Mobile Legends di Advanced Server telah menerima update di versi terbarunya yang bakal mengubah sistem sedia ada yang gamers MLBB sudah biasa, dan salah satunya adalah perubahan sistem pada tier Mythic di Mobile Legends yang tidak menggunakan sistem bintang lagi. Ini akan digantikan dengan Point System. Selain itu, kamu tidak akan turun ke tier Legend jika kalah lagi.
Pada setiap season, Mythic terbahagi kepada 5 lapisan, iaitu Mythic V hingga Mythic I. Sistem baru ini ialah sistem Mythic Point. Mythic Point akan ditambah jika kamu menang dan akan berkurang jika kamu kalah. Jika pihak lawan mempunyai nilai mata yang lebih banyak, kamu akan mendapatkan lebih banyak point jika menang tetapi jika kamu kalah, point hanya akan dikurangkan sedikit. Jika pihak lawan mempunyai lebih sedikit point daripada kamu, nilai mata kamu akan turun dalam jumlah yang banyak jika kalah.
Jika kamu sudah mencapai Mythic, kamu perlu bermain 10 Ranked Match untuk menyesuaikan rank pemain berdasarkan prestasi sepanjang 10 match tersebut. Ini memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan Mythic Point tambahan. Lebih baik prestasi kamu, lebih tinggi bonus yang didapatkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post