Acara digital sidang media Ubisoft Forward yang akan berlansung hujung minggu ini akan menampilkan pelbagai permainan terbaru dari Ubisoft sendiri termasuk berita terbaru untuk Assassin’s Creed Valhalla, Watch Dogs Legion, Hyper Scape dan juga beberapa nama baru dan lama yang lain! Lebih menarik dalam Ubisoft Forward ini, pada sesiapa sahaja yang menontonkan siaran lansung ini, anda berpeluang untuk mendapatkan game hacking yang penuh aksi iaitu Watch Dogs 2 secara PERCUMA!
Kesungguhan utama adalah bahawa ini hanya akan tersedia untuk pemain PC dengan akses ke UPlay. Untuk menuntut permainan percuma anda, anda perlu mengikuti live streaming Ubisoft Forward pada waktu tertentu, dan pada ketika itu anda akan diberi petunjuk tentang cara menebus Watch Dogs 2 secara percuma.
Berita itu datang dari pendedahan rasmi Ubisoft Forward, yang boleh anda lihat dalam video di bawah.
Berita ini turut dikongsikan terus di blog Ubisoft dan menerangkan cara untuk claim salinan percuma Watch Dogs 2 anda.
“Jangan lupa log masuk dengan akaun Uplay anda bila-bila masa selepas Trackmania dan sebelum berakhirnya pertunjukan utama untuk menuntut salinan Watch Dogs 2 percuma di PC dan berpeluang menjawab soalan-soalan trivia dan memenangi beberapa hadiah untuk pelbagai tajuk Ubisoft”
Siaran lansung Ubisoft Forward disiarkan secara langsung pada jam 11 AM PDT pada 12 Julai 2020 (2am waktu Malaysia 13 Julai). Anda boleh bersedia 30minit lebih awal untuk pra-petunjukan sehingga pertunjukan utama bermula pada jam yang ditetapkan. Terdapat juga segmen pasca-tayangan yang menampilkan lebih mendalam ke dalam permainan Assassin’s Creed Valhalla terbaru dan juga pertunjukan pertandingan Hyper Scape yang dirancang untuk memberikan gambaran kepada para pemain tentang pertempuran FPS baru Ubisoft ya tidak terlupa juga Watch Dogs: Legion terbaru!
Jadi jangan lupa untuk menonton Ubisoft Forward di ubisoft.com/Forward, YouTube, Twitch dan Mixer, termasuk sosial media Ubisoft. Siap sedia, manalah tahu tiba-tiba ada pengumuman game terbaru AAA pula tu dari Ubisoft kan! Jangan lupa kunci tarikh anda (13 Julai 2am waktu Malaysia) ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post