Pemain bangun dari mimpi, keseorangan di sebuah pulau yang dipenuhi puzzles dan cabaran yang akan mengejutkan pemain, ini adalah game The Witness. Pemain kini boleh muat turun game ini di Epic Games Store mulai 4 April. Game ini dikeluarkan pada tahun 2016, di mana ia adalah game puzzle open-world untuk first-person. Walaupun visualnya sangat cantik dan menarik, ia sebenarnya ladalah game yang mungkin akan membuatkan korang geram dan cepat mengalah.
The Witness adalah game single-player yang mempunyai setting open-world yang cantik dan lebih dari 500 puzzles untuk diselesaikan. Hanya sedikit saja klu yang akan diberikan kepada pemain. Tahap kesukaran game ini akan meningkat sepanjang perjalanan, senang cakap, ia memang sangat mencabar. Tapi kalau korang jenis sukakan pengembaraan dan selesaikan puzzle, game ini akan memberikan pengalaman memuaskan yang korang tak boleh lupa.
Epic Games Store akan memberikan pemain game percuma setiap 2 minggu. Pada 18 April ini, The Witness akan digantikan dengan game baru seterusnya iaitu Transistor. Mereka berbuat demikian sempena meraikan tahun pertamanya dalam industri ini. Nampaknya, Epic Games akan teruskan untuk memberi game berkualiti tinggi untuk pemain supaya mereka akan terus setia dengan tawaran akan datang dari mereka. Dalam masa yang sama, Epic Games Store cuba mendekatkan diri dengan saingan seperti Steam dan lain-lain lagi. Mereka bersaing untuk jadi platform game yang terbaik untuk pemain!
Sumber: Epic Games Store
@gamersantaimy
Discussion about this post