Hyrule Warriors: Age of Calamity baru sahaja diumumkan malam tadi, tetapi nampaknya Koei Tecmo masih ada beberapa kejutan untuk kita semua. Hari ini di TGS 2020, syarikat itu secara rasmi mengumumkan Dynasty Warriors 9 Empires sebagai judul next-gen nya yang pertama, yang seiring bersama ulang tahun ke-20 siri.
Dilancarkan untuk Xbox Series X dan Xbox Series S, PS5, Xbox One, PS4, Nintendo Switch, dan PC, Dynasty Warriors 9 Empires menampilkan pertempuran besar-besaran klasik dalam siri dan fitur Siege Battle yang membolehkan anda bertindak sebagai komander dan menyusun unit di lokasi-lokasi strategik.
Fungsi edit baru pula membolehkan anda mengubah suai askar, dan sistem domestik canggih membenarkan anda memerintah mengikut kehendak pemain: walaupun niat itu jahat. Apabila hubungan watak antara satu sama lain berubah, ia juga akan mempengaruhi gameplay semasa.
Produser Akihiro Suzuki mengatakan bahawa permainan akan menampilkan visual yang lebih baik dan framerate yang lebih stabil dibandingkan dengan versi sebelum, bersama dengan “gameplay penuh hura-hara.” Dia juga mengatakan bahawa SSD pada sistem next-gen membantu permainan berjalan dengan lebih cepat, seperti yang telah kita lihat dalam demonstrasi Microsoft dan Sony.
Walaupun Dynasty Warriors 9 menampilkan struktur dunia yang lebih terbuka daripada siri lama, Dynasty Warriors 9 Empires tidak akan menerapkan elemen ini. Kerana hasil pertempuran menentukan sama ada wilayah berkembang atau tidak, ia menggunakan struktur siri Empire. Matlamat utama anda adalah untuk menyatukan seluruh tamadun China, jadi anda tidak akan mendapat akses ke seluruh wilayah pada awal permainan.
Dynasty Warriors 9 Empires dijangka akan keluar pada awal 2021.
@gamersantaimy
Discussion about this post