Hampir seminggu Palworld dilanda kontroversi plagiat design Pokemon, hari ini The Pokemon Company akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya. Kenyataan tersebut telah pun dikeluarkan melalui laman web rasmi syarikat tersebut.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan dalam terjemahan bahasa Melayu:
“Kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai game syarikat lain yang dikeluarkan pada Januari 2024. Kami tidak memberikan sebarang kebenaran untuk penggunaan harta intelek atau aset Pokémon dalam fame itu. Kami berhasrat untuk menyiasat dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani sebarang tindakan yang melanggar hak harta intelek yang berkaitan dengan Pokémon. Kami akan terus menghargai dan memupuk setiap Pokémon dan dunianya, dan berusaha untuk menyatukan dunia melalui Pokémon pada masa hadapan.”

Walaupun dalam kenyataan tersebut tidak menyebut langsung nama game Palworld, tetapi rasanya semua orang tahu game apa yang seakan-akan Pokemon yang dikeluarkan pada bulan Januari. Sudah tentu ramai yang ternanti-nanti apakah nasib yang akan menimpa Palworld selepas ini. Nampaknya kita kenalah tunggu kemas kini lanjut mengenai isu ini pada masa akan datang.

Bercerita tentang Palworld, game tersebut telah pun mencapai sejumlah lebih 8 juta pemain di Steam setelah 6 hari ia dilancarkan. Bukan setakat itu sahaja, ia kini telah mencapai lebih 2 juta pemain serentak di platform tersebut, menjadikannya game kedua yang paling banyak dimainkan di Steam, mengalahkan game Counter-Strike 2.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami,boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post