Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] Koleksi barangan BTS TinyTAN yang sangat comel! Saranghae Oppa!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 22, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk, Review, Unboxing
0 0
0
[Unboxing] Koleksi barangan BTS TinyTAN yang sangat comel! Saranghae Oppa!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Gamer Break Game Store telah menghantar kepada kami koleksi kumpulan K-Pop terkenal, iaitu BTS TinyTAN untuk di review! BTS atau dikenali sebagai Bangtan Boys merupakan kumpulan penyanyi dari Korea Selatan yang sangat berbakat dan mempunyai peminat dari seluruh dunia.

BTS dianggotai oleh 7 penyanyi, iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook serta terkenal dalam menyampaikan gaya muzik hip hop dengan pelbagai genre. Lirik mereka sering tertumpu pada peribadi serta komen sosial, menyentuh tema kesihatan mental, masalah remaja, kehilangan, perjalanan untuk mencintai diri dan individu. BTS telah mengeluarkan beberapa album seperti Dark & Wild, Wings, Love Yourself: Tear dan Be, serta membuat konsert jelajah dunia.

Patung plush BTS yang comel

 

1 of 7
- +

Kami telah menerima 7 patung plush BTS TinyTAN yang sangat comel ini, dan setiap karakter mempunyai gaya rambut serta pakaian asal dari muzik video BTS bertajuk MIC Drop. Patung plush ini berukuran 16cm dengan posisi duduk yang menampakkan mereka seperti dalam karakter anime TinyTAN. Semestinya patung-patung plush ini akan membuatkan peminat BTS ingin membawa mereka tidur bersama.

Pouch TinyTan 

Dalam koleksi ini juga, ia didatangkan dengan dua bekas pouch berukuran 28cm yang boleh mengisi aksesori, barangan harian seperti telefon dan purse serta dijadikan bekas alat tulis. Pouch ini mempunyai 2 rekaan warna berbeza, iaitu warna merah dengan gambar TinyTAN, dan warna hitam yang mempunyai teks MIC Drop dikelilingi TinyTAN.

Gelas TinyTAN

 

Gelas kecil berukuran 8cm ini didatangkan dengan 7 rekaan berbeza, dimana setiap satunya mempunyai gambar anime ahli BTS versi TinyTAN. Gelas ini sesuai untuk diletakkan dalam rak koleksi sebagai perhiasan atau dijadikan sebagai bekas lilin pewangi.

Tuala TinyTAN MIC Drop

Selain itu, koleksi BTS TinyTAN turut didatangkan dengan sehelai tuala bersaiz 120cm. Rekaan tuala ini menampilkan watak-watak TinyTAN bersama teks tajuk lagu MIC Drop BTS. Tuala kecil ini sesuai untuk dibentangkan pada meja kerja anda atau digantung pada dinding bagi menghiasi ruang bilik peminat tegar BTS.

Rantai kunci getah TinyTAN

Kami juga menerima 8 keping rantai kunci getah dengan rekaan bertemakan BTS TinyTAN yang sangat comel. Peminat boleh menggantungkan rantai kunci ini pada beg atau purse mereka dan membawa ahli-ahli BTS kemana sahaja mereka pergi. Anda pasti ingin melihat peminat lain cemburu dengan koleksi rantai getah ini tergantung sambil senyum di beg kan?

Tuala mini BTS TinyTAN

Akhir sekali, dalam koleksi ini anda akan mendapat 7 helai tuala mini dengan rekaan berbeza! Setiap tuala mini ini menampilkan ahli BTS dalam versi TinyTAN dan ianya begitu lembut serta selesa serta boleh dibawa kemana-mana sahaja. Mesti peminat BTS lain akan cemburu melihat koleksi tuala mini anda ini.

Menarik bukan koleksi BTS TinyTAN ini? Sebagai peminat tegar, pasti anda juga ingin memilikinya untuk dijadikan koleksi peribadi dan menggunakannya untuk aktiviti seharian. Bagi yang berminat, anda boleh membeli koleksi ini di Gamer Break Game Store, BPNavi atau Banpresto

Tags: BTSGamer Break Game StoreTinyTANUnboxing
Previous Post

Tom Clancy’s Elite Squad ditutup selepas setahun dilancarkan!

Next Post

Tips untuk anda menjadi lebih kuat dalam kemajuan untuk game F2P Punishing Gray Raven!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Tips untuk anda menjadi lebih kuat dalam kemajuan untuk game F2P Punishing Gray Raven!

Tips untuk anda menjadi lebih kuat dalam kemajuan untuk game F2P Punishing Gray Raven!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd