Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tom Clancy’s Elite Squad ditutup selepas setahun dilancarkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Tom Clancy’s Elite Squad ditutup selepas setahun dilancarkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya ada berita sedih untuk pemain mobile di seluruh dunia. Permainan free-to-play mobile RPG Tom Clancy’s Elite Squad akan ditutup secara rasmi pada tahun ini. Walaupun dilancarkan secara rasmi pada 4 Oktober, Ubisoft kini telah mengesahkan bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan permainan, dan mengakui bahawa sokongan berterusan untuk permainan tersebut kini “tidak boleh lagi berterusan.” Server untuk Tom Clancy’s Elite Squad akan terus aktif dalam talian hingga 4 Oktober 2021, yang bermaksud permainan hanya tahan satu tahun sahaja secara dalam talian.

https://twitter.com/tcelitesquad/status/1417817712991027201

Dalam pernyataan yang dikeluarkan bersama dengan berita penutupan Tom Clancy’s Elite Squad, Ubisoft memberitahu peminat bahawa pasukan pembangunan “benar-benar memberikan yang terbaik.” Usaha ini ditunjukkan melalui kemas kini seperti Elite Squad Season 2, yang dilancarkan pada bulan Mac awal tahun ini. Pasukan pembangunan mengatakan bahawa itu adalah “pengalaman yang sangat memuaskan” untuk bekerjasama dengan pemain dalam komuniti Elite Squad. Saya sendiri berasa sayu selepas melihat mereka meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemain yang masih setia bermain sedangkan kita tahu pasukan pembangunan masih mempunyai banyak rancangan menarik untuk Elite Squad. Malangnya, ia tidak dapat direalisasikan.

Jangan sedih kerana peminat Ubisoft dan siri permainan Tom Clancy masih mempunyai banyak pilihan, dan ia tidak semestinya di telefon pintar. Sebaliknya, Ubisoft sekarang sedang memfokuskan perhatian mereka pada beberapa permainan dalam talian seperti Rainbow Six Siege, Rainbow Six Extraction akan datang, dan Tom Clancy’s XDefiant yang baru diumumkan. Sekiranya anda tetap ingin setia walaupun permainan akan ditutup, Tom Clancy’s Elite Squad masih boleh dimainkan secara percuma hingga 4 Oktober.

Tom Clancy’s Elite Squad kini tersedia pada peranti mobile. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – Ubisoft

Muat turun di sini
Tom Clancy’s Elite Squad
Publisher: Ubisoft
Developer: Owlient
Release Date: 2020-08-26
Android, iOS
Tom Clancy's Elite Squad, RPG tentera percuma untuk bermain yang datang ke peranti mudah alih, membolehkan peminat mengumpulkan pasukan menyerang dari pelbagai francais Tom Clancy - termasuk Splinter Cell, Ghost Recon, Rainbow Six Siege, dan The Division - dan memerintahkan mereka untuk menentang pasukan lain dalam pertempuran kebakaran taktikal masa nyata.
Tags: tamattom clancyTom Clancy's Elite Squadtutupubisoft
Previous Post

Game menembak Unreal Engine 5 “Low Light Combat” boleh dimainkan secara PERCUMA!

Next Post

[Unboxing] Koleksi barangan BTS TinyTAN yang sangat comel! Saranghae Oppa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[Unboxing] Koleksi barangan BTS TinyTAN yang sangat comel! Saranghae Oppa!

[Unboxing] Koleksi barangan BTS TinyTAN yang sangat comel! Saranghae Oppa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd