Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiada Lagi Update Besar Untuk Ghost of Yotei Legends Selepas Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2026
in Action, Artikel, Berita, Multiplayer, PS5
0 0
0
Tiada Lagi Update Besar Untuk Ghost of Yotei Legends Selepas Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sucker Punch Productions secara rasmi mengesahkan tiada lagi kemas kini besar untuk mod multiplayer Ghost of Yotei Legends, hanya selepas dua bulan ia dilancarkan.

Berita ini diumumkan sendiri oleh ketua pereka, Darren Bridges, menerusi PlayStation Blog. Walaupun posting tersebut asalnya bertujuan meraikan pelancaran kemas kini Raid pada 10 April lalu, ia turut membawa berita mengejutkan bahawa patch tersebut adalah penambahan besar terakhir buat mod online itu.

Tempoh sokongan selepas pelancaran untuk Ghost of Yotei sangat singkat. Game utama tiba sebagai eksklusif PlayStation 5 pada 2 Oktober 2025 dengan pelbagai pujian. Namun, peminat terpaksa menunggu sehingga Februari 2026 sebelum studio mengumumkan mod Legends sebagai DLC percuma.

Mod itu akhirnya dilancarkan pada 10 Mac, diikuti dengan kemas kini Raid tepat sebulan kemudian. Kini, pada pertengahan Mei, studio nampaknya sudah mula beralih fokus.

Walaupun Sucker Punch mungkin masih akan mengeluarkan patch kecil untuk membaiki bug atau pelarasan watak, jalan cerita utama “Yōtei Six” sudah pun tamat secara rasmi.

Keputusan untuk menamatkan kemas kini utama secepat ini nyata mengejutkan ramai pemain, apatah lagi jika dibandingkan dengan game pertama mereka. Sewaktu Ghost of Tsushima melancarkan mod Legends pada tahun 2020, Sucker Punch memberikan sokongan berterusan selama lebih setahun.

Jika dibandingkan, kitaran hayat multiplayer bagi Ghost of Yotei terasa sangat singkat. Pihak studio tidak memberikan alasan khusus mengapa sokongan ini dihentikan awal, sekaligus mencetuskan spekulasi sama ada pasukan pembangun kini sedang fokus sepenuhnya kepada projek baharu atau mungkin sedang menyiapkan siri ketiga.

Bagi mereka yang belum mencuba, Legends dalam Ghost of Yotei membina semula formula daripada game asal. Ia merupakan pengalaman cooperative di mana pemain boleh memilih pelbagai kelas untuk melawan musuh ghaib yang diinspirasikan daripada cerita rakyat Jepun.

Kempen “Yōtei Six” pula menawarkan penceritaan yang lebih teratur, memfokuskan kepada sekumpulan orang buangan yang berjuang di kawasan pergunungan bersalji di sekitar Gunung Yōtei.

Tags: Ghost of Yotei Legends
ShareTweetSend
Previous Post

“One Piece Semakin Membosankan” – Editor Asal Dragon Ball Beri Teguran Pedas Kepada Eiichiro Oda!

Next Post

Update PS5 Bawakan Ciri ‘Player Count Tracking’: Sony Akhirnya Dedah Jumlah Tepat Pemain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Update PS5 Bawakan Ciri ‘Player Count Tracking’: Sony Akhirnya Dedah Jumlah Tepat Pemain!

Update PS5 Bawakan Ciri 'Player Count Tracking': Sony Akhirnya Dedah Jumlah Tepat Pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd