Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Anacrusis akan dilancarkan eksklusif untuk platform PC dan Xbox

Amir Haziq by Amir Haziq
June 11, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, PC, Platform, Sci-fi/ Thriller, Shooter, Steam, Survival, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The Anacrusis akan dilancarkan eksklusif untuk platform PC dan Xbox
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Stray Bombay Company, hari ini telah mendedahkan sebuah trailer game first-person alien shooter, iaitu The Anacrusis di acara Summer Game Fest. Game ini diketuai oleh Chet Faliszek, penulis kepada Left 4 Dead dan Portal 2 serta ianya akan tiba eksklusif untuk platform PC, Xbox serta Game Pass pada musim luruh ini.

The Anacrusis membawa pemain ke sebuah kapal angkasa gaya tahun 70-an, dimana empat orang pemain membentuk pasukan dan bekerjasama dalam menghapuskan makhluk asing. Pemain bakal disediakan dengan pelbagai jenis senjata seperti senapang dan pistol serta beberapa kelengkapan untuk melawan musuh mereka.

Selain itu, The Anacrusis menampilkan crossplay antara PC dan konsol Xbox, serta pemain boleh berkongsi pelbagai faedah dengan pendatang baru. Selain senjata yang biasa digunakan dalam game shooter, pemain akan memiliki akses untuk lebih banyak senjata sci-fi seperti lightning shooter dan vortex grenades. Malah, watak-watak dalam game ini tidak dibahagikan kepada struktur kelas yang khusus.

Ketua pembangun The Anacrusis, Faliszek menyatakan bahawa mereka ingin mengaplikasikan keseronokan dari aspek sosial sebagai teras dalam menghasilkan game ini. Matlamat nombor satu game ini adalah untuk pemain bersosial serta berseronok, dan ianya boleh didapati dari sistem permainan yang telah dibina oleh studio tersebut.

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi untuk pelancaran The Anacrusis diumumkan. Tetapi yang pasti, kita sudah tahu game ini bakal tiba hanya eksklusif untuk PC dan Xbox sahaja pada musim luruh nanti. Anda boleh ikuti liputan terbaru dari kami mengenainya tidak lama lagi.

Tags: steamSummer Game FestThe Anacrusisxbox
Previous Post

CONTROL kini percuma di Epic Games Store buat sementara waktu! Bersama freebie bonus!

Next Post

Netflix telah mendedahkan trailer pembukaan yang baru Resident Evil: Infinite Darkness

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Netflix telah mendedahkan trailer pembukaan yang baru Resident Evil: Infinite Darkness

Netflix telah mendedahkan trailer pembukaan yang baru Resident Evil: Infinite Darkness

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd