Sejak beberapa bulan ini, pencipta game terkenal Hideo Kojima telah mengacah poster-poster untuk game terbarunya. Semasa acara The Game Awards 2022, Kojima Productions telah mengumumkan secara rasmi game terbarunya iaitu Death Stranding 2! Setelah banyak khabar angin yang berlegar, akhirnya sekuel game tersebut telah mendedahkan trailer pertamanya!
Dalam trailer tersebut, kita melihat Sam Bridges yang kini kelihatan lebih tua. Bukan setakat itu sahaja, Fragile juga nampaknya kembali dan kita telah didedahkan dengan masa lampaunya. Kita juga diperkenalkan dengan “Drawbridge” sebuah mecha besar terbaru untuk sekuel ini. Mungkin kita dapat mengetahui kisah sebalik kehilangan BB nanti.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, Elle Fanning dan Shioli Kutsuna terlibat dalam Death Stranding 2. Kojima sendiri telah mendedahkan bahawa game ini masih dalam pembangunan. Dia juga mendedahkan bahawa dia juga sedang membangunkan satu lagi projek lain. Jadi kemungkinan besar kita dapat mainkan sekuel ini pada 2024.
Untuk mendapatkan segala liputan tentang The Game Awards 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post