan kali pertama siri ini diadaptasikan kepada permainan video, tetapi akan menjadi keluaran pertama untuk PS4, Nintendo Switch dan PC (Steam). Koei Tecmo sedang bersiap sedia untuk pelancarannya pada bulan Julai dengan video gameplay berdurasi 24 minit yang menampilkan adegan cerita dan pertempuran pada awal permainan.

Fairy Tail RPG menggunakan plot daripada manga dan anime dan mengisahkan “Natsu Dragneel, seorang Dragon Slayer dari guild terkenal Fairy Tail, serta teman-temannya yang unik ketika mereka melawan musuh yang pelik tetapi ikonik,” kata Koei Tecmo. Anda akan bermain sebagai ahli-ahli sihir daripada guild berbeza sambil meningkatkan guild anda sendiri untuk menghadapi musuh yang lebih besar dan bahaya. Permainan juga akan menampilkan “fan-favorite episode” dan jalan cerita baru yang tidak terikat kepada anime atau manga.

Video gameplay di atas menunjukan pengenalan permainan, lalu menunjukkan sekumpulan watak-watak yang tidak terasing lagi bagi peminat, baik rakan atau musuh. Fairy Tail mempunyai sistem “turn-based combat“. Setiap watak dapat memilih abiliti daripada menu pertempuran mereka dan kemudian menentukan siapa dan bila untuk menggunakannya.

Fairy Tail akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Koei Tecmo mengumumkan 31 Julai sebagai tarikh pelepasan rasmi, walaupun laman Steam mendakwa permainan akan tersedia dua hari lebih awal pada 29hb. Untuk segala maklumat tentang francais Fairy Tail, sila baca artikel kami di sini.

Tags: animeFairy TailmangaPS4steamswitch
Previous Post

Info baru tentang DLC Pokemon Sword & Shield bakal diumumkan hari ini!

Next Post

Trailer terbaru Evangelion: 3.0+1.0 dilancarkan walaupun filem ditunda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Trailer terbaru Evangelion: 3.0+1.0 dilancarkan walaupun filem ditunda!

Trailer terbaru Evangelion: 3.0+1.0 dilancarkan walaupun filem ditunda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd