Toy Story 4 kini sudahpun berada di pawagam dan pada masa yang sama, gamers boleh merasai sendiri pengalamannya menerusi gandingan terbaru Minecraft yang menampilkan Toy Story. Lengkap dengan semua watak, ianya tentu pengalaman yang berbeza.
Woody, Bo Peep, Buzz Lightyear beserta watak-watak lain telah datang ke dunia Minecraft! Watak baru dari francais ini seperti Duke Caboom dan Ducky & Bunny juga turut serta.
Anda boleh menjelajah tempat seperti bilik Andy dan juga bilik Sid dan semua ini menerusi perspektif mainan-mainan kecil ini.
TO INFINITY AND… right into Minecraft? Explore the big world of Disney's Toy Story as one of the toys themselves! Woody, Buzz Lightyear, and many others – all in the Toy Story Mash-up pack, now on Minecraft Marketplace!
↣ https://t.co/7hEMP7pTwu ↢ pic.twitter.com/fwCz2vS1Yw
— Minecraft (@Minecraft) June 25, 2019
Kepada yang berminat, gandingan Toy Story dan Minecraft ini telahpun berada ni Minecraft Marketplace untuk 1,340 Minecoins. Terdapat juga gandingan lain seperti Steven Universe, The Nightmare Before Christmas dan banyak lagi.
Minecraft pula boleh dimainkan di PC, PlayStation 3 & 4, Xbox 360, Xbox One, Nintendo Switch dan peranti mudah alih.
Sumber: comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post