Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review HONOR MagicBook 15: Laptop “super mudah alih” dan berprestasi tinggi untuk bekerja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2021 - Updated on June 11, 2021
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review HONOR MagicBook 15: Laptop “super mudah alih” dan berprestasi tinggi untuk bekerja!
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama teknologi terkenal HONOR baru-baru ini mengumumkan notebook terbarunya MagicBook 15! Dilengkapi dengan pemproses Intel i5-1135G7 generasi ke-11 dan kad grafik Intel Iris Xe yang nipis dan ringan, ini merupakan solusi baik bagi pekerja pejabat. Terima kasih HONOR kerana menyediakan MagicBook 15 dan membenarkan saya menggunakan komputer riba ini untuk berkongsi review ini dengan pengguna lain.

Reka bentuk

Saiz MagicBook 15 adalah 229.9mm x 357.8mm x 16.9mm, tetapi yang mengagumkan saya adalah berat komputer riba tersebut. Walaupun laman rasmi mengatakan bahawa komputer riba mempunyai berat 1.53kg, ia sebenarnya terasa lebih ringan ketika saya memegangnya. Ketebalannya yang ultra nipis dan ringan membolehkan pengguna membawanya dengan mudah tanpa merasa berat di dalam beg.

Reka bentuk badan pun diperkemaskan lagi tanpa membuangkan konsep premium. Logo HONOR di bahagian depan dan kemasan sisi pula dihiasi dengan warna biru berkilat, yang kelihatan sangat cantik di persekitaran yang bercahaya.

Bagi papan kekunci, MagicBook 15 menggunakan kekunci hitam dengan cetakan warna putih untuk nombor dan abjad. Malangnya, ia tidak ada fungsi “backlighting“. Kekunci terasa kasar, dan untuk mereka yang kerja menulis, ia tidak begitu selesa untuk digunakan. Walau bagaimanapun, kekunci “function” (kekunci Fn) bukanlah jenis tekan lama, tetapi jenis “switch“, yang bermaksud pengguna boleh beralih antara pelbagai fungsi di butang F1 hingga F12 hanya dengan menekan kekunci Fn, untuk pengalaman yang lebih mudah.

Selain itu, kamera MagicBook 15 juga tersembunyi di papan kekunci. Terdapat butang tambahan antara butang F6 dan F7, dan butang ini adalah tempat di mana kamera bersembunyi. Pengguna hanya perlu menekan butang ini untuk menghidupkan kamera, atau menyembunyikan kamera jika mereka tidak mahu menggunakannya. Dengan itu, ia dapat melindungi privasi pengguna dengan berkesan.

Akhir sekali ialah pembesar suara MagicBook 15 yang terletak di bahagian belakang komputer riba. Harus diperhatikan bahawa pembesar suara akan ditutup sepenuhnya jika diletakkan di atas meja. Walau bagaimanapun, bunyinya masih kekal kuat dan “agak” jelas, untuk menunjukkan bahawa kedudukan pembesar suara tidak mempengaruhi kualiti bunyi. Sudah tentu, kualitinya hanya sederhana dan bukanlah yang terbaik.

Paparan

Ukuran skrin MagicBook 15 adalah 15.6 inci dan ia menggunakan panel IPS yang menyokong resolusi 1920 x 1080 dan 100% sRGB, untuk membolehkan komputer riba menghasilkan warna dan gambar yang terang cantik. Di samping itu, paparan komputer riba juga disahkan oleh German Rheinland bagi perlindungan cahaya biru dan lampu berkelip, yang dapat mengurangkan output cahaya biru dan melindungi mata pengguna dengan berkesan. Ini juga membolehkan pengguna menggunakan komputer riba dalam jangka masa yang lama tanpa meletihkan mata.

Jangka hayat bateri

Dari segi jangka hayat bateri, MagicBook 15 amat bagus. Dilengkapi dengan bateri 42Wh, setelah satu jam menjalani pelbagai ujian, jumlah bateri menurun dari 30% ke 10%. Seterusnya, saya juga menggunakan komputer riba untuk menonton anime selama kira-kira dua jam, dan tahap bateri turun dari 94% kepada 68%.

