Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 Map Terbaik Fortnite Untuk Prop Hunt

Kegemaran Anda Yang Mana?

Jade Ice by Jade Ice
June 30, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
10 Map Terbaik Fortnite Untuk Prop Hunt
Share on FacebookShare on Twitter

Prop Hunt adalah mode yang terbaru yang sangat menghiburkan yang telah diperkenalkan dalam Fortnite. Terikat dengan Creative Mode, dalam mode Prop Hunt anda perlu menggunakan persekitaran untuk bersembunyi manakala pasukan lain perlu mencari anda. Ia boleh membawa kepada saat-saat yang gementar dan juga ada masanya kelakar; terutama sekali apabila bermain dalam pasukan yang besar.

Oleh kerana Epic Games hanya menampilkan satu map untuk mode ini; anda perlu menggunakan Creative untuk mendapatkan map-map lain dengan menggunakan kod-kod tertentu. Selepas masukkan kod, anda hanya perlu memasuki rift dan anda akan dibawakan ke map pilihan anda.

Ini adalah senarai map Prop Hunt yang anda boleh cuba:

Swimming Pool

Pencipta: Fortniteart

Kod: 3487-1374-0131

Ini adalah map yang padat dan rumit. Sebatang jalanraya, court basketball, dok pemunggahan, gym dan taman kecil; memudahkan pemain untuk mencari tempat bersembunyi. Dengan tebaran item dengan variasi yang banyak, menyukarkan lagi proses pencarian tetapi saiz map ini cukup kecil untuk meningkatkan peluang untuk mencari pihak lawan.

Warlock’s Graveyard

Pencipta: Shinohara

Kod: 6180-5637-0525

Map ini diasaskan daripada pulau-pulau terapung yang berpecah-pecah. Ini menambahkan satu lagi cabaran dimana pemain boleh terjatuh dan mati. Setiap pulau dipenuhi objek yang boleh digunakan untuk penyamaran. Gunakan bounce pad untuk melompat dari pulau ke pulau.

Asteroid Arcade

Pencipta: Shaverman46

Kod: 1534-1221-2242

Mungkin antara map Prop Hunt paling sukar; map ini adalah ruang yang rumit dan dipenuhi lampu neon. Menampilkan shooting gallery, bilik hadiah dan banyak mesin arcade, map ini seakan kembali ke era 80an.

Western World

Pencipta: Zacknaboot

Kod: 3541-6722-7262

Sesuai untuk kumpulan yang besar, ini adalah map padang pasir yang menghiburkan. Walaupun besar, ia mengandungi imbangan prop yang seimbang dimana penggunaan prop dengan bijak dalam persekitaran bakal mendatangkan hasil.

The Villa V2

Pencipta: Expa_aztox

Kod: 3060-9697-9579

Map ini adalah estet yang besar dengan banyak bilik, tema dan item untuk anda bertukar. Tarikannya adalah rumah agam yang besar yang memiliki segalanya dari taman dalaman yang besar, arked dan juga kedainya sendiri.

Modern Museum

Pencipta: mseymour7

Kod: 1646-1866-1963

Sesuai untuk kumpulan kecil, map ini adalah sebuah bangunan yang dipenuhi artifak dan harta karun. Dengan campuran bilik-bilik yang besar dan item yang terhad, ini amat sesuai kepada pemain yang ingin menguji kebolehan mereka untuk bersembunyi.

Office

Pencipta: Tollmolia

Kod: 8378-7952-8626

Map ini adalah bangunan dengan beberapa tingkat, lengkap dengan garaj parkir dan banyak bilik. Walaupun ada binaan yang tidak boleh dimasuki dalam map ini, map ini sesuai untuk pemain yang sudah jelak dengan map-map yang besar.

Mega Movie Theater

Pencipta: Hfdgamer

Kod: 0532-8821-6842

Antara map yang terbaik, map ini adalah sebuah pusat beli belah yang bersaiz medium dengan beberapa kedai dan tempat untuk bersembunyi. Map ini menggalakkan pemain untuk menukar penyamaran mereka.

Toy Story Prop Hunt

Pencipta: Trizbear

Kod: 5263-5778-8691

Dalam map ini, saiz pemain sama kecil dengan permainan dan mereka akan bergerak dalam satu bilik yang dipenuhi dengan barang mainan. Bilik ini juga memiliki perabot, rumah anak patung dan pemain perlu menyorok dikalangan mainan yang bersepah.

Props on a Plane

Pencipta: Puzzler

Kod: 8601-7555-4745

Ini adalah antara map yang pintar dan menampilkan sebuah kapal terbang dengan 2 aras. Dengan rekaciptanya, memberikan banyak variasi untuk bersembunyi. Latar belakang yang gelap dan suram menyukarkan lagi operasi pencarian.

Sumber: Heavy

Tags: creative modeFortniteprop hunt
Previous Post

Toy Story Kini Di Minecraft

Next Post

Pra-Daftar iOS dan Android Untuk Battle Chasers: Nightwar

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pra-Daftar iOS dan Android Untuk Battle Chasers: Nightwar

Pra-Daftar iOS dan Android Untuk Battle Chasers: Nightwar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd