Walaupun siri manga terkenal Attack on Titan telah habis, itu bukan bermaksud ianya harus dilupakan begitu sahaja. Terbaru, Attack on Titan Memorial Watch adalah jam tangan yang direka dengan lambang Survey Corps dan ikon nama setiap anggota Survey Corps dari waktu jam 1:00 hingga 12:00 di dail.
Bukan itu sahja, Siluet ultra-hard blade di tangan kedua dan tiga dinding di tengah dail melambangkan pandangan dunia “Attack on Titan” secara santai. Harganya ialah 29,700 yen (anggaran RM1118) termasuk cukai. Tempahan telah pun dibuka di U-Treasure Online Shop dari 9 Jun hingga 13 Julai, dan akan dihantar dalam kotak khas selepas akhir November.
Ini bukanlah kali pertama U-Treasure Online Shop mengeluarkan barang dari anime Attack on Titan. Terdapat beberapa lagi keluaran seperti [Attack on Titan] Double Ring Pendant, [Attack on Titan] Solitaire Ring Ellen, [Attack on Titan] Wings of Freedom Earring dan banyak lagi!
Jam tangan memorial watch ini adalah untuk memperingati anime TV “Attack On Titan” Musim Akhir. Lebih terbaik, saiz yang dikeluarkan adalah unisex. Jadi tidak kiralah anda lelaki atau perempuan, kalau berminat boleh sahaja terus pre-order!
Jom lihat spesifikasinya di sini;
Spesifikasi [Attack on Titan] Memorial Watch | |
Spesifikasi badan | |
◇ Material Jam: | Stainless steel |
◇ Saiz Jam: | Diameter 36.4mm |
◇ Ketebalan Jam: | Approximately 8.4mm |
◇ Enjin berjalan: | Pergerakan jenis Quartz (jenis bateri) buatan Jepun |
◇Material pengelangan: | Cowhide |
◇ Lingkaran pergelangan tangan: | Lebih kurang 14.5 ~ 18cm |
◇ Panjang keseluruhan: | Lebih kurang 23.5cm termasuk jam dan tali pinggang |
◇ Waterproof: | Waterproof-5 ATM (Kalis air untuk peningkatan kehidupan seharian) |
◇ Produksi: | Jepun |
Tarikh penghantaran | ◇ Tempoh penerimaan tempahan ◇ Pesanan / pembayaran: 2021/6 / 9-2021 / 7/13 → Dijadualkan akan dihantar secara berurutan dari akhir 2021/11 |
Jadi, apa pendapat anda dengan [Attack on Titan] Memorial Watch ini? Nampak klasik kan? Tapi memang smart lagi-lagi ada lambang-lambang dari Attack on Titan. Maka, jika anda peminat tegar Attack on Titan, dah boleh cuba untuk pre-order di U-Treasure Shop ok! Ingat, Pre-order dibuka sehingga 13 Julai 2021 sahaja! Siapa cepat dia dapat lah ye!
Sumber: Crunchyroll
@gamersantaimy
Discussion about this post