Selain dari jangka hayat bateri, ia juga bagus dari segi pengecasan. MagicBook 15 menyokong teknologi pengecasan pantas 65W Type C dan hanya memerlukan satu jam untuk mengecas komputer riba sepenuhnya dari 12% hingga 100%.

Satu lagi perkara saya ingin terangkan ialah MagicBook 15 mempunyai pilihan untuk memanjangkan jangka hayat bateri. Pengguna hanya perlu membuka PC Manager untuk mencari tetapan pengecasan bateri. Di sini, pengguna boleh memilih untuk mengecas komputer riba hingga 70%, 90% atau 100% mengikut keperluan mereka.

Pelesapan haba

MagicBook 15 menggunakan kipas penyejuk dan dua “heat pipe” untuk meningkatkan aliran udara di dalam perkakasan sebanyak 38%. Dalam ujian sebenar, suhu notebook ini tidaklah terlalu tinggi sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Walaupun pelbagai ujian dijalankan, suhu notebook kekal pada suhu rendah. Pada masa yang sama, notebook ini tidak bunyi yang terlalu bising ketika kipas hidup berbanding beberapa notebook gaming lain. Ini adalah satu kelebihan yang besar dan membolehkan pengguna menggunakannya pada waktu malam atau di kawasan yang perlu kita diam, tanpa mengganggu orang lain.

PC Manager

Ini adalah aplikasi yang dimasukkan sekali dengan MagicBook 15, dan membolehkan pengguna menguruskan kerja yang berkaitan dengan komputer riba di sini menggunakan beberapa shortcut. PC Manager mempunyai dua mod. Pertama adalah mod sidebar. Kita hanya perlu klik logo PC Manager di sudut kanan bawah untuk membuka aplikasi. Dalam mod ini, pengguna boleh memantau frekuensi pemproses, dan beralih antara aplikasi menggunakan shortcut, seperti screenshot, screen recording, dan My Computer.

Kedua adalah mod Window, di mana pengguna dapat upgrade perisian pemacu dan menguruskan tetapan bateri. Sekiranya pengguna menggunakan telefon pintar berjenama HONOR, maka program ini akan lebih berguna kerana kita dapat menggunakan program ini untuk menyambungkan telefon ke komputer.

Ujian prestasi

MagicBook 15 dilengkapi dengan pemproses Intel i5-1135G7 generasi ke-11 dan GPU Iris Xe serta memori 16GB. Sebagai komputer riba khusus untuk produktiviti, saya boleh katakan bahawa perkakasannya sudah cukup bagus. Untuk menguji prestasi komputer riba ini, saya menggunakan 3DMark dan PCMark 10.

 

1 of 2
- +

MagicBook 15 mencatat 1118 markah dalam ujian 3DMark, yang lebih memfokuskan pada prestasi paparan dan prestasi gaming. Untuk PCMark 10, MagicBook 15 mencatat 4,379 markah dalam ujian. PCMark 10 adalah program yang berfokus pada pekerjaan biasa dan akan mensimulasikan pelbagai perisian kerja, seperti melayari internet, mengedit dokumen, dan perjumpaan dalam talian. Komputer riba ini mendapat skor tinggi, dan benar-benar membuktikan kekuatannya sebagai komputer riba produktiviti.

Ujian gaming

Walaupun ini adalah komputer riba untuk kerja, saya masih ingin menguji prestasi gaming MagicBook 15. Orang yang bekerja pun kadang-kadang ingin gaming kan? Pertama sekali, saya menguji CS: GO. Masalah terbesar ialah apabila kita masuk perlawanan. Frame rate permainan terus jatuh kepada 20 hingga 30 FPS. Walaupun masih boleh dimainkan, saya tidak begitu sarankan permainan ini.

