Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Total War: MEDIEVAL III Dedahkan, Mengacah Era Baru Sempena Ulang Tahun Ke-25

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Total War: MEDIEVAL III Dedahkan, Mengacah Era Baru Sempena Ulang Tahun Ke-25
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25, Creative Assembly bersama SEGA telah membuat satu pengumuman penting dengan mendedahkan Total War: MEDIEVAL III.

Di samping berita besar itu, turut diumumkan adalah pek expansion Total War: WARHAMMER III – Lords of the End Times, serta pengenalan enjin game generasi baharu, Warcore. Menambah lagi keterujaan, sebuah judul ketiga turut diacah dan akan diumumkan sepenuhnya di acara The Game Awards pada 12 Disember nanti.

Total War: MEDIEVAL III

Walaupun masih berada di peringkat awal pra-produksi, Total War: MEDIEVAL III direka sebagai sebuah game sandbox strategi zaman pertengahan terunggul. Matlamatnya adalah untuk memberi kuasa kepada pemain untuk mencorakkan empayar dan mengubah naratif sejarah dengan cara yang belum pernah ada.

Pembangunnya menegaskan bahawa judul ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada siri terdahulu, tetapi juga merupakan satu langkah untuk merevolusikan francais ini, seolah-olah “satu kelahiran semula bagi siri Total War berlatarkan sejarah.”

“Sukar untuk membayangkan bahawa siri Total War telah mencapai usia 25 tahun,” ujar Roger Collum, Naib Presiden Total War.

“Kami amat bersyukur kerana berpeluang menghasilkan game yang dapat dinikmati oleh komuniti kami selama puluhan tahun; tanpa sokongan mereka, kami tidak mungkin berada di sini. Tahun ini menjadi satu detik istimewa yang menyatukan semua peminat Total War, tidak kira sama ada mereka pengikut lama atau baru, peminat genre sejarah atau fantasi, untuk sama-sama meraikan lembaran baharu yang menarik dalam perjalanan kami. Semoga kita terus bersama untuk 25 tahun akan datang!”

Total War: WARHAMMER III – Lords of The End Times

Untuk peminat dunia fantasi pula, Total War: WARHAMMER III bakal diperkayakan lagi dengan sebuah pek expansion besar yang dikenali sebagai Lords of The End Times, yang dirancang untuk dilancarkan pada Musim Panas (Jun-September 2026).

Bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-10 siri Total War: WARHAMMER, pek ini akan membawa masuk empat Legendary Lords baharu ke dalam kempen Immortal Empires. Watak pertama yang diperkenalkan ialah Nagash.

Kandungan ini akan disertakan dengan kemas kini percuma End Times Update, yang akan merombak pengalaman kempen melalui senario-senario apokaliptik dan peristiwa malapetaka yang diilhamkan daripada asal usul permainan.

Warcore

Masa depan francais ini akan dipacu oleh enjin game baharu yang diperkenalkan, iaitu Warcore. Ia digambarkan sebagai peringkat kemajuan seterusnya dalam teknologi enjin proprietari Total War dan merupakan asas teknologi paling termaju dalam sejarah siri ini.

Enjin ini dijangka akan melengkapkan para pembangun dengan set alatan yang membolehkan mereka mencipta gameplay yang lebih mendalam, dinamik, dan responsif.

Buat pertama kalinya dalam sejarah francais ini, enjin Warcore juga akan membolehkan judul-judul Total War masa depan untuk diterbitkan di konsol PlayStation dan Xbox, sekali gus membuka peluang kepada generasi baharu.

Kejutan Tambahan di The Game Awards

Melengkapkan barisan pengumuman ini, Creative Assembly mengacah tentang sebuah game ketiga yang akan didedahkan secara rasmi semasa acara The Game Awards nanti.

Judul misteri ini dikatakan bakal menjadi keluaran besar seterusnya bagi Total War dan merupakan antara projek paling bercita-cita tinggi dalam sejarah francais, yang akan menjadi titik permulaan bagi sebuah era yang mengujakan.

Jika Anda Terlepas, Lebih Banyak Kandungan Tersedia Sekarang

Selain daripada pengumuman-pengumuman utama tersebut, studio ini juga telah melancarkan kandungan serta inisiatif baharu yang lain serentak. DLC Tides of Torment untuk Total War: WARHAMMER III kini sudah boleh didapati, menampilkan tiga Legendary Lords baharu.

Di samping itu, kempen gergasi Immortal Empires untuk Total War: WARHAMMER III kini boleh dimainkan secara percuma oleh semua pemilik dua game pertama dalam siri tersebut.

Tags: Total War: MEDIEVAL III
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta Left 4 Dead Bergabung Tenaga Dengan Sony & Bad Robot Games Untuk Hasilkan Game Shooter Co-op Baharu!

Next Post

SOL Shogunate – Sebuah Game Sci-Fi Aksi RPG Bergenre Samurai, Akan Tiba 2027

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
SOL Shogunate – Sebuah Game Sci-Fi Aksi RPG Bergenre Samurai, Akan Tiba 2027

SOL Shogunate - Sebuah Game Sci-Fi Aksi RPG Bergenre Samurai, Akan Tiba 2027

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd