Peperangan console sekarang merupakan cerita lama dan bosan. Peperangan terbaru paling hype sekarang ialah Epic Games Store vs Steam. Sekian berapa lama, Steam menjalankan tugasnya sebagai seorang penjaga pintu yang membenarkan apa sahaja game untuk muncul di Steam. Masa pon berlalu, dan berterima kasih jugalah kepada Steam Greenlight (sindir). Buat ketika ini, jika anda mampu bayar beberapa yuran, anda boleh menjual game anda di muka depan pelantar Steam. Ada beberapa orang mintak tindakan ini untuk diselia, ada pula kata jangan menyelia. Saya pun pening.
Beberapa tahun pun berlalu, Steam masih lepaskan tangan dan membiar entah berapa banyak game yang teruk, yang diharamkan, dan menjijikkan untuk sampai ke Steam. Steam pun membina reputasi sebagai sebuah kedai yang muka depannnya penuh dengan 95% sampah sarap.
Sebaliknya, Epic Games Store sedang membina muka depan servis pelantarnya, dengan niat untuk melebarkan lagi servis ini. Ini tidak bermaksud mereka akan guna cara yang sama seperti Steam.
Baru-baru ini, CEO Epic Games Tim Sweeney ditanya oleh PC Gamer bagaimana syarikat mereka akan menyelia kawalan content game. Beliau menjawab:
Kami menetapkan satu tahap kualiti yang tidak menerima game yang teruk. Kami akan menerima game berkualiti bagus, tidak kisah skala apa, tidak kisah jika game itu hanya game indie atau game AAA syarikat besar, dan kami akan menerima semua, seperti R-rated movie atau M-rated game. Game seperti GTA tiada masalah untuk kami, cuma Epic Games tidak akan mengedar game porno atau bloatware atau asset flip, atau apa saja yang akan kejutkan pemain. PC ialah sebuah platform bebas dan jika kami tidak mengedar di servis kami, kamu masih boleh jumpa pengedar lain.
Bagi mereka yang tidak tahu, selain daripada memiliki setiap game PC yang hebat, Steam juga terkenal sebagai satu platform yang mempunyai game berunsur lucah dan porno, asset flip (game yang dihasilkan daripada environment, objek, dan sound effect yang sudah sedia ada dengan niat untuk membuat duit senang), dan selebihnya hanya game teruk yang pemain tak usah lah nak main. Sweeney tidak sebut atau panggil Steam secara langsung ketika berborak dengan PC Gamer, tapi sangat jelas kan dia nak sindir siapa kat situ.
Sumber – PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post