Haish, tadi baru je bagi berita gembira tentang team Mineski menang dalam DOTA 2 Asia Championship 2018, tapi, kali ni, berita agak sedih sedikit. Aku baru dapat tahu yang team Fire Dragoon tiada lagi lepas ni. Aku baru dapat berita yang diaorang nak tutup operasi. Adakah mereka nak disband? atau mereka nak rebranding nama mereka? Kalau nak kata April Fool, 1 April dah lepas. Apa yang jadi sebenarnya ni? Jom, ikut aku dalam entri ni.
Dari post Facebook Fire Dragoon, mereka mengatakan yang efektif dari 6 April, 2018 mereka memberhentikan operasi mereka sebagai salah satu kumpulan e-sukan yang ternama di dalam Malaysia. Ianya merupakan 1 tahun yang sangat bermakna bagi mereka. Tetapi, mereka seakan-akan memberi ‘ Hint ‘ kepada pengikut Fire Dragoon. Korang boleh tengok ada 1 komen dari Fire Dragoon yang mengatakan :
‘ Let’s move on to something meaningful ‘
dan ada beberapa pemain team Fire Dragoon yang mengatakan supaya tunggu akan kemunculan sesuatu. Adakah mereka rebranding kumpulan mereka? Untuk itu, kita tak tahu lagi. Buat masa sekarang, aku hanya nak korang tunggu apa-apa update dari mereka.
Mereka juga mengucapkan terima kasih kerana menyokong mereka semua semasa 1 tahun keberadaan mereka!
@gamersantaimy
Discussion about this post