Yessss!!! Kebanggaan Malaysia, Chai Yee Fung atau dikenali sebagai Mushi, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi DOTA2 Asia Championship 2018 ( DAC 2018 ) dan membawa pulang hadiah yang berupa US$ 370, 000 iaitu MYR 1.43 Juta. Wow, banyak tu. Aku dari Gamer Santai mengucapkan tahniah kepada team Mineski. Aku sangat berbangga dengan diaorang.
Team Mineski berjaya mengalahkan team LGD Gaming didalam perlawanan yang sangat sengit di hadapan beribu penonton bertempat di Shanghai Oriental Sports Center di Shanghai, China. Team Mineski terdiri dari pada Chai Yee Fung ‘ Mushi ‘, Kam Boon Seng ‘ Moon ‘, Daryl ‘ iceiceice ‘ Koh dari Singapore, Anucha ‘ Jabz ‘ Jirawong dari Thailand dan Michael ‘ ninjaboogie ‘ Ross Jr. dari Filipina.
Pada Januari lepas, team Mineski membuat pengumuman tentang sponsor mereka yang baru iaitu AirAsia. Ianya merupakan satu perkara yang baru bagi AirAsia masuk kedalam dunia e-sukan. Tahniah lagi sekali kepada mereka!
You did it! Champions! Congratulations to @MineskiProTeam on being the first Asean team to win a DOTA2 major and taking home the grand prize! We’re always proud to support our Asean champions #AirAsiaMineski #DareToDream #DAC2018 #esports pic.twitter.com/ayQBm2aFMi
— AirAsia (@airasia) April 7, 2018
Selain dari memenangi DAC 2018, mereka juga berjaya meletakkan diri mereka kembali dalam kelayakan untuk The International Dota 2 tournament di Rogers Arena di Vancouver, Kanada pada Ogos 20.
Sekali lagi, kami dari Gamer Santai ucapkan TAHNIAH kepada team Mineski lagi sekali kerana mereka berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia permainan e-sukan. Tidak dinafikan mereka memang hebat!
@gamersantaimy
Discussion about this post