Selepas empat tahun, Like a Dragon kembali dengan entri baharu “Like a Dragon: Infinite Wealth” pada 2024, yang secara kebetulannya merupakan tahun naga. Dalam entri baharu ini, kita akan mengikuti kisah dua protagonis yang merupakan individu legenda dalam dunia Yakuza iaitu Kazuma Kiryu dan Ichiban Kasuga.
Kita juga akan meneroka peta baharu di Honolulu, Hawaii. Tidak dilupakan juga dengan barisan watak yang ramai, sistem combat yang ditambah baik dan barisan game mini hebat! Memang banyak masa yang anda akan luangkan dalam game ini nanti! Kami juga tidak sabar untuk kongsikan lebih banyak perkara mengenainya dan mengapa anda perlu mainkannya. Jadi tanpa membuang masa, inilah review penuh kami untuk Like a Dragon: Infinite Wealth.
Kisah
Like a Dragon: Infinite Wealth berlaku beberapa tahun selepas Yakuza: Like a Dragon, dengan Ichiban Kasuga kini dikeali di seluruh Yokohama sebagai seorang hero selepas perkara yang berlaku dalam game dahulu. Ichiban kini seorang pekerja di Isezaki Ijincho tetapi telah dipecat apabila berita mengenai jenayah dahulunya didedahkan melalui saluran Vtuber popular. Berita ini juga menyebabkan dua rakannya, Koichi Adachi dan Yu Nanba kehilangan kerja.
Kembali seperti dirinya dahulu, tanpa sebarang wang atau arah tuju, satu organisasi Yakuza, Seiryu Clan menghubunginya dan memberitahu bahawa ibu kandungnya, Akane dijumpai di Hawaii.
Ichiban akhirnya menempah tiket ke Honolulu untuk bertemu semula dengan ibunya itu. Tetapi sudah tentu ada sahaja halangan yang berlaku, dan dia telah dirompak setelah tiba di Hawaii tanpa sehelai kain pun.
Tanpa sebarang pertolongan, Ichiban sekali lagi perlu bangkit dengan mencari cara untuk mendapatkan wang dan kekal hidup untuk mencari ibunya. Nasib baiklah Kazuma Kiryu juga berada di Honolulu dan membantu Ichiban dalam menyelesaikan misinya. Tidak lama selepas itu, baru mereka tahu bahawa merekan mencari wanita yang sama iaitu Akane. Tetapi sindiket jenayah di Honolulu turut mencari wanita tersebut. Maka bermulalah misi Ichiban dan Kiryu mencari Akane sebelum mana-mana sindiket Honolulu menangkapnya.
Dunia Baharu — Honolulu, Hawaii
Menjejakkan kaki di Honolulu membuatkan kami terkejut kerana petanya sangat besar berbanding game Yakuza: Like a Dragon. Walaupun sudha bermain hampir 20 jam, kami masih tidak mampu meneroka Honolulu secara keseluruhan walaupun bermain main story, substory dan game mini.
Walaupun begitu, kami tetap berseronok di Honolulu kerana tempatnya sungguh cantik, audio yang ambience, NPC yang berkata-kata dalam bahasa Inggeros dan beberapa kawasan yang seolah-olah membawa anda ke Hawaii. Paling hebat sekali, ia masih terasa seperti bermain Like a Dragon.
Terdapat pantai Aloha yang indah dan anda boleh terjun ke laut untuk berenang atau mencari harta karun dalam laut. Anda juga boleh ke Aloha Seaide untuk menikmati pemandangan dengan secawan kopi dan manisan.
Kalau anda tidka mahu meluangkan masa di tepi pantai, boleh sahaja anda ke kedai yang tersedia seperti kedai crepe, taco, hadiah, sushi dan sudah tentu bar dengan sistem karaoke. Tidak dilupakan juga kawasan lepak untuk Ichiban dan rakan-rakannya.
Terdapat juga Anaconda Shopping Center, tempat persinggahan untuk anda dapatkan pelbagai barang yang anda perlukan sepanjang pengembaraan di Hawaii. Antara item yang anda boleh dapatkan adalah senjata, peralatan, aksesori, kedai pajak gadai, kafe, kedai steak, arked dan banyak lagi.
Seperti biasa anda boleh meneroka Honolulu menggunakan teksi atau berlari, tetapi ada sedikit penambahan dalam game baharu ini. Anda juga boleh menggunakan segway untuk berjalan-jalan di seluruh Honolulu!
Sistem combat yang diperhalusi
Bercerita tentang combat, antara benda yang kami tidak berapa gemar dalam game terdahulu adalah kita tidak boleh gerakkan ahli parti terutamanya apabila beberapa kebolehan dan serangan bergantung kepada posisi. Nasib baik perkara ini telah diubah dalam Infinite Wealth, membuatkan sistem combat lebih dinamik dengan membolehkan setiap ahli parti bergerak secara bebas dalam radius untuk meletakkan mereka pada posisi yang efektif untuk serangan dan kebolehan mereka. Ia juga terasa lancar kerana anda boleh meningkatkan radius pergerakan dan kebolehan melalui level.
Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh sasar tempat untuk anda tumbangkan musuh, tidak kiralah pada dinding atau ahli parti lain. Ini bergantung pada posisi ahli parti anda dan ia boleh memberikan damage tambahan atau melakukan serangan follow-up.
Secara keseluruhan, skill dan kebolehan dalam Infinite Wealth lebih seimbang dan baik berbanding Yakuza: Like a Dragon. Ia terasa lebih strategik terutamanya skill AOE yang kini memerlukan anda untuk menggunakan posisi dengan baik dan bermain dengan radius skill, berbanding mengaktifkan satu skill dan semua orang pada kawasan mendapat damage atau sembuh seperti game terdahulu.
Satu lagi tambahan baharu adalah “Hype Meter”, yang ditunjukkan sebagai simbol infiniti pada ahli parti, membolehkan penggunaan tag team dan serangan ultimate daripada tajuk sebelumnya. Tetapi berbanding menggunakan MP, ia akan memakan Hype Meter di mana ia memberi insentif kepada anda untuk gunakannya lebih banyak dalam combat, terutamanya semasa pertarungan boss.
Ciri Poundmates juga kembali dalam etri baharu ini. Poundmates membolehkan anda untuk menyeru ally, melepaskan serangan hebat dan skill support yang membolehkan arus pertarungan berubah sekelip mata. Daripada menyeru Buster Holmes untuk memberikan damage dan stun musuh sehingga penghantar barang untuk menyembuh seluruh parti, Poundmates menambah satu lagi lapisan strategik yang menarik pada setiap pertarungan.
Infinite Wealth juga membawa Job ke tahap baharu dengan pengembangan sistem Job yang menawarkan lebih banyak kepelbagaian berbanding tajuk sebelumnya. Terdapat Aquanut, Action Star, Samurai, Geodancer, Housekeeper dan Desperado. Setiap Job ini menawarkan skill yang unik serta game pertarungan tersendiri.
Salah satu benda yang kami suka adalah kita boleh memilih skill yang boleh dipindah ke Job lain berbanding farming untuk skill tetap untuk Job tertentu. Ia juga menambah elemen strategik apabila anda membina parti, membolehkan anda untuk menyesuaikan pengalaman brawling dan mencari gaya pertarungan yang sesuai dengan anda.
Game mini yang pelbagai
Tidak lengkaplah game Like a Dragon tanpa game mini yang terdapat di dalamnya, Like a Dragon: Infinite Wealth menghiburkan anda dengan barisan game mini baharu yang membuatkan anda menyimpang daripada main story. Daripada memulihkan semula Dondoko Island, menghantar piza sambil melakukan stunt pada basikal dalam Crazy Deliveru sehingga bertarung menggunakan raksasa anda tersendiri dalam Sujimon Battle!
Dondoko Island
Berkenaan Dondoko Island, Ichiban akan menjaga pulaunya tersensidri dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan seperti memburu hidupan liar, membentuk semula bandar di pulau itu sehingga memikat pelancong dan tetamu dengan keindahan pulau tersebut. Bagi kami, inilah game mini yang paling banyak memakan masa kami termasuklah Sujimon Battle. Ia mempunyai jalan ceritanya tersendiri sehingga kami rasa ia seperti game standalone.
Jika anda biasa dengan game seperti Animal Crossing, anda pasti menikmati Dondoko Island di mana anda boleh menghias pulau, mengumpul bekalan, membina perabot anda sendiri, menangkap ikan dan serangga dan menghapuskan sebarang ancaman terhadap pulau itu. Sama seperti Animal Crossing, anda boleh menjadi ketagih dan bermain selama berjam-jam dan benar-benar lupa bahawa Ichiban sepatutnya mencari ibunya yang telah lama hilang.
Sujimon Battle
Kalau anda ingat, Sujimon merupakan index yang mengumpul data musuh seperti kelemahan, skill, drop dan ciri-cirinya. Yang menariknya, dalam Infinite Wealth anda boleh menangkap Sujimon anda sendiri dan melawan trainer Sujimon lain!
Ia merupakan pertarungan pasukan 3-vs-3 di mana Ichiban sebagai Sujimon Trainer, membawa pasukannya menentang saingan dan mengarahkan Sujimonnya untuk menyerang dan menggunakan skill. Pasukan terdiri daripada tiga ahli permulaan dan boleh mempunyai sehingga tiga Sujimon gantian,membolehkan maksimum enam Sujimon setiap pasukan. Anda akan bertarung dengan Sujimon lain, merekrut lebih ramai Sujimon, melatih Sujimon tersebut dan menjadi Sujimon Trainer terbaik!
Crazy Delivery
Jika anda pernah bermain Crazy Taxi, itulah gameplay yang anda boleh nikmati dalam Crazy Delivery. Tetapi anda bukanlah memandu teksi tetapi anda bekerja seperti GrabFood dan berlumba melalui jalan-jalan di Honolulu dan menghantar makanan kepada pelanggan yang kelaparan sambil melakukan stunt. Ia akan berasa sangat nostalgia untuk pemain yang telah bermain Crazy Taxi pada zaman kanak-kanak mereka semasa anda meneruskan perjalanan untuk menjadi penghantar makanan paling gila Hawaii di Honolulu.
Selain itu, terdapat juga Miss Match di mana anda boleh melemparkan Ichiban ke dalam dunia temu janji dalam talian menggunakan aplikasi seperti Tinder. Ounabara Vocational School juga kembali daripada tajuk sebelumnya di mana anda boleh mempelajari pelbagai subjek. Tidak dilupakaran juga game mini lama seperti karaoke, shogi, dart, UFO Catcher dan game retro. Jadi ada pelbagai game yang sudah tentu boleh dinikmati oleh semua pemain.
Kesimpulan
Tidak sampai sebulan kita melangkah ke 2024, Like a Dragon: Infinite Wealth telah menjadi salah satu game yang menjadi pesaing hebat untuk Game of the Year dengan kandungan yang banyak untuk setiap pemain, tidak kira pemain lama atau baru. Ditambah pula dengan ceritanya yang memaparkan dua watak ikonik francais, barisan watak-watak dahulu yang kembali, sistem combat yang lebih baik serta peta baharu yang besar lagi indah, Like a Dragon: Infinite Wealth merupakan entri baharu yang anda akan nikmatinya sepanjang masa.
Like a Dragon: Infinite Wealth juga penuh dengan pelbagai aksi sengit, gelak ketawa dan cerita yang menyentuh hati. Jadi anda yang masih belum beli lagi game ini, kami sangat syorkan anda untuk mendapatkannya dan mulakan kisah baharu di Hawaii bersama Ichiban dan Kiryu pada 26 Januari ini!
Game ini akan tersedia di PS5, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan segala liputan kami mengenai Like a Dragon, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Like a Dragon: Infinite Wealth
PROS
- Kisah utama yang menarik dan penuh emosi
- Peta Honolulu yang besar dan terperinci, penuh dengan kandungan untuk diterokai
- Sistem combat yang lebih baik serta menawarkan pendekatan yang lebih strategik
- Sistem Job yang pelbagai menawarkan pelbagai kemahiran unik dan gaya combat
- Game mini baharu yang inovatif untuk dimainkan
- Terdapat begitu banyak kandungan untuk pemain luangkan masa
CONS
- Kandungan mungkin terlalu membebankan buat sesetengah pemain yang ingin bermain main story sahaja
Discussion about this post