Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Part 1 akhirnya akan keluar untuk PC pada 3 Mac 2023! [TGA 2022]

Alan Fikri by Alan Fikri
December 9, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, Steam
0 0
0
The Last of Us Part 1 akhirnya akan keluar untuk PC pada 3 Mac 2023! [TGA 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya selepas didedahkan pada September lalu, tarikh keluaran untuk The Last of Us Part 1 untuk versi PC telah diumumkan oleh Sony Interactive Entertainment dan Naughty Dog semasa acara The Game Awards 2022 (TGA). Game ini akan tersedia melalui Steam dan Epic Games Store pada 3 Mac 2023.

The Last of Us is officially coming to PC on March 3rd! @TLOUVideoGame #TheGameAwards pic.twitter.com/STH3WVf4A1

— The Game Awards (@thegameawards) December 9, 2022

The Last Of Us Part 1 ialah pembuatan semula dan menampilkan pelbagai ciri moden termasuk beberapa mod paparan dengan resolusi 60 FPS dan 4K. Mode game serba baru, koleksi pilihan kebolehaksesan, mode foto yang dipertingkatkan dan penyesuaian kesukaran turut disertakan.

Berikut adalah rumusan tentang The Last of Us Part 1 melalui Sony Interactive Entertainment:

“Alami penceritaan emosi dan watak yang tidak dapat dilupakan dalam The Last of Us, pemenang kepada lebih 200 anugerah Game of the Year. Dalam tamadun yang musnah, di mana mangsa terselamat dan dijangkiti amat berleluasa, Joel, seorang protagonis yang letih, diupah untuk menyeludup Ellie – berusia 14 tahun – keluar dari zon kuarantin tentera. Walau bagaimanapun, apa yang bermula sebagai tugas kecil tidak lama lagi berubah menjadi pengembaraan yang kejam.

Termasuk cerita single-player The Last of Us yang lengkap dan bab prekuel terkenal, Left Behind, yang meneroka peristiwa yang mengubah kehidupan Ellie dan rakan baiknya Riley selama-lamanya.”

Ciri-ciri utama:

  • Pembuatan semula
    • Alami penceritaan penuh emosi dan watak Joel dan Ellie yang tidak dapat dilupakan dalam The Last of Us, dan terokai peristiwa yang mengubah kehidupan Ellie dan kawan baiknya Riley selama-lamanya dalam bab prekuel yang mendapat pengiktirafan, Left Behind.
  • Pengalaman yang baru
    • Pembaikan menyeluruh bagi pengalaman original, dihasilkan semula dengan betul tetapi menggabungkan mekanik permainan yang dimodenkan, kawalan yang dipertingkatkan dan pilihan kebolehaksesan yang diperluaskan. Rasai kedalaman dalam penceritaan alam sekitar yang lebih baik, kesan, animasi muka dan penerokaan serta pertempuran yang dipertingkatkan.

Penambahbaikan lain daripada keluaran asal 2013 termasuk pertempuran dan penerokaan juga dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, kisah penceritaan tetap sama.

Sekali lagi saya ingatkan, The Last of Us Part 1 versi PC akan dikeluar pada 3 Mac 2023 melalui Steam dan Epic Games Store.

Untuk segala liputan kami tentang The Last of Us, sila tekan pautan ini.

Tags: epic games storesteamThe Last of UsThe Last of Us Part 1
Previous Post

Suicide Squad: Kill the Justice League akan tiba Mei 2023, Kevin Conroy sebagai Batman [TGA 2022]

Next Post

Death Stranding 2 Secara Rasmi Diumumkan! Sam Bridges Kembali Untuk Misi Baru! [TGA 2022]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Death Stranding 2 Secara Rasmi Diumumkan! Sam Bridges Kembali Untuk Misi Baru! [TGA 2022]

Death Stranding 2 Secara Rasmi Diumumkan! Sam Bridges Kembali Untuk Misi Baru! [TGA 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd