Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CONTROL kini percuma di Epic Games Store buat sementara waktu! Bersama freebie bonus!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
CONTROL kini percuma di Epic Games Store buat sementara waktu! Bersama freebie bonus!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mempromosikan Epic Mega Sale, Epic Games Store telah menghadiahkan banyak permainan “misteri” secara percuma. Segalanya bermula dengan permainan sukan popular NBA 2K21, yang diikuti oleh Among Us, dan kemudian Frostpunk. Kini, ia didedahkan bahawa Control adalah permainan percuma terbaru di Epic Games Store, dan ia dilengkapi dengan bonus menarik untuk pengguna!

The Vault has opened… and something within is calling you to the Oldest House.

Discover a world unknown. Humanity is at stake. Will you regain CONTROL? 🔻

— Epic Games Store (@EpicGames) June 10, 2021

Control adalah permainan third-person shooter terkenal dari Remedy Entertainment, yang berjaya memenangi banyak anugerah ketika dilancarkan pada tahun 2019. Ia juga terkenal kerana pernah menjadi eksklusif di Epic Games Store untuk pelantar PC. Harap maklum, pengguna mempunyai masa sehingga 17 Jun 11 PM untuk menebus permainan ini secara percuma tanpa membayar satu sen.

Dapat permainan penuh Control sahaja pun sudah cukup menggembirakan, tetapi ia bukan satu-satunya kandungan percuma yang di Epic Games Store sekarang. Pemain juga dapat memperoleh beberapa kandungan bonus dalam Genshin Impact iaitu emas, makanan tambahan, dan kristal untuk meningkatkan watak. Seperti Control, kandungan percuma di Genshin Impact percuma hanya tersedia untuk masa yang terhad, di mana tawaran akan tamat pada 17 Jun.

Control boleh dikatakan adalah permainan percuma yang paling gempak pernah diberikan oleh Epic Games Store sebagai sebahagian daripada promosi Epic Mega Sale. Memandangkan Epic Mega Sale akan berakhir pada 17 Jun, pasti ramai yang berfikir bahawa Epic Games Store akan menghadiahkan satu lagi permainan misteri percuma. Namun, tawaran permainan misteri disahkan sudah berakhir. Jangan sedih kerana Epic Games Store akan memberi DUA permainan percuma untuk kita tuntut kemudian hari bermula 17 Jun hingga 24 Jun iaitu Hell is Other Demons dan Overcooked 2!

TEKAN SINI UNTUK TEBUS CONTROL

Untuk segala liputan kami tentang Epic Games Store, sila tekan pautan ini.

Sumber – Epic Games

Tags: Controlepic games storeEpic Mega SalesFreePCPercuma
Previous Post

He-Man, Skeletor, seluruh geng Masters Of The Universe: Revelation akan kembali ke Netflix!

Next Post

The Anacrusis akan dilancarkan eksklusif untuk platform PC dan Xbox

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
The Anacrusis akan dilancarkan eksklusif untuk platform PC dan Xbox

The Anacrusis akan dilancarkan eksklusif untuk platform PC dan Xbox

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd