Kami tahu ramai yang menantikan pelancaran game Devil May Cry: Peak of Combat. Berita baiknya, anda sudah boleh pra-daftar game sekarang melalui App Store dan Google Play! Sempena dengan ini, trailer baharu juga telah dilepaskan yang memaparkan combat sengit dalam game ini.
Tentang Devil May Cry: Peak of Combat
Dengan pengawasan penuh CAPCOM, Devil May Cry: Peak of Combat telah dihasilkan dengan teliti untuk watak, gamepay, bos ikonik dan babak-babak original daripada siri game kepada mobile. Watak-watak kegemaran seperti Dante, Vergil, Lady dan Nero akan menyertai game ini dengan kemahiran original mereka, memberikan pengalaman penuh aksi. Pelbagai senjata terkenal seperti Rebellion, Yamato dan Red Queen juga tersedia untuk pemain alaminya nanti!
Selain daripada mengembalikan watak dan kebolehan klasik, Devil May Cry: Peak of Combat juga mencipta semula pengalaman mengasyikkan siri DMC daripada segi level dan combat. Pasukan pembangun telah mencipta semula semua bos dengan teliti yang akan meninggalkan kesan kepada Demon Hunter. Pemain juga boleh terlibat dalam pertempuran sengit dengan bos ikonik seperti Griffon, Beowulf, Nevan, Cerberus dan banyak lagi!
Pada masa yang sama, terdapat juga gameplay klasik dalam siri ini seperti Bloody Palace, Skyfall Well, Gyro Blade, dan mod lain tersedia dalam game mobile ini!
Bukan setakat itu sahaja, game mobile DMC ini membawa pelbagai elemen gamepla klasik tetapi juga memperkenalkan gameplay PVP, memberikan Demon Hunter platform baharu untuk mempamerkan kemahiran aerial combat mereka yang luar biasa. Pertempuran PVP berlaku di atas Demon Tower, memberi penghormatan kepada pertarungan persaudaraan ikonik pada permulaan Devil May Cry 3.
Ganjaran pra-daftar
Terdapat banyak ganjaran yang anda boleh dapatkan kalau anda pra-daftar game ini beramai-ramai. Antara ganjaran tersebut adalah:
- 100K HUNTERS daftar: RED ORB x50K
- 500K HUNTERS daftar: DEMONIC POTION x50
- 1M HUNTERS daftar: GEM x200
- 2M HUNTERS daftar: GEM x1000
- 5M HUNTERS daftar: HIDDEN RECORD SEAL x10
Game ini mungkin dilancarkan pada 5 Mei nanti, menurut App Store. Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat ke App Store dan Google Play untuk mendaftar sekarang!
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai DMC: Peak of Combat daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post