3 serangkai Acer AOpen terbaru telah kami kongsikan sebelum ini dan kami telah pun mengongsikan review untuk adik beradik serangkainya iaitu Monitor Acer AOpen 27HC5RP terbaru bagi mereka yang menyukai monitor lekuk dan besar terutamapada gamers. Tetapi, kali ini kami ingin mengongsikan review “adik keduanya” yang diberi nama Acer AOpen 24CL1Y, sebesar 24″ dengan IPS yang mengangumkan!
Hiburan di rumah anda lebih baik dilengkapi dengan monitor siri CL1 ini. Menampilkan paparan IPS HD Penuh, masa respons 5ms tanpa kabur, serta teknologi BlueLightShield ™ dan Flickerless, para gamers, anda dah boleh sedia menikmati visual yang menakjubkan dari rumah. Ok jom mulakan review ini!
Visual yang menggagumkan sesuai diletakkan dimana sahaja!
Monitor Acer AOpen 24CL1Y ini mempunyai besar paparan 24′ inci beserta bazel nipis ditepi untuk menampakkan luas visual Full HD (FHD) anda! ya monitor ini telah tersedia untuk memberi anda rancangan kegemaran dan filem ibarat nyata! Kami telah menguji untuk menonton filem, siri dan bermain game, kesemuanya memberi kami lebih paparan tajam dan dan warna yang lebih tepat dengan resolusi FHD. Dan ini bermaksud, kami bermain game dengan definisi tinggi dari PlayStation 4 pun tiada sebarang masalah! Betul, segala FPS tidak lari pun apabila menggunakan monitor ini.
Color Gamut yang serupa seperti Acer AOpen 27HC5RPsebelum ini turut memuaskan mata kami kerana ianya mencecah 72% NTSC yang membuat setiap titik permainan anda dilengkapi warna terang. Bukan itu sahaja, nikmati paparan yang lebih jelas dan mendalam tanpa kabur berkat masa tindak balas yang cepat 5ms sahaja. Jadi inilah peluang kami mencuba edit beberapa video, semuanya memang menyerlahkan warna memuaskan serta mengikuti tindak balas yang tidak lari lansung!
Nak tahu tak? Paparan IPS monitor Acer AOpen 24CL1Y ini tersedia untuk memberi anda sekeluarga mengongsikan apa yang ada di skrin kerana warna kekal nyata dari sudut tontonan di monitor sehingga 178 °! Jadi kalau rasa nak skodeng-skodeng dari tepi tu tiada masalah, sebab masih boleh dilihat dengan jelas walaupun dari sisi tau!
Bagi pengguna yang menggunakan monitor selama berjam-jam, dari kerja sampai ke gaming, jangan risau sebab monitor Acer AOpen 24CL1Y ini ada teknologi BlueLightShield™ yang melindungi mata anda dari tekanan! Yang ini kami tidak menafikannya, mata kami tetap segar walaupun dah mencuba sehingga beberapa jam lamanya. Tiada sebarang keletihan mata lansung ketika mencuba monitor ini! Juga dengan teknologi tidak berkelip, ya selalu ada monitor yang memberi paparan bergaris-garis terutama memberi efek selepas vibrate dari handphone, nyata bukan pada monitor ini. Ianya mengekalkan stabiliti paparan tanpa merosakkan mata kita!
Bukan itu sahaja, Acer AOpen 24CL1Y ini memberi resolusi dan kadar penyegaran 1920×1080 @ 60Hz! Setiap tontonan sinematik atau permainan memberikan stabiliti pada setiap kadar penyegaranya. Selain itu monitor ini turut tersedia VESA Mount yang menyenangkan pengguna untuk mencari kedudukan tontonan paparan mengikut keselesaan mata dan pandangan ideal tersendiri.
Juga terdapat lubang port dibelakang Input Signal tersedia untuk VGA + HDMI serta Power Supply (100 – 240 V) Adapter Luaran sebagai basic sebuah monitor. Sudah semestinya anda akan berada dalam dunia anda sendiri dengan keseronokan dan kepuasan penglihatan pada setiap inci skrin ini!!
Tetapkan mod anda ikut keselesaan anda! Seperti monitorlain juga, sudah semestinya monitor Acer AOpen 24CL1Y ini turut mempunya butang teteapan mod yang tersedia kepada pengguna untuk membetulkan “Brightness“, “Sound Audio” juga Power On/Off.
SPESIFIKASI Acer AOpen 24CL1Y |
|
Jenis | Consumer Monitor |
Warna | Black |
Saiz paparan | 23.8” |
Kawasan Paparan Aktif (mm) | 527.04 x 296.46 |
Jenis Panel | IPS |
Max. Resolusi dan Refresh Rate | 1920×1080 @ 60Hz |
Glare | N |
Masa Respon | 5ms (G to G) |
Nisbah Kontras | 1000:1 (Native) |
Kecerahan | 200 (cd/m2) |
Sudut Pandangan | 178° (H), 178° (V) |
Warna | 16.7 million |
Warna gamut | 72% NTSC |
Bits | 6Bit + HiFRC |
Input Signal | VGA + HDMI |
VESA Wall Mounting | 75 x 75mm |
Speaker | N |
Power Supply (100 – 240 V) | External Adapter |
Tilt | -5° ~ 20° |
Berbaloi atau pun tidak untuk pembelian?
Bagi pengguna yang ingin mencari sebuah monitor yang mesra pandangan dengan pilihan yang kena dengan bajet anda, monitor Acer AOpen 24CL1Y memang agak sesuai untuk kerja harian anda dan juga sesuai untuk gaming. Ya monitor sebesar 24′ inci hanyalah berharga RM379.00 daan boleh didapati di store penjual sah Acer serta penjual sah melalui dalam talian seperti senarai dibawah;
Authorized reseller | |
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer | https://store.acer.com/en-my |
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer (Shopee) | https://shopee.com.my/m/acer-official-shop |
Kedai Dalam Talian Acer – Viewnet (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.viewnet |
Kedai Dalam Talian Acer – Just IT (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.justit |
Kedai Dalam Talian Acer – NotebookPlaza (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.nbp |
@gamersantaimy
Discussion about this post