Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“One Piece Semakin Membosankan” – Editor Asal Dragon Ball Beri Teguran Pedas Kepada Eiichiro Oda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
“One Piece Semakin Membosankan” – Editor Asal Dragon Ball Beri Teguran Pedas Kepada Eiichiro Oda!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia manga, tidak banyak nama yang mempunyai pengaruh sebesar Kazuhiko Torishima. Dialah individu yang menemui bakat Akira Toriyama dan membawa siri Dragon Ball ke zaman kegemilangannya. Sebab itulah, setiap pendapat beliau sering dianggap sebagai “jalan benar”… walaupun kritikannya kadangkala sangat pedas.

Baru-baru ini di Napoli Comicon, Torishima sekali lagi bersuara secara terbuka. Sambil membincangkan keadaan industri, beliau mengkritik manga-manga popular masa kini, terutamanya evolusi penceritaan Eiichiro Oda dalam One Piece.

One Piece Ada Masalah “Terlalu Banyak Ayat”

– Torishima thinks modern manga has two problems: 1.) Manga is written by adults for adults, making them too wordy and unappealing to kids. 2.) Manga is too expensive for kids.
– He says this cycle must stop because if kids aren't reading today, there won't be mangaka tomorrow. pic.twitter.com/yAuy9w8WHK

— Math (@XMathemagicianX) May 9, 2026

Bagi Torishima, masalah utama manga moden sebenarnya mudah: ia semakin sukar untuk dibaca. Beliau memetik karya besar seperti Jujutsu Kaisen dan Chainsaw Man yang menurutnya terlalu bergantung pada naratif serta penjelasan yang rumit. Namun, teguran paling menarik daripadanya ditujukan khas buat One Piece.

Beliau berpendapat One Piece kini terperangkap dalam dilema yang sering dihadapi siri jangka panjang; ia “membesar” bersama pembaca asal dari tahun 1997, tetapi dalam masa yang sama, mula meninggalkan golongan kanak-kanak.

“Weekly Shonen Jump, dan dunia manga secara amnya, kini semakin sarat dengan teks apabila pembacanya semakin berusia,” jelas Torishima. “Mangaka mula menulis untuk orang dewasa dan bukannya kanak-kanak, sekaligus mengubah keseluruhan gaya penceritaan.”

– Torishima also criticized modern manga heavily. He says most current series are overloaded with narration and explanations. A proper manga page should be readable in just 3 seconds, echoing the philosophy of the Father of Manga, Osamu Tezuka. pic.twitter.com/N0fbTr2O7m

— Math (@XMathemagicianX) May 8, 2026

Beliau menegaskan bahawa bagi sebuah majalah yang disasarkan untuk “Shonen” (remaja lelaki), jumlah dialog yang melampau dalam bab-bab terbaru One Piece telah menjadi penghalang buat pembaca baru.

Walaupun peminat sering memuji Oda atas world-building yang hebat, Torishima melihatnya sebagai satu beban yang membuatkan cerita itu terasa “berat” dan sukar didekati oleh generasi muda.

Toriyama vs. Oda

– He calls Oda a massive comic/manga nerd with a genuine passion for the medium.
– He doesn't consider being a huge manga fan a good trait.
– He says the big difference between OP and DB is that Oda is too in love with manga and his own story, while Toriyama hated drawing manga. pic.twitter.com/OPYEdhLiY3

— Math (@XMathemagicianX) May 9, 2026

Bahagian paling menarik dalam temu bual tersebut adalah apabila beliau membandingkan perbezaan antara mendiang Akira Toriyama dan Eiichiro Oda. Beliau mendedahkan bahawa “senjata rahsia” Toriyama sebenarnya adalah sikapnya yang tidak begitu gemar melukis.

“Toriyama sebenarnya benci melukis manga,” kata Torishima. Kerana mahu menyiapkan kerja secepat mungkin, Toriyama hanya mengekalkan perkara yang benar-benar penting sahaja. Hasilnya, susunan panel beliau sangat bersih, sinematik, dan mudah difahami.

Itulah yang menjadikan Dragon Ball sebuah karya agung yang boleh dibaca dan difahami dalam masa beberapa saat sahaja.

– According to Torishima, Toriyama hated manga, so he made them as synthetized as possible. But that's exactly why Dragon Ball became such a masterpiece: anyone can read it easily. One Piece, on the other hand, is too heavy and unapproachable to kids. pic.twitter.com/kYa39NCk9m

— Math (@XMathemagicianX) May 9, 2026

Sebaliknya, Torishima merasakan Oda pula terlalu mencintai manga. Disebabkan Oda terlalu sayangkan dunia dan watak ciptaannya, beliau seolah-olah berat hati untuk membuang butiran yang tidak perlu. Ini menyebabkan panel-panelnya padat dengan teks dan butiran yang adakalanya sukar untuk diikuti dengan pantas.

Pada pandangan Torishima, menjadi “peminat tegar” kepada karya sendiri sebenarnya boleh mengganggu kelancaran penceritaan.

Masih Beri Penghargaan yang Sewajarnya

– He thinks One Piece became famous thanks to Luffy being an extremely relatable protagonist.
– He claims Oda was smart in introducing even more relatable protagonists, and singled out Zoro, Nami and Usopp for being amazing characters. Especially Usopp for being the most normal. pic.twitter.com/5L2RYmQ6vt

— Math (@XMathemagicianX) May 8, 2026

Walau bagaimanapun, Torishima bukanlah sekadar mahu mengecam. Beliau masih mengakui kehebatan Oda dalam membina watak. Menurutnya, rahsia kejayaan luar biasa One Piece adalah kerana watak-wataknya sangat dekat di hati pembaca.

Beliau memuji cara Oda memperkenalkan ahli awal kru Straw Hat seperti Luffy, Zoro, dan Nami yang disifatkannya sebagai langkah “bijak”. Beliau juga memberikan pujian khas kepada Usopp, watak kegemarannya kerana dianggap sebagai individu “paling normal” dalam dunia yang penuh dengan gergasi dan kuasa luar biasa.

Bagi Torishima, asas inilah yang membuatkan siri ini kekal di puncak populariti dunia hingga ke hari ini.

Tags: Dragon Ballone piece
ShareTweetSend
Previous Post

GTA 6 Buka Pre-Order? Ramai Teruja Selepas Best Buy Bocorkan Info Tanpa Sengaja!

Next Post

Tiada Lagi Update Besar Untuk Ghost of Yotei Legends Selepas Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition
Unboxing

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition

July 2, 2026
Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0
DLC

Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0

July 2, 2026
Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan
Berita

Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan

July 2, 2026
Next Post
Tiada Lagi Update Besar Untuk Ghost of Yotei Legends Selepas Ini!

Tiada Lagi Update Besar Untuk Ghost of Yotei Legends Selepas Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd