Hari ini, Bandai Namco Entertainment secara rasmi mengongsikan live gameplay KAMEN RIDER: memory of heroez mereka di siaran Tokyo Game Show 2020!
Dalam gameplay yang didedahkan oleh wakil BANDAI NAMCO Entertainment Producer Kentaro Matano dan pembantunya Producer Ryo Ishida, kita dapat melihat Kamen Rider W beraksi dalam pelbagai variasi dalam kombo pertempurannya menentang musuh dengan menggunakan pertukaran formasi termasuk OOO, Zero-One dan banyak lagi!
Sememangnya anda boleh lihat pelbagai aksi Kamen Rider yang sememangnya dikenali akan ada di dalam permainan ini. Apatah lagi musuh, boleh dilihat juga musuh mempunyai kekuatan tersendiri dan agak sukar untuk menewaskan mereka dalam pusingan pertama.
Berikut ialah rumusan rasmi:
Manipulasi dengan mahir perubahan bentuk Kamen Rider dalam pertempuran, untuk memanfaatkan sepenuhnya aksi berbeza dengan alatan dalam cerita utama, dan menyaksikan kisah asli ini ketika kehidupan Kamen Riders berbeza bertemu!
Alami aksi Kamen Rider yang lebih maju dan menakjubkan berbanding permainan Kamen Rider sebelumnya.
Ini adalah beberapa tangkapan skrin gameplay yang dikongsikan:
Juga terdapat T-Shirt Ekskkusif KAMEN RIDER: memory of heroez yang boleh didapati dari Bandai Namco..
KAMEN RIDER: memory of heroez dijadualkan hadir ke platform PS4 dan Nintendo Switch pada 29 Oktober di Jepun, dan juga di Asia Tenggara dengan sari kata bahasa Inggeris. Baca segala liputan kami tentang Kamen Rider di sini. Dan liputan Tokyo Game Show 2020 di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post