CS: GO

1 of 3
- +

DOTA 2

1 of 3
- +

Payday 2

1 of 3
- +

Selepas CS: GO, saya mencuba DOTA 2. MagicBook 15 sama sekali tidak mempunyai masalah untuk bermain DOTA 2, dan dapat mengekalkan sekitar 100 FPS dengan stabil untuk permainan yang cukup lancar. Walaupun perlawanan sedang sengit, frame rate dalam permainan tidak pernah terjejas, dan ini merupakan sesuatu yang sangat bagus.

Akhir sekali, saya menguji Payday 2. Walaupun sudah lama ada dalam pasaran, permainan ini dikemaskini dari segi kualiti grafik. Hasil saya? MagicBook 15 dapat menjalankan Payday 2 dengan lancar. Walaupun dalam mod “Holdout” yang mengandungi banyak musuh, ia dapat mengekalkan 35 hingga 45 FPS. Walaupun kesan khas seperti letupan dan asap merata, frame rate-nya tidak turun dengan begitu banyak.

Pendapat

Reka bentuk MagicBook 15 kemas, elegan, dan memang nampak premium. Berat dan ketebalan pun sangat nipis dan ringan, jadi jika anda ingin membawanya ke mana-mana, memang sama sekali tidak ada masalah. Di samping itu, komputer riba ini memiliki jangka hayat bateri yang panjang, untuk membolehkan pengguna menggunakannya di luar tanpa risau bateri habis. Selain jangka hayat bateri yang baik, pengecasan pantas 65W juga dapat mengecas komputer riba dengan cepat.

Dilengkapi dengan pemproses Intel i5-1135G7 generasi ke-11 dan kad grafik Intel Iris Xe, ia membolehkan pemain menguruskan pelbagai tugas dengan mudah, tidak kira kerja berdokumen atau penyuntingan. Selain itu, pemain yang menggunakan telefon HONOR juga dapat menggunakan PC Manager untuk menguruskan telefon mereka. Lebih-lebih lagi, paparan komputer riba ini mempunyai perlindungan cahaya supaya pengguna tidak akan merasa letih walaupun menggunakan komputer riba untuk tempoh masa yang lama. Sekiranya anda mencari komputer riba yang mudah alih dan berkesan dalam urusan produktiviti, HONOR MagicBook 15 adalah pilihan yang sesuai.

Itu sahaja untuk review HONOR MagicBook 15 ini! Produk ini kini dijual pada nilai harga RM3699, di mana boleh membelinya di kedai Lazada HONOR dan Shopee HONOR. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih banyak maklumat tentang peranti, jangan segan silu untuk menyemak di laman web rasmi.

Spesifikasi

Pemproses Intel 11th Gen i5-1135G7
Kad grafik Intel® Iris® Xe Graphics
Sistem Window 10 Home
Paparan 15.6” 1920*1080 IPS panel, 100% sRGB with TÜV Rheinland Flicker Free Certification and TÜV Rheinland Low Blue Light Certification
RAM 16GB DDR4 Dual-Channel Ram
Storan 512GB PCIe NVME SSD
Connectivity Wi-Fi 6 2×2 MIMO Dual Antenna
Bluetooth 5.1
I/O 3.5mm Audio Jack x1
USB Type-C x1
USB 3.2 (Type-A) x1
USB 2.0 (Type-A) x1
HDMI x1
Bateri 42Wh
Pengecas 65W Type-C Fast Charger
Saiz 229.9mm x 357.8mm x 16.9mm
Berat 1.56kg
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HonorHONOR MagicBook 15Komputer ribaLaptopreviewulasan
Previous Post

Titan bergerak dalam waktu! Nampak bergaya ala rekaan klasik dengan Attack on Titan Memorial Watch

Next Post

[SGF 2021] Tiny Tina’s Wonderlands akan keluar pada di PC & konsol pada tahun 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Next Post
[SGF 2021] Tiny Tina’s Wonderlands akan keluar pada di PC & konsol pada tahun 2022!

[SGF 2021] Tiny Tina's Wonderlands akan keluar pada di PC & konsol pada tahun